Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, October 27, 2010

Cikgu ada pilih kasih ke.....

"Salam cikgu, maaf nak bagitahu, sy ibu abdullah zaki, dia demam dengan lelah sejak malam tadi..tak dapat hadir sekolah..paper harini boleh tak ganti pada hari lain cikgu?"...itulah sms yang aku hantar pada cikgu kelas abdullah zaki seawal pagi tadi.
Sejak petang semalam aku tenguk zaki dah mula menarik nafas dengan dada tinggi..tanpa sempat aku tanya dia sendiri dah bercakap.."tadi adik ok je..masa main bola kawan adik tendang bola kena dada...tu adik lelah"(sebenarnya aku tahu dia ada minum ais)... dan malamnya dia dah mula tidur berbunyi...batuk dan panas badan..aku kerap terjaga sebab dia akan terjaga bila batuk...bila badannya aku peluk rasa panas sangat.

Pagi tadi zaki tak boleh ke sekolah walaupun hari ini adalah hari kedua peperiksaan akhir tahunnya, lelah dan demamnya agak kuat...setahu aku jika murid jatuh sakit pada hari peperiksaan, mereka boleh menjalani peperiksaan yg teringgal itu pada hari lain..(cikgu2 tolong jawab) ...betul ke atau tidak..

Kira2 pukul 9 pagi aku menelefon ke sekolah memaklumkan hal itu pada pihak sekolah..kebetulan cikgu kelas zaki berada di bilik darjah..takut menganggu kalau aku menelefon beliau, jadi aku menghantar pesanan ringkas memaklumkan hal zaki..bunyi SMS aku seperti mula2 tadi..

Namun hinggalah tamat waktu sekolah dan hinggalah ke saat ini tiada sepatah jawapanpun aku terima dari cikgu kelas zaki...sejam...dua...tiga..tiada jawapan..think positive...cikgu sibuk...cikgu takde kredit nak jwb atau cikgu tertinggal handfon kat rumah.....atau HP cikgu hilang....

Tapi apa yag aku rasa sebagai ibu.....mungkin sebab zaki bukan murid favourite kat sekolah, bukan murid target 5A dalam UPSR..bukan anak pilot atau anak doktor, maka SMS aku tiada kesan pun pada cikgu, aku tak salahkan cikgu..sebab cikgu memang sibuk nak akhir2 tahun ni.
Terfikir dalam hati....Cikgu ada pilih kasih ke.....cikgu pilih darjat ke...aku penah jadi cikgu selama hampir 10 tahun..murid aku beribu....sebab aku penah mengajar 8 buah sekolah, aku penah mengajar dari sekolah pedalaman hingga sekolah tengah bandar.....pilih kasih? tak penah..aku sayang semua anak didikku...mungkin cikgu zaman aku tak sama dengan cikgu zaman ini...
Apa2 pun terima kasih pada semua cikgu2 yang pernah mengajar anak2ku hingga tahu membaca ABC hingga Z...juga pada cikgu2 yang penah mengajarku hingga jadi begini...jasamu tetapku kenang..

31 comments:

Anonymous said...

tersilap no???

abu muaz said...

geram ke ni atau marah?

abu muaz said...

geram ke ni atau marah?

Kakcik Seroja said...

Salam Ida...

apa yang penting, Ida dah jalankan tanggungjawab Ida sebagai seorang Ibu. Semoga Abdullah Zaki cepat pulih dan boleh ke sekolah semula. :)

Pn Kartini said...

salam my dear sis..:)

SEmoga adik Zaki akan kembali sihat..dan cepat sembuh!:)

Untuk persoalan tu..sepatutnya tiadalah istilah pilih kasih..semua anak didik sama.
dan semmgnya mana2 pelajar sakit atau lain2 sebab..boleh menduduki examnya selepas itu..

Bagi sms tidak berbalas..mungkin bagi guru berkenaan anggap ia di dalam maklumannya..(sepatutnya dia balaslah kan..)
Cuma sis..
kalau ikutkan prosedurnya..perlu maklum secara bersurat(surat rasmi) dan disertakan mcnya...

p/s: sis..apa kata telefon sekali lagi guru tu..then masa cakap nanti beritahu yg akak dah hantar sms tapi tak berbalas...agaknya camne yaa respondnya..:):):)

Idalara said...

Lelaki ini..
tak mungkin sebab sebelum ini no itu juga yg sy gunakan..

Idalara said...

Abu Muaz..
tak geram atua arah tp menyatakan rasa hati...:)

Idalara said...

Waalaikumsalam kakcik
Saya ibu dan sy ayah..maka tggngjwb memang sy yg jlankan..pagi ni demam dah agak ok tp batuk dan lelah masih ada...insyallah mudah2an cepat sembuh.

Idalara said...

Salam der Tinie..
Alhamdulillah pg ni demam dah ok cuma batuk dan lelah masih ada..
Harapan akak mcmtu pada semua cikgu2..tiada istilah pilih kasih atau pilih darjat..

Tentang surat mc pagi ini barulah akak beri pada cikgu melalui zaki..

Insyallah akak akan cuba call cikgu...tp tak tahu waktu bila cikgu free..

roslaini saad said...

Idalara...sebenarnya cikgu tak pernah pilih kasih....

Dah 20 tahun saya mengajar..dan saya bukannya mengajar anak-anak yang pandai sahaja...Bukan budak asrama penuh..bukan budak kelas sains...

tapi sebagai guru kita ikhlas...nak jadikan anak murid kita manusia....kalau boleh setiap anak murid tu..kita nak mereka masuk ke Universiti...

Kalau anak sakit..sebenarnya itu masalah kecil kalau mereka tak datang sekolah...yang penting dia dapat rawatan dan segera semboh..sebagai guru kita faham tu...malah lebih senang pelajar ini tak datang sekolah, kerana dia mungkin menimbulkan masalah di sekolah..( cthnya...pengsan, jatuh di bilik air dan sebagainay..)

Jangan kecil hati kalau cikgu tak talifon balik..kebanyakkan cikgu..jadual mereka padat...kerja mereka banyak...

hysman said...

moga adik zaki sehat walafiat..
pikir positif je kak..mgkin cikgu tu takde kredit nk balas sms tu kot..takpon cikgu bz nk melayan ketas priksa... sabo kak ye..
cuba try gi skolah zaki dan tanya sebnar2nya...

zulkbo said...

salam..
rasanya mana2 guru pun manusia yang mepunyai pilihan mereka tersendiri,tapi amanah dalam tugas lagi penting..maka sama ratalah dalam
memberi ilmu..

Tukang cerita said...

kak ida...

biasanya boleh tangguh exam...bgantung juga pada sistem sekolah tu macamna...ada juga kn exam kertas yg berlainan...takut soalan bocor...

biasanya tak de masalah nak amik exam hari yg lain...
tp, make sure akak buat surat, sertakan sekali mc...
bukan apa, kalau kat sekolah sy, ada students saja2 ponteng exam sebab nak soalan bocor dari kawan2...kalau ada surat parents, kita yakinlah skit....

Anonymous said...

Salm Puan Ida,

Bersangka baik pada cikgu tu. Mungkin dia banyak kerja atau dia telah notekan dalam pengetahuannya.
Saya pernah juga lalui keadaan begini. Sms sesuatu perkara pada cikgu, tak dijawab. Tiba masa saya bawa anak saya balik awal, cikgu tu dah faham telah diberi kebenaran pun tapi tak bagitau kita. Sebenarnya banyak perkara dalam kepalanya. Mungkin dia akan selesaikan tapi pd pandangannya tak perlulah bagitau.

Mountain climber

Ibu n Abah said...

salam ida..
kadang2 memang heran jugak dgn cikgu ni...
pernah akak call cikgu.. tapi handphonenya dijawap oleh anaknya yang bukan berada di sekolah yang sama..
patut memang cikgu kena layan jika ibubapa menalipon atau sms kerana bukan kita saja-saja nak sms atau call.. sekali sekala jer... itupun pada perkara yang penting..
Masing2....

Kamsiah yusoff said...

salam
kat sekolah anak2 disini,cikgu2 bg no hp kat parents,kalau ada apa2..mcm kes ida ni..kena call pg2..sebelum guru memulakan tugas..disusuli dgn surat/mc..

mamawana said...

Salam..

Semoga Zaki segera sembuh. Semasa anak mama sekolah di sek. men. Bdr Tasik Selatan...Mama pernah minta no. hfon guru math... guru matematiknya bleh tanya buat apa nak no. telepon hset saya ? (macam ketakutan) Loh... Kalu apa2 urusan kena call terus dgn Pengeua ka? Cikgu cam takut awat lagu tu? Bimbang kena serang dgn ibu bapa kut. Atau muka mama yg huduh ni nampak garang kut... Heee...cikgu cikgu sila bertenang..

Apa2pun mama dah ajar A,B,C sampai bleh membaca anak2 mama sebelum darjah satu. Yg lebih tu biar Ibu Guru menyumbbang khidmat yg mulia pd anak2. adios....

Idalara said...

Salam cikgu Roslaili
ribuan terimaksih penjelasan yg panjang..sy memahami semuanya..dan sy tahu hampir kebanyakkan cikgu ikhlas dan tak pilih kasih..(mudah2an)jasa cikgu2 memang tak terbalas dengan wnag ringgit..mudah2an jasa baik cikgu2 semua akan diberi ganjaran yg baik di Sana kelak.

Idalara said...

Hysman..alhamdulillah zaki dah sihat semula..insyallah kak ida mng mahu berbaik sngka dgn cikgu2 cuma kdg2 rasa keliru bila sms tk berjawab...

Idalara said...

Salam zulkbo
mudah2an semua guru tak kira di bandar atau di pelaman mempunyai niat yg satu...memberi ilmu pada anak2 bangsa menjadi manusia.

Idalara said...

salam Nurul@Tukang Cerita..
terimaksih turut sama beri penjelasan...patut pun cikgu tk kisah sgt anak akak tk hadir sebab exam thn 6 tak mcm peperiksaan akhir tahun bg murid2 lain..so tkdelah besar sgt mslhnya bila dia tk hadir sekolah..

Idalara said...

Salam Mountain climber
insyallah sy sentiasa mahu berbaik sangka dengan para guru..dan sesiapa saja..keja seorg guru zaman sekarang mng sgt teruk berbanding guru zaman sy dulu..mungkin sbb itulah cikgu tk sempat nk reply msg ibubapa..

Idalara said...

salam akak@ibu n abah
bila perkara gitu terjadi pada kita rasa hairan gak..nak call tkut ganggu cikgu tgh mengajar..tp bila sms tk jwb..apa2pun mudah2an tak semua ibubapa terkena kedaan mcm ida ni..

Idalara said...

Salam Kamsiah..
rasanya kat sini pun mcmtu tp mungkin sbb cikgu sibuk hingga lupa nk reply msg..surat mc memang ida bg kemudian..

ummu said...

Salam Ida
bagaimana perkembangan kesihatan anak? sihatkah dirinya?

saya cukup risau kalau ada pelajar yang menghidap lelah terkena lelah di sekolah.Walaupun ada sickbay dan bilik kesihatan untuk pelajar, tapi jika pelajar lelah, kawan2 saya biasanya dah hantar terus ke unit kecemasan.

Apa yang saya faham, biasanya jika ada surat cuti dan penjaga maklumkan pada cikgu kelas, biasanya akan ada sesi peperiksaan khas utk pelajar yang MC berkenaan.

Mungkin cikgu itu sibuk kut? Maklumlah akhir tahun ni, macam2 fail dan rekod yang perlu dikemaskini.

shameel Iskandar said...

Salam kak.

Sebagai cikgu, saya rasa ada pelbagai kemungkinan kenapa sms tak berjawab,

Tapi aklau alasan sibuk saya rasa tak logik, sbb saya pun cikgu juga dan tetap ada masa untuk pelbagai aktiviti. saya ajar student PMR dan SPM, sibuk juga tu tapi tetap ada kelapangan waktu.

Sejujurnya, anak kak memang boleh menduduki exam jika ada sijil sakit(mc) yg sah.

Idalara said...

salam ummu
Alhamdulillah..budak2 biasalah bila sihat kembali, lupa diri berpenyakit..mungkin ada sekolah yg menyediakan bilik rawatan..di sekolah anak sy tak tahu ada ke tak...
saya rasa pun mcmtu..cikgu terlalu sibuk di akhir2 tahun ni..saya tak salahkan cikgu kerana tk sempat menjawab sms sy..

Idalara said...

Salam Shameel..
terimaksih memberi penjelasan pada kak ida..mudah2an shameel salah seorg antara beribu guru2 yg perihatin dgn khabar dr ibubapa..bukan guru yg berat sebelah atau yg pilih kasih..insyallah akak pasti.

Irwan said...

Salam Cik Idalara,

Waaahhh...Cik Idalara menyerang payabesarpedas dengan komen-komen pendek tapi menusuk. Jadi, saya yang memakai topi 'tukang komen' dan menerjah blog Cik Idalara dan membaca entry terbaru.

komen saya agak panjang, jadi silalah ke sini untuk sambungannya (jika sudi)

http://aderberani.blogspot.com/2010/11/komen-kepada-cikgu-ada-pilih-kasih-ke.html

Idalara said...

salam irwan
jgn lah ber cik dgn akak..janggal rasanya..bukan menyerang PBP dgn komen2 tu..tp rasa ingin meluahkan sesuatu yg lahir dr hati..dan akak suka bc kisah2 di PBP...cuma sdg berusaha memahami dgn lebih jelas lg..insyallah akak akan teruskan membaca...

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Terlebih dahulu saya pohon kemaafan sekiranya komen saya menyinggung mana-mana pihak... menjawab kes ini, berdasarkan peraturan di sekolah saya dan sekolah di daerah saya... pelajar yang boleh dapat pengecualian menduduki peperiksaan hanyalah mereka yang mewakili sekolah, daerah, negeri dan yang seangkatannya. Baru-baru ini anak saya juga tidak dapat dtg ke sekolah waktu exam, dan keputusannya mmg teruk kerana markah 0 utk 2 subjek. komen saya ni berdasarkan peraturan di daerah saya jadi saya tak pasti di daerah lain... Tapi sikap x memberi respond pada sms tu... saya rasa itu tak patut. Saya sebagai seorang guru tumpang rasa terkilan dangan sikap guru tersebut....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...