Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, December 07, 2010

SuperMak And SuperAbah

Bismillah...

Alhamdulillah..malam semalam aku selamat balik semula ke BBST bersama dua hero ku, pada mulanya aku bercadang balik awal..tetapi memandangkan semalam mak menerima tempahan masak untuk majlis kenduri rumah saudara..maka aku batalkan niat untuk balik awal...dapatlah membantu mak memasak sambil menimba2 ilmu dan rahsia masakan yang sedap dan lazat.

Kadang2 kagum tenguk mak dan abah..walaupun usia mak dah 72 dan abah 79 namun kedua2 mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa....baru saja selesai memasak untuk majlis perkahwinan di rumah sepupu, semalam memasak pula untuk majlis kenduri aqiqah rumah saudara mak..seekor kambing, 20 ekor ayam, dalca, jelatah dan 1 periuk besar nasi beryani...

Ayam masak merah, kambing masak beryani, jelatah (acar)

Seperiuk nasi beryani yang di masak menggunakan kayu api...


Daging kambing masak beryani....sedappppp sangat.

Dalca yang masih di atas dapur.

Ayam masak merah

Acar timun dengan nanas atau jelatah

Walaupun usia mak dan abah sudah agak lanjut, alhamdulillah kesihatan mereka agak baik dan masih mmapu menerima atau memasak di majlis kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran...kesanggupan mak dan abah lebih kepada dasar tak sampai hati atau kesian nak menolak permintaan saudara mara atau kawan2 terdekat. Kesian juga tenguk mak dan abah yang kepenatan setelah selesai memasak.

Tapi yang buat aku rasa tak puas hati, ada sesetengah orang mengambil kesempatan atas sikap mak yang tak berkira. Sesuka hati memberi upah yang tidak setimpal dengan keja2 mak dan abah...sepatutnya mak dan abah menetapkan harga setiap kali memasak supaya setimpal dengan penat lelah mak...tapi...mak mesti kata...tak apa...anggap sedekah...agaknya itu sebab rezeki mak tak pernah putus.


p/s air tangan mak dan abah memang tiada tandingannya di dunia ini

27 comments:

IMANSHAH said...

salam kak ida

patotlah akak pandai masak, memiliki bakat memasak dari mak dan ayah

Anonymous said...

wah!
besh sgt2!!!
nak skit!

Anonymous said...

Salam Pn,

Setuju ngan mereka. Sebenarnya tak perlu berkira sangat. Ikhlaskan kerja kita dan kita akan dapat pahala. Kadang2 tak dibayar dalam bentuk wang ringgit tapi dibayar secara lain iaitu kesihatan, ketenangan dsb. Arwah bapa saya dulu tak pernah berkira dalam mengambil upah pekerjaannya. Ada juga yang tak bayar hasil kerja dan ada pula yang tak bayar penuh hasil kerjanya. Dia tak pernah merungut dan tak umpat pun orang berkenaan.

Setiap pekerjaan dan kebaikan yang kita lakukan tu akan diganjar oleh Allah swt.

Mountain climber

azieazah said...

Terbaekkk...!
Memang depa berdua tu layak digelar super...!

Prinsip bersedekah dan tidak berkira itu sebenarnya saham depa tu. Syukur..

al-lavendari said...

Salam.

syukurlah awak ada emak dan ayah lagi .. adalah tempat mengadu. sikap emak ayah tu betul, tapi sikap orang lain yang betul ! tak apa .. Allah itu mahal adil, orang yang kedekut tu, akhirnya tak senang juga.

saya cuma tinggal ayah mertua yang duduk bersama saya. sedihnya fikiran dia dah uzur sangat. anak sendiri pun (isteri saya) kadang2 dia dah tak kenal.

walau bagaimanapun fizikalnya masih tegap. makan selera, mata dan telinga masih terang.

Idalara said...

Salam Imanshah..
Alhamdulillah..taklah pandai sgt tapi bolehlah kalau setakad nk jamu iman...

Idalara said...

Lelaki ini....
Menang best...nak kenalah dtg umah mak akak..

Idalara said...

Salam Mountain Claimber
itulah berkat keikhlasan dan tidak berkira ibubapa saya...insyallah merekalah sebagai contoh kepada saya dan adik beradik..mudah2an mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan rezeki yg diberkati Allah.

Idalara said...

Salam Mountain Claimber
itulah berkat keikhlasan dan tidak berkira ibubapa saya...insyallah merekalah sebagai contoh kepada saya dan adik beradik..mudah2an mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan rezeki yg diberkati Allah.

Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...

Azie...merekalah super inspirasi saya..merekalah kekuatan dan smangat sya...insyallah kelak ganjanran atas keikhlasan mereka menanti di Sana.

zedmagel said...

Salam Maal Hijrah Ida,

Nampak sedap nasi baryani dan semua jenis lauk yang dimasa oleh ibu bapa Ida, patutlah Ida juga pandai memasak....sebab respi keturunan le tu..

zedmagel said...

Salam Maal Hijrah Ida,

Nampak sedap nasi baryani dan semua jenis lauk yang dimasa oleh ibu bapa Ida, patutlah Ida juga pandai memasak....sebab respi keturunan le tu..

Nizam Awang Brahim said...

Daging kambing ter yang sedaknye

bardbahtiar said...

lapor pulak tengok lauk2 ni kaka..hehehe

Idalara said...

Salam Al Lavendari
Alhamdulillah sy msih ada kedua2 mereka..itu sebabnya bila ada kesempatan sy akan balik ke kampung menjenguk mereka..

Alhamdulillah kesihatan mereka agak baik dalam usia mereka begitu malah msih bertenaga untuk memasak..

mudah2an bapa mertua Al Lavendari dikurniakan kesihatan yg baik..

Idalara said...

Salam Maal Hijrah Zed..
Insyallah..air tangan mak dan abah sy memnag sedap..sy taklah pandai sgt memasak..untuk jamu zed boleh je..

Idalara said...

Jejakan Desa...
mng sedap sgt...saya yg tk berapamkn daging kambing pun teruja..

Idalara said...

bard kalau lapo pegilah cari yang mcmtu..kang meleleh pulak air liur tu.

amirul said...

Salam Kak,

Nampak pun dah sedappp! Belum menjamah lagi... memang tak patutlah mereka yg suka mengambil kesempatan...

Unknown said...

salam ziarah..

terima kasih follower blog citarasa rinduan..

salam muharam, wah,...pandainya awak dan family memasak...syukur dapat kenal awak..

semoga awak dirahmati dan jalinan ukhwah sesama kita berpanjangan,,

Kamsiah yusoff said...

ida..saya belum mkn lagi ni..tgk lak lauk pauk yg sedap tu..aduhaiiii..

Idalara said...

Salam Amirul
kalau nampak pun dah sedap..apalagi rasa...mst sedap punya..tkpe mirul..yg amik kesempatan tu mak akak dah halalkan.

Idalara said...

Salam Citarasa Rinduan..
alhamdulillah..taklah pandai sgt..mak mng pandai tp sy kurang...

terimaksih juga singgah dan folo sy..insyallah mudah2an persahabatan kita berpanjangan dan berkekalan.

Idalara said...

Kamsiah...
amik auranya dulu...saya pun dah jd lapar bila tguk2 semula laukpauk yg mak sy masak ni...

mamawana said...

Beruntung masih ada emak dan ayah yg super duper lagi...terbaikkkk wok..

Anonymous said...

waw lezat nya..
bikin perut jadi lapar
Butuh tulisan-tulisan seputar peternakan,
silahkan kunjungi
REPOSITORY UNAND

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...