Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, December 04, 2010

Kalau Dah Biasa.....

Bismillah.....

"Bosan gila betul, anak2 ikut nenek diaorg pegi Johor, hsb Ju lak ikut bos dia keluar, Ju ni mcm org gila..bosan sorang2 ni"

"Macam tu lah akak Ju...kadang rasa nak menjerit je"

"Lum sehari dah mcmni..cam manalah kan kalau lama2,tak sanggup Ju"

"Akak dah bertahun mcmni..anak2 kalau ada kat sini pun bukan lekat kat rumah..siang g taman, pegi pikk, malam lak g surau..tinggal akak sorg2"

"Tahan akak kan....Ju ni baru separuh hari tinggal sorg, takde sape2, dah mengagau..."

"Sebab Ju tak biasa, baru2 dulu macam nak sasau gak akak"

Itulah antara msg2 aku dengan seorg ofismate malam tadi..bagaimana dia melahirkan rasa kekosongan yang teramat sangat bila tinggal sorang2 di rumah...bagi aku istilah sunyi sepi, kekosongan, keseorangan sudah terlalu sinonim dengan diri aku...aku teringat kata2 cik biru (mana cik biru ye...lama dia menyepi), katanya "sepi2 idalara ada juga anak2..macam saya ni sorg2" betul kata cik biru...apa pulak rasanya org yang tiada suami@isteri , tiada anak2, tiada adik beradik...tiada ibubapa..
Bersyukurnya aku walaupun kerap sendiri, aku masih ada ibubapa, adik beradik, anak2 dan cucu..dan pastinya aku ada ramai kawan2 di sini..di alam maya yang tiada sempadan...yang kerap memberi kata2 semangat dan peransang pada ku agar aku terus kuat.

Bila dah tinggal@hidup seorg diri ni, pandai2lah cari aktiviti yang berfaedah untuk memenuhi kekosongan hidup...bila dah ada aktiviti tidaklah terlalu sepi rasanya...macam yang aku lakukan sekarang..berblog, bw, membaca novel atau buku2 motivasi, menjahit manik dan apa saja aktiviti yang sihat..insyallah rasa sunyi sepi itu pasti tidak terlalu menghimpit jiwa.
Tapi....kadang2 bila terlalu sepi rasa macam nak menjerit juga ......
***********************************************************************************************
Insyallah pagi2 esuk aku akan balik ke Kg..menghadiri kenduri di rumah sepupu dan membawa anak2 balik ke sini semula..aku akan bercuti hingga selasa...mudah2an perjalanan aku dipermudahkan..dan insyallah kita bertemu semula selepas cuti Awal Muharam..
Selamat menyambut Awal Muharam...muga2 Tahun baru Hijrah ini menjanjikan kebahagiaan buat kita dan sama2lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik..

9 comments:

ber_u_wang said...

semoga selamat pergi dan balik..




sepi itu indah.. Ye ke..ntah la

azieazah said...

Sepi dan sunyi tu suatu part dalam kehidupan kita.
Pandai-pandailah mengisi sunyi dan menghilangkan sepi...

Ada orang terpaksa melaluinya wpun tidak meminta sebegitu.

Banyak xtvt yg sesuai utk menghilangkan sepi.
Semoga terus tabah. Masih ramai yang sayang.


*Kita suka lagu SEPI yang bermain di laman rumah awak ni IDA...

Idalara said...

Terimaksih ber_uwang..
insyallah dipermudahkan..

sepi kdg2 menyakitkan...kadang2 indah.

Idalara said...

AZIE..
dan sayalah salah seorang yg terpaksa terima keadaan itu..tp bila dah biasa dah tak jadi apa2..

lagu yg buat sy lebih terasa sepi..

Idalara said...

AZIE..
dan sayalah salah seorang yg terpaksa terima keadaan itu..tp bila dah biasa dah tak jadi apa2..

lagu yg buat sy lebih terasa sepi..

zulkbo said...

salam..
jangan jadikan hati mu kosong..isilah dengan membaca buku-buku agama mahupun Al-Quran..selamat menyambut Awal Muharram dan tahun baru 1432h

@e_da said...

sedih baca entry akak..tp mmg betul..bila terlalu sunyi..kdg2 boleh menangis sendiri.....

mokjadeandell said...

bila dah pencen dan kena empty nest syndrome baru tahu erti kesunyian yang menyengat rasa...
Salam Awal Muharram.Semoga Ida dalam kesejahteraan.

zedmagel said...

Salam Ida,

Saya juga akan rasa sasau jika tinggal kesaorangan tanpa sesiapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...