Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, November 13, 2010

Emel dari effa...

Dengan nama Allah aku menulis...
Sejak enrty "suami bercinta dengan isteri orang" aku terbitkan, aku menerima banyak emel yang meminta pendapat dan pandangan dengan masalah yang mereka hadapi..antaranya seorg adik yang menamakan dirinya 'effa', agak berat masalah yang dihadapi effa..untuk menjaga nama effa aku tidak menyatakan apa yang sedang effa hadapi sebenarnya...

Inilah emel yang aku terima dari effa, setelah aku memberi sedikit pandangan dan nasihat kepadanya...mungkin ada sahabat2 yang akan faham apa masalah yang effa hadapi setelah membaca serba sedikit isi kandungan emel effa ini., jangan salahkan effa sepenuhnya kerana effa terjerat dengan masalah yang dibawa sendiri oleh suaminya.... andai ada kesudian bolehlah memberi pandangan dan nasihat kepada effa.



Salam kak ida,

Sy amat berterima kasih pd akak kerana sudi membalas email sy tempoh hari. Sy hargai pendapat dan nasihat akak dan insyaallah mana yg baik sy akan ambil sbg pedoman. Kak, alhamdulillah... Kini sy berdikit-dikit dapat melupakan Z. Tatkala sy cuba dan hampir berjaya melupakan dia, dia datang lagi dan lagi menagih kasih dan sayang saya. Tetapi sy tetapkan iman, tingkatkan kesabaran utk cuba menjauhi dia. Tetapi dia tetap menghubungi sy lebih2 lg di hujung minggu ketika sy bersama keluarga. Katanya rindu pd sy semakin kuat, dan semakin kuat dia cuba melupakan sy makin kuat ingatan terhadap sy katanya. Dan kini dia mula menabur kata2 sayang. Katanya lagi, sayang pd sy jujur dan ikhlas dari lubuk hatinya.

Insyaallah, sy cuba dan terus berusaha mohon dari-Nya untuk memberi sy segala kekuatan agar dapat sy menjauhkan diri darinya. Dia seakan tidak dapat melupakan sy. Dia smpai dtg ke pejabat sy pabila sy x jwb panggilannye, x bls sms dia.. Katanya, kalau sy cuba lari darinya sekali lagi dia akan tetap mencari sy dan x akan lepaskan sy. Telah sy katakan bhw sy adalah milik suami sy. X mungkin kami akan bersama. Katanya lagi, dia x mampu menolak @ melawan takdir.

Kak, sy amat berterima kasih pd akak kerana telah membuka mata sy. Sy tau sy telah berdosa, berdosa besar terhadap suami dan Allah. Sesungguhnya, pd saat ini sy cuba berubah demi kebaikan. Sy cuba belajar utk menerima suami seadanya dan segala kekurangannya. Sy cuba utk convert perasaan rindu sy pd Z pd anak sy dgn memberi sepenuh perhatian pd anak sy. Benar kata akak, jodoh sy mgkn sudah termaktub utk bersama suami ke akhir hayat.

Sy mohon pd yg Esa agar menerima taubat sy di atas segala kesilapan yg telah sy lakukan dahulu. Sy sgt takut sekiranya satu hari nanti rahsia yg sy simpan ini akan terbongkar. Dan sy yakin bhw suami sy boleh smpai ke thp membunuh sy sekiranya dia tahu pe yg telah sy lakukan.

Sy belajar utk membimbing diri sy ke jln yg benar. Telah sy berikan kata putus pd suami agar berhenti untuk mengambil 'benda' itu dan jawapannya 'Saya cuba'.. tetapi sy tau tidak mudah utk suami berhenti apatah lagi sy... Sy cuba utk kuat,tapi tarikan sgt kuat. Demi anak, sy cuba kak... Hanya satu yg dpt mengubah hidup kami suami isteri.... Anak... Sekiranya sy mengandung lg, suami sy akn berhenti mengambil 'benda' tu. Dalam pd masa yg sama sy juga akan berhenti kerana memikirkan kandungan. Tetapi di saat2 rumahtangga begini mampukah sy utk mengandung lg???? Sy takut concentration dan depression sy tidak dapat menanggung semua itu...

Kak, hati sy tenang ble berbual dgn akak (wlupun hanya melalu email). Sy anggap akak spt kakak sy sendiri memandangkan sy tidak punya kakak... Terima kasih krn sudi mendengar luahan hati sy sekali lagi ye kak...

Salam & terima kasih...

Effa


Mudah2an perjalanan hidup effa dipermudahkan, mudah2an Allah akan meringankan bebanan yang effa tanggung..mudah2an effa berjaya merubah hidupnya dan suaminya.Insyaallah.

12 comments:

azieazah said...

Hmm...

di sudut lain, saya merasa Effa ini bertuah, kerana dipilih untuk diuji..

seandainya beliau berjaya mengatasi ujian ini, berjaya mengendalikan kehidupannya, berjaya meninggalkan sesuatu yang dia sendiri kata berdosa,

maka kejayaan itu sangatlah manis sekali...

LiNda said...

Berat mata memandang
berat lagi bahu yang memikul .

Saya tdk salahkan effa ..

ini semua adalah duggan yang tidak terjangkau akal dan fikiran . Mungkin ini masa effa . Manalah tahu esok lusa kena kat kita pula kan.

Buatmu effa, tabahkan hati and moga ada jalan penyelesaian .

and buat kak ida .. tkasih kerana menjadi tempat bersandar effa ketika dia dlam keletihan .

imanshah said...

salam kak..dah macam kaunselor na

Idalara said...

Azie..
Allah sentiasa menguji hambaNYA kerana DIA sayang pada kita..supaya tak terus lalai dn hanyut..doakan effa berjaya mengatasi dugaan yg berat ini..

terimaksih azie sudi memberi pandangan...

Idalara said...

Linda..
bagi pihak effa terimaksih kak ida sampaikan..pasti dia rasa dihargai bila ada yg sudi memberi pandangan dn nasihat..perjalanan hidup effa masih panjang..mudah2an dia dpt berubah secara perlahan2 hingga benar2 berjaya..tiap org lain ujian yg diterima..begitulah nsb effa.

Idalara said...

Imansah..
tu lah rasa mcm kaunselor pulak..tkpelah..sekadar yg akak termampu.

akuanakpahang said...

Salam hidup ini tidak lebih pada sebuah dugaan, diduga terduga dan menduga, yang penting bila kita bertemu dugaan itu terimalah dgn hati yang tabah.

Kersna semuanya ada hikmatnya yang tersendiri.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Biar macamana betul pun perasaan seseorang akibat dendaman, namun jgn sampai terkeluar dr batas syariat Allah sehingga hidup dlm kesempitan. Kelak terjebak dr perangkap yg dibina sendiri. Surah Toha:124 وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا Dan barangsiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu (AlQuran), maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
Wallahualam

Rashid said...

salam

Moga dik effa diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi segala kerumitan dan kecelaruan fikir ..

Kadang-kala kita sukar untuk membuat keputusan bila diri diselubungi keresahan .. Apapun ingatilah, segala apa yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah ..

Sesungguhnya di kala senyum tawa ada tika yang sama .. tangisan di sana. Cuma jangan biarkan airmata melemahkan diri untuk bangun berdiri dan melangkah ..

Dik effa .. tabahkan hati. Selalu bersamaNya..

Idalara said...

salam Cikgu Rashid..
terimaksih kerana memahami apa yg sedang effa alami..mudah2an effa akan membaca nasihat dan pandangan rashid dan dapt mengurangkan sedikit bebanan yg effa tanggung.

Idalara said...

Waalaikumsalam sdr tajnur
terimaksih kerana turut memberi pandangan mengenai masalah yg ditanggung effa...mudah2an effa diberi kekuatan.

Idalara said...

Akuanakpahang
mudah2an dugaan yg effa terima dapat diatasi secara perlahan...dan dapat melepaskan diri dr belenggu masalahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...