Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, November 01, 2010

Hari Isnin, Abdullah Zaki Dan Ikan...

Bismillah...dengan Nama Allah aku menulis...

Isnin...rata2 orang akan berkata...aduii malasnya nak pegi keja bila tiba hari isnin..namun bagi aku tiada istilah malas samada hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu atau ahad..KERANA..aku kerap bekerja 7 hari seminggu..hinggakan kdg2 aku lupa bila hari pertama minggu itu....

Tapi... hari isnin yg buat org malas ini, aku cuti...KERANA...pertama2 sekali aku nak buatkan kad pengenalan Abdullah Zaki...wahhhh...anak bungsu buah hati pengarang jantung aku ni dah 12 tahun rupanya ...dan aku bertambah tua....

30 Oktober lepas harijadi dia yg ke 12..aku hanya belikan kek..dan sebelah malamnya aku belanja dia makan di Restoran depan rumah (sambil tenguk bola Kelantan VS NS) dah 12 tahun tp kecik comelnya macam budak tadika...mungkin sebab tumbesaran agak slow KERANA dia pengidap asthma yg tak kronik...mungkin juga KERANA dia kurang mendapat kasih sayang seorang ayah (agaknya kot)..walaupun kasih sayang aku melimpah ruah pada dia dan abangnya...

Abdullah Zaki sangat suka makan ayam...bila aku masak ikan dia akan tanya "ayam takde ke"
"eh...kan semalam ibu baru masak ayam masak merah"..hari ini lepas balik dari pejabat pendaftaran, aku beritahu dia aku nak masak ikan duri masak asam pedas versi berempah..eh! tak sangka dia jawab..."Okey".."Macam tu lah anak ibu...baru best!" aku ampu dia dengan puji2an...aku tenguk hidung dia kembang..heheheh..."Dik..makan ikan tu bagus..ayam tk bagus sangat..nanti adik tak boleh tinggi"(betul ke...hahahah..hantam sajalah...)

Sebelum Zohor siaplah masak asam pedas ikan duri@mayung berempah+terung+bende...lepas Solat..Abdullah Zaki makan...aku biarkan dia ambil sendiri...langsung tak tenguk apa yg dia ambil...lepas makan dia ke PIKK..

Bila tiba giliran aku nak makan...terkejut tenguk seketul ikan duri selebar tapak tangan aku sudah selamat dikerjakan Abdullah Zaki...agaknya itulah penangan puji2an aku pada dia tadi...betullah anak bungsu ni makan puji..tak boleh dipaksa2 dan kena cakap dengan lemah lembut....(siapa anak bungsu angkat kaki..betul tak?)

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku memujuk dengan berhemah..supaya Abdullah Zaki makan ikan....sejak age 1 tahun Abdullah Zaki sangat suka makan ikan...kalau takde ikan dia akan menjerit2 macam org jual ikan..."nak ikan,nak ikan.." hinggalah age dia 8 hingga 9 tahun..lepas tu dia terus tak suka ikan...hinggalah sekarang..(makan juga tp agak kurang)...dan hari ini memang pecah rekod..dia berjaya habiskan sekeping ikan yang kalau di jual di kedai harganya RM3.50 - RM4.50 sekeping....pas ni akan keraplah aku membeli ikan...

**************************************************************************************

Terharu...bergenang airmata melihat respon balas sahabat2 maya..lebih2 lagi kepada "Mountain Climber" yang tak jemu2 memberi pandangan dan kata2 peransang padaku..pada entryku "NOBODY KNOWS" betul kata2 sahabat....Nobody Knows except Allah..


ps *maafkan aku kerana tidak dapat menerimamu dalam hidupku...maafkan aku kerana menolak kehadiranmu dalam kehidupanku..maafkan aku kerana hanya aku dan DIA yang tahu*

25 comments:

piewahid said...

semoga Abdullah Zaki sihat dan menjadi anak yg soleh, cemerlang dunia akhirat :)

Azmi said...

salam kak ida...mi kembali..hehe
lama tak singgah..
wah anak bongsu dah umur 12 tahun dah...
owh pasal makan ikan tu mmg bagus sebab ikan mengandungi banyak protein dari ayam..dan ikan kurang jumlah lemaknya berbanding ayam..jadi kebiasaan org yg nak membina badan banyak makan ikan..sebab ikan banyak pprotein utk pembesaran

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Abdullah Zaki, moga menjadi anak yang cemerlang dan membanggakan ibu.

Anak2 yang tak suka ikan tapi kalu sekali dia dapat rasa ikan yg sedap, memang akan diminta selalu..

Lagipun kalu dah ibu sendiri yang masak, dgn kasih sayang, mestilah sedappp...!

zulkbo said...

salam..
ermmm..belum tua lagi
masih cantik seperti
dulu..tahniah membesarkan
anak dengan kasih sayang anda

imanshah said...

lama sungguh tak makan ikan duri..sedap tau

amirul said...

Salam kak...

semoga Abdullah Zaki membesar dgn sihat walafiat...

maaf lama xsinggah... mau kembali menulis... walaupun xsekerap dulu... :)

Anonymous said...

Salam kak :)
Tolong sampaikan pada Abdullah Zaki,selamat hari lahir (sorry lambat),semoga jadi anak yang baik dan rajin makan ikan :P

Akak jaga diri baik-baik okey.Selalu baca,tapi lepastu teringat ibu.(sedih)

Mendoakan akak sekeluarga,semoga bahagia dunia akhirat. :)

ainnoraini said...

selamat hari lahir semoga panjang umo dan jadi anak yg soleh didunia dan akhirat aminn...

abu muaz said...

anak-anak sekarang memang tak gemar makan ikan.... memang siibu kena pelbagaikan masakan ikan untuk menarik minat mereka.

yua said...

30 oktober? sama tarikh lahir dgn adik saya....
pepe pon, hepy belated bday buat anak akak =)

Abd Razak said...

Salam..

Selamat ulang tahun kelahiran buat Abdullah Zaki, moga hari-hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan amal soleh...

Irwan said...

saya cemburu dengan anak-anak akak sebab hubungan mereka baik dengan akak...

Anonymous said...

Salam Puan Ida,

Selamat menyambut hari lahir untuk Zaki. semoga hari2 mendatang lebih diberkati. Bagus mengamalkan makanan berimbang gitu. satu lagi kalau boleh elakkan banyak makan makanan segera. Ada kawan saya suka bagi anak2nya makanan segera dan kurang makan nasi. Bila membesar nampak cam kurang sihat jer dan pembesarannya kurang memberangsangkan. Selain tu mudah kena sakit dan kurang ketahanan badan. Baguslah dah nak makan ikan tu.Kira oklah. Tapi kena siap duit le skit he he.Wassalam.

Mountain climber

Idalara said...

Irwan..
akak rasa irwan pun tentu mempunyai hubungan yg baik dengan ibu irwan..jadi tak perlu cemburu ye dik..

Idalara said...

Salam Abd Razak
terimakasih atas ucapan dan doa...nanti kak ida smpaikan pada Abdullah zaki.

Idalara said...

yua
betul..30 okt...thanks yea..so mereka berkongsi tarikh yg sama kan.

Idalara said...

Abu Muaz..
beza dgn anak sy yg kedua..sgt suka ikan..mng peranna seorg ibu untuk pelbagaikan supaya anak2 suka menikmati apa saja makanan.

Idalara said...

Ainoraini
terimaksih dari Abdullah Zaki..insyallah.

Idalara said...

Anonymous...
siapa ni ye..mungkin akak kenal..apa2 pun terimaksih atas ucapan ini..sentiasa doakan ibu..jgn bersedih...dan terimaksih juga doa buat akak sekeluarga.

Idalara said...

Salam amirul..
Terimaksih masih tak lupa pada kak ida..tp kak ida yg lama tk singgah tempat mirul..

menulislah bila brkesempatan...

Idalara said...

Imansah...nanti balik cuti sekolah ni suh mak masakkan ye..

Idalara said...

Salam Zulkbo
terimakasih..eh! tetiba rasa muda semula...

Idalara said...

Salam azie..
terimaksih ye..

agaknya memang betul ikan itu pun memainkan peranan...ikan duri lembut dan tak ada tulang..

dan di masak pulak oleh seorg ibu..mana2 ibu yg memasak pasti sedap sesedap masakan ibu kita kan.

Idalara said...

Salam Azmi..
study ye tu yg nmpak tk bpe aktif...tkpe lepas exam terus menulis sktif semula..

betullah akak kata ikan tu bagus untuk pertumbuhan..t.kasih share info ni...

Idalara said...

Piewahid
insyallah..terimaksih atas doa dan ucapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...