Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, October 25, 2010

Macam mana nak tolong....

Aku memang suka memasak...lepas keja rasa berkobar2 nak balik masak...tp mesti singgah kedai dulu..kat sebelah ofis @ rumah ada satu mini market milik orang kita...besar...3 pintu jadi satu..masa baru2 bukak dulu, barang memang penuh...banyak..tokey mini market ni pun hari2 datang dgn keta mercedes dia..mengikut kata pekerja dia yg juga sedara mara tokey tu..tokey tu kontraktor kelas A..maknanya org berada lah juga..mesti banyak duit dan boleh maintain berniaga mini market ni..

1, 2,3,4,5,6 bulan hingga 1 tahun nampak ok..aku pun memang seronok bershoping kat situ...harga barang2 agak berpatutan....bulan2 pertama hingga ke 4 bulan kerap lah nampak tokey kedai datang jenguk kedai..tapi lama2 dah tk nampak... lama2 barang2 kat kedai tambah berkurang..ramai yg suka dtg mini market ni sebab milik orang kita, tp bila msuk mesti keluar semula dengan tangan kosong..sebab barang tak ada...hampa..

Berita terbaru aku terima petang tadi..bekalan elektrik dipotong..patutlah bergelap, cuma ada bebarapa kawasan dipasang lampu..sahlah tu tak bayar bil lektrik...

Bukan tak nak tolong orang kita tp kalau mcmni keadaannya macam mana nk tolong...
amat menyedihkan...hampir semua rak kosong tiada barang,..
Curi2 snap gambar petang tadi...

pekerja pun dah tak de..yg jadi cashier pun dah banyak kali bertukar ganti orgnya..

tenguklah..kedai besar yang amat, tp beras ada 6 kampit je.. peti ais pun kosong.
Tak tahulah berapa lama lagi minimarket ini akan bertahan..sedih tenguk nasib peniaga Melayu yang gagal maintain perniagan mereka..... tenguk saja kedai ca ya nu alif yg terletak agak jauh dari kediamanku..semua barang ada, bak kata aku..mak ayah datuk nenek je tk de kat situ yang lain semua ada..!!

6 comments:

kakcik said...

Salam Ida...

salahnya 'orang kita' ini, selalu mementingkan penampilan - bila berjaya d=sikit, kereta mewah itu bagaikan wajib... kalau tengok 'apek' duit juta2 pun masih maintain dengan seluar katok dan selipar... (bukan semualah...) :(

ber_u_wang said...

berniaga tampa ilmu memang tak untung

Abd Razak said...

Salam...

Mungkin ada masalah kewangan..

ladyanaiz said...

ala..sedih la macam ni. patut dari toke beli keta mahal2 baik beli barang kedai kan. huhu..!!

Anonymous said...

Salam Puan Idalara.

Ada beberapa sebab kegagalan orang kita;

Pertamanya mungkin sebab sikap orang kita sendiri iaitu cepat nak kaya atau belum apa apa dah nak pakai mercedez etc.

Keduanya mungkin dia bermasalah dengan kontraknya maklumlah kontrak ni ada turun naiknya kadang2 tu keja tak diluluskan so tarik baget kedai.

Yang ketiganya kita sebenarnya perlukan supplier dari orang kita untuk support kita untuk dapat harga lebih baik dan lebih berdaya saing.

Kadang2 kita pelik lihat kedai macam maju semua orang support tapi bangkrap juga. Mungkin kerajaan boleh buat sesuatu bagi mengatasi masalah ini.

Tapi ada juga yang berjaya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...