Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, December 28, 2010

Tolong aku selesaikan masalah ini.....

Bismillah....Salam.

Cuma 4 hari saja lagi penggal persekolahan tahun 2011 akan bermula, nampaknya cikgu cikgi mulalah sibuk kembali setelah agak lama tak memegang kapur...dan ibubapa pula akan kembali huru hara menjelang pagi...mana nk siapkan sarapan, nak kejutkan anak2 pegi sekolah...adik2 ni mesti liat nak bangun sebab dah sebulan lebih bangun lewat.....

Pada 30 Dis ini aku akan ke SMKBBST bersama Abdullah Zaki untuk majlis taklimat, watikah penyerahan anak2, pendaftaran dan pembelian buku sekolah...aku pula yang rasa teruja nk ke sekolah, nak tenguk ada tak murid tingkatan 1 yang lebih kecil dari Abdullah Zaki..!!
Sebenarnya aku tak bimbang samada Abdullah Zaki dapat menyesuaikan diri atau tidak...aku tahu dia memang senang dapat kawan dan ada saja yang suka berkawan dengan dia..aku tahu dia berani di luar dan bukan jenis pemalu..tapi...cuma satu masalah....

Tahun 2011 Aiman Zarif naik tingkatan 3..bermakna sesi persekolahan dia sebelah pagi, manakala Abdullah Zaki sebelah petang...kira2 pukul 11.30 barulah Abdullah Zaki akan ke sekolah pula.......setelah aku ke ofis, dia akan tinggal seorg diri sementara menanti waktu hendak ke sekolah...

Masalahnya sekarang....Abdullah Zaki seorg yang sangat penakut..dia sentiasa ditemani abangnya...kalau aku dan abgnya berada di rumahpun dia masih takut nak ke dapur atau ke tandas seorang diri...apalagi nak tinggal seorang diri nanti...puas aku dan abgnya berikan kata2 semangat dan peransang pada dia supaya jadi berani..tapi dia tetap takut dan tak berani tinggal sorang diri..

Takkan pulak aku nak bawa dia ke ofis tiap pagi, nak suruh dia bersiap satu hal....dah tentu menganggu tugas dan konsentrasi aku.., itu belum lagi tetiba ada bos muncul di pejabat pagi2 hari tu, apa penjelasan yang nak aku berikan......adoiii...payah jugak nak solvekan problem ini....pening aku nak pikirkan...

Macam mana nak buat ye....jika ada kawan2 yang boleh bantu aku selesaikan masalah ini harap dapatlah beri aku pendapat dan pandangan...mudah2an ada satu cara yang dapat menyelesaikan masalah aku ini...

25 comments:

IMANSHAH said...

salam kak

Tidak ada pilihan, kena ajar dia berdikari.then selalu follow up dengan telefon..insyaallah lama2 dapat sesuaikan diri

ab@h_Izz said...

salam kenal...masaalah jugak yer,mungkin kalau ada sekolah lain yg dekat dan sesi persekolahanya bermula petang/pagi yg boleh sama2 habis waktu sekolah ( sekolah asing2)..tak pun tinggal rumah pengasuh pada sebelah ptg..

sahromnasrudin said...

pilihan yang ada hanya ajar dia berdikari..mcm kata imnashah

luahfikiran said...

SALAM,
INSYAALLAH, ADA JALAN PENYELESAIAN. PERLUKAN RUMAH TRANSIT. KALAU ADA RUMAH SAUDARA MARA YANG BOLEH DITUMPANG LAGI BAGUS. DI TEMPAT TINGGAL LF, TERDAPAT PUSAT JAGAAN KANAK2 YG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TRANSIT INI. TERDAPAT VAN YANG MENGANGKUT ANAK DARI SEKOLAH PAGI KE RUMAH TRANSIT DAN KEMUDIAN KE SEKOLAH PETANG. DI RUMAH TRANSIT INI, BOLEH MANDI, TUKAR PAKAIAN.

Anonymous said...

Salam Puan ,

Saya rasa kena tinggalkan juga. lama2 dia terbiasa dan tak takut lagi. Satu lagi kalau ada transit rumah d sana bagus juga, tapi kena belanja lebih.Tapi kena ajar berhati - hati bila seorang diri kat rumah. Keselamatan perkara paling penting.Rumah sentiasa dkunci.Hand phone pastikan sentiasa ok sebab skrg ni ramai orang jahat, pecah rumah dsb. Perkara2 begini perlu ambil kira juga

The best sya rasa transit. Sbb kalau tinggal sorang2 n dia tak biasa serta penakut dibimbangi dia cepat panik kalu berlaku perkara2 tertentu.


Mountain climber.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kalau ada jiran yang boleh ditumpang pada waktu pagi pun bagus juga supaya dia tak takut.

kakyon@kakrose said...

Cadangan Abd Razak bagus jugak. Akak pun dulu mcm tu..

syira aka sepatu hijau said...

salam

kesian gak kat budak kan... bagus gak tinggal kat jiran tu :D

Citarasa Rinduan said...

salam..
ayu dah alami masalah ini dgn anak ayu..
alhamdullilah...ayu tinggalkan dia dalam berapa kali..hilang takutnya..

ida kena beri keyakinan pada beliau...biasalah mula2 memang mcm tu..kerap call yer mcm cdgnn cikgu iman

PS:mana url yang ida join GA ayu???,

Jejaka Desa said...

Anok jantan pun takut ke.Kene biase2 kan diri ter.Lame2 ok la nanti.Kate semangat pun kene beri selalu...

azieazah said...

I nak kongsi 1 perkara. Dulu anak sulung I (Dak Amoi tu la), masa Tadika, dia duk rumah sensorang, pegang kunci rumah sendiri. Lepas balik dari Tadika dia bukak pintu sendiri, kunci sentiasa dan duduk dlm rumah tengok tv dan baca buku jer sensorang sementara tunggu kami balik kerja.

alhamdulillah, mujur gak ketika itu mungkin saya bernasib baik dapat jiran yang leh gak tengokkan, tapi yang penting adalah kita yakinkan dia tentang keberanian yang ada dlm diri dia...

Kamsiah said...

salam..
aduiii anak comel yg membuatkan mak nya serba salah...
selain tumpangkan kat rumah jiran..boleh juga minta jiran2 terdekat datang jenguk2kan dia...ida juga boleh call dia setiap sejam...

Kamsiah said...

salam..
aduiii anak comel yg membuatkan mak nya serba salah...
selain tumpangkan kat rumah jiran..boleh juga minta jiran2 terdekat datang jenguk2kan dia...ida juga boleh call dia setiap sejam...

Idalara said...

salam Kamsiah
memang sgt buat ibu dia serba salah..ida tinggal rumah kedai..tkde jiran tetangga..tu yg mslhnya..

Idalara said...

Azie..thanks share masalah yg penah azie hadapi dulu...Azie duduk rumah taman ada jiran2..masalah ida duduk rumah kedai..wlupun sebelah pejabat,susah juga nak jenguk setiap waktu..walaubagaimana pun terpaksa juga biar dia berdikari supaya lama kelamaan dia jadi berani.

Idalara said...

jejaka Desa..
nak buat mcm mana kan...nama pun anak bungsu..tak matang lagi..tp mcmne pun sy akan paksa juga dia supaya jd berani.

Idalara said...

Salam ayu..
ida rasa pun terpaksa buat mcm ayu buat pada anak ayu..lebih2 lagi anak ida lelaki..insyallah pasti boleh..

p/s maaf ayu ida memnag tak sempat nj join GA ayu tu...insyallah lain kali ye.

Idalara said...

Syira,,
masalahnya kak ida tiada jiran...tp kak ida akan cuba tinggalkan dia hingga jadi berani.

Idalara said...

Salam kakyon
cadangan itu memnag baik.masalahnya ida tkde jiran tetangga...

Idalara said...

Waalaikumsalam Abd Razak
saranan Abd Razak memang baik..tapi masalah nya kak ida tak ada jiran tetangga..insyallah kak ida akan ikut kata2 Imanshah.

Idalara said...

Salam Mountain Climber..

trimakasih turut mmeberi pendapat dan pandangan yang baik..seperi yg saya katakan sebelum ini..saya tiada jiran untuk ditransitkan..insyallah sy akan paksa juga dia tinggal sorg2 disamping itu sy akan sentiasa menelefon untuk memastikan dia selamat.

Idalara said...

SALAM LF

Terimaksih beri pendapat...kalau nk hantar rumah transit memnag tiada di tempat tinggal sy ni..apa lagi saydara mara..namun insyaallah pasti ada jalan nanti.

Idalara said...

sahrom...'saya setuju sgt dgn pendapat imanshah..insyallah nak kena praktikan..

Idalara said...

Salam abah izz
Rasanya anak sy pun tk mahu tinggl rumah pengasuh,insyallah sy akan ikut kata2 imanshah..

Idalara said...

slam Imanshah
rasanya itu saja cara untuk buat dia boleh berdikari dn hilang rasa takut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...