Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, December 03, 2010

Bila aku geram....

Bismillah....

Setiap kali membeli sarapan pagi di kedai2 berhampiran, aku pasti rasa frust dan geram.....apa taknya...semuanya kurang.... kurang sedap, kurang gula, kurang lemak,lebih masin..duit je tak kurang..bila dah rasa geram mulalah semangat nak memasak meluah2...

Bagus gak bila rasa geram dan tak puas hati ni..bangun subuh menyingsing lengan menggoreng mee kuning..goreng lebih2 sikit bawa kat ofis dapat juga jamu kawan2....perut kenyang hati pun puas...kadang2 aku rasa hairan tenguk sikap peniaga makanan yang tak mahu mengekalkan kualiti makanan yang mereka jual..asal ada saja mereka jual..macam pembeli ni takde anak tekak....sikap mereka sebenarnya menutup pintu rezeki mereka sendiri...sekali pembeli rasa tak sedap, pastlah tak datang kali kedua..cuba kalau sedap..mahal sikikt pun tak pe...mestilah pelanggan akan datang semula.
Sebelah tengahari pulak aku sediakan menu sup ayam beraneka..aku namakan 'sup ayam beraneka' sebab segala macam sayur aku masukkan..karot, kentang, kubis bunga, cili benggala dan batang saderi...makan pulak dengan nasi panas2 berserta sambal goreng...nyam,nyam..nasi dua pinggan pun tak cukup....

Kawan2 ofis dah tahu benar sikap aku....bila aku tak puas hati dan geram..esuk pasti aku memasak dan bawa bekal ke ofis..memang betul..tak rugi kalau rajin sikit...dapat berjimat dan makanan yang dimasak terjamin bersih dan sedap.
Esuk masak lagi....walaupun tinggal sorang2, aku kena rajin memasak...dah tinggal sorg diri ni aku cepat lapar dan rasa nak makan je...eh..malam ni nak makan apa ek....

10 comments:

ber_u_wang said...

lapo la pulak tgk tu

wasabi onee-san said...

hehehe.. rajin2 la memasak..
air tangan sendiri msti sedap tu cz kita je tau cita rasa kita sendiri..

Idalara said...

ber_uwang kalau lapar mehlah sini...

azieazah said...

Suap yg banyak bahan tu selalunya I panggil Sup ABC..:)
Kalu ada sambal belacan dan ikan masin, phiewwww!

Abd Razak said...

Masak sendiri lagi best kan!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
W/pun saya lelaki, jarang sekali saya makan digerai/kedai luar krn ada etika pemakanan. Tak nak bahan perasa (MSG & ingradient yg siap), bahan campuran (additive), bahan pengawet (preservative), bahan pewarna dan bahan2 kimia yg dicampur krn boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati. Itu belum dimasuk faktor kebersihan dan bebas dari keracunan bakteria leptospirosis. Lebih selamat dan bersih jika dimasak sendiri, bukannya susah sgt pun. Wallahualam

LiNda said...

Kak idaaaaa...

Saya datang temankan kak ... :)

krole said...

wuahhh lapo lak ble tngok gmbaq tu...mnta skit heee~

Tukang cerita said...

salam kak ida...
sekadar nak bagi pandangan tentang anak akak yang nak motor tu...

hari ni, genap seminggu sepupu saya (eh, kebetulan nama dia aiman jugak lah kak... :) meninggal kerana eksiden dilanggar kereta....

kesnya, bawak motor laju2, tak sempat nak membrek, langgar kereta orang, terpelanting tgh jalan lalu dilanggar kereta...bersepai otak kak....baghu tingkatan 2 tu kak...

bukan nak menakutkan, tapi btul kata akak...selagi mampu bertegas, bertegaslah dengan anak2...apa yg akak buat adalah untuk kebaikan mereka jugak.... sebelum dapat motor, mmg janji macam2...nanti, bila dh dapat moto, lain jadinya...

biarlah dia marah kan akak sekalipun, harap suatu hari nanti dia akan faham kenapa akak tak mo belikan dia motor tu.... biar dia menangis skrg, drpd kita yg menangis di kemudian hari kelak....

Idalara said...

salam Nurul @ Tukng cerita
terimaksih..insyallah kakida dah bagi kata putus tkkan belikan motor utk amian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...