Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, May 31, 2009

Aku, Dia dan Anak-Anak....


Bermacam-macam kejadian yag berlaku sejak kebelakangan ini betul-betul menguji ketabahan dan kesabaran aku..hal anak-anak, hal dia dan hal di kampung..namun semua itu tambah mendewasakan aku dan buat aku lebih kuat melalui hidup yang sepi ini...hal aku dan dia...aku pasrah...mungkin ada hikmah di sebalik yg berlaku, aku sudah letih untuk merayu dan menjelaskan segalanya......mungkin aku bukan untuk dia dan dia memang bukan Allah jadikan untuk aku...aku redha walaupun hatiku terlalu kecewa dan sedih...kerana dia tidak mempercayai apa yg aku katakan..hanya itu yg aku kesalkan.

Hari ini...belum pun 3 hari bercuti seperti yang aku war2kan..aku sudahpun pulang semula ke daerahku..tempat aku mencari rezeki dan tempat yg penuh kenangan pahit dan manis..anak-anak ku tinggalkan di kampung kerana aku tak larat mengawal mereka sepanjang cuti sekolah ini, ...aku terlalu sedih meninggalkan mereka..sepanjang perjalanan pulang airmataku tak berhenti mengalir..namun aku kena kuat..biar pun abdullah zaki merayu supaya tidak meninggalkan dia di kampung...tak lama...tetapi terlalu lama bagiku berpisah dgn anak2....hujung minggu ini aku akan kembali semula kerana majlis pernikahan adik bungsuku pada 6 dan 7 Jun ini...tunggu kepulangan ibu..

Untuk teman-teman semua aku akan kembali seperti dulu...meskipun hati masih pilu dan sedih namun aku cuba lupakan segalanya. Insyaallah aku akan mula menulis seperti dulu...mudah2an masih ada ruang untuk aku kecapi bahagia di dunia yang fana ini dan menebus kesilapan masa lalu.....dengan sokongan teman2 pasti hidupku akan lebih berwarna warni.

"p/s...mengapa terlalu singkat perhubungan ini..baru pun semalam melakar rindu, mengapa mendung melanda sukma"

Thursday, May 28, 2009

Maafkan Idalara

Buat semua teman2 yang mengunjungi 'idalara'..ida memohon maaf andai beberapa hari ini ida tidak dapat menziarahi teman2 yang banyak memberi pandangan dan komen..ada sedikit masaalah di blog..yang masih belum ida dapat selesaikan..dan buat sahabat istimewa ida,ida memohon jutaan kemaafan...tiap manusia melakukan kesilapan..ida hanya manusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesilapan juga..ida akan bercuti mulai esuk 29 Mei 2009 hingga 31 Mei ini..jika ada kesilapan,terkasar bahasa ida mohon maaf..jika panjang umur kita bertemu lagi...
jika tidak..doa2kan lah ida manusia biasa yg banyak dosa dan kesilapan.

Sesungguhnya.....


Sesungguhnya...Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu :

1. Allah menyembunyikan reda Nya dalam taat.

2. Allah menyembunyikan murka Nya di dalam maksiat.

3. Allah menyembunyikan nama Nya yang Maha Agung di dalam al Quran

4. Allah Lailatul Qadr di dalam Ramadhan.

5. Allah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu)

6. Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
"muga Allah merahmati kita hambanya di dunia yang fana dan di akhirat yg kekal abadi"

Tuesday, May 26, 2009

Kad Buat Dia Yang Entah Di Mana...

Kadang2 tanpa sedar kita melakukan sesuatu perbuatan atau mengeluarkan kata2 yang melukakan atau membuat seseorg marah..yang hanya buat kita perasan bila dia seakan cuba menjauhkan diri dari kita..sedihkan..bila teman yang sering berkongsi kisah duka tiba2 menjauhkan diri..mungkin dia sudah bertemu teman yang lebih baik dari kita atau mungkin kita yang rasa begitu..atau mungkin dia terlalu sibuk dan ada masalah yang dia hadapi..kita hanya dapat mendoakan kebahagiaan dia kerana kita tahu dia pun akan melakukan begitu pada kita sahabatnya...hanya kad dan ucapan ini aku tujukan pada dia..kerana aku tak tahu dia di mana..hanya bertemu di sini...di maya pada ini..


ku Kirimkan sekeping kad dari hatiku
kad tanpa alamat
kepada dia yang ntah di mana.
Ku kirim kepada dia
kerana aku sangat rindu..
ku poskan ke dalam peti merah
dengan seribu harapan
ada tangan yang sudi mengutip
dan menitipkan kepada dia..
ahh...mengapa dia..
mengapa dia yang aku rindu..
sedangkan ku pasti
dia takkan pernah mengerti..
lalu ku kutip semula kad itu
ku kirimkan di alam maya..
kerana ku pasti dia akan menatapnya..
kerana di maya ini aku bertemu...dia...

p/s..muga dia menerima kad dan ucapan ini...muga dia mengerti..muga dia memaafi jika aku bersalah.

Masaalah,Masaalah...iiiiii...Geramnya..

Tak tahu apa sebab dan apa punca...sejak petang ahad lalu blogku ada gangguan...setiap kali cuba masuk akan terpadam..tiap kali aku buka blog akan terpampang perkataan "internet explorer cannot open the internet site http// idalara.blogspot.com, operation aborted"puas ku cuba settlekan prblem ini tapi masih tak ok..yang menghairankan boleh pula ke dashboard dan hasilkan entri..mungkin ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah yang menimpa blog ini..mati akal rasanya sebab tak boleh nak membaca komen2 yang dibuat oleh pengunjung..somebody help me please...

Sunday, May 24, 2009

Innalillah....AlFatihah.

Terkejut, sedih dan mengalir airmataku bila menerima khabar ini......

Kira-kira pukul 10 pagi aku menerima khabar dari bekas suamiku, yang ibunya iaitu bekas ibu mertuaku meninggal dunia..(adakah arwah layak ku panggil bekas ibu mertuaku setelah aku berpisah dengan suamiku) sedangkan aku tak pernah menganggap arwah adalah 'bekas' ibu mertuaku..dia tetap ku anggap ibu mertuaku di dunia dan akhirat..arwah yang ku kenal selama hampir 20 tahun adalah seorang ibu yang sporting, baik hati, kuat beribadat dan sangat rapat denganku...

Semasa perpisahanku dulu dialah yang paling kecewa dan akan menangis setiap kali berjumpa aku dan cucu2nya...aku masih mengunjungi arwah walaupun aku telah berpisah dengan anaknya..aku sering katakan padanya...aku berpisah dengan anaknya bukan dengan dia dan keluarganya. Perhubungan aku dan arwah serta kakak2 iparku tetap baik walaupun aku dan suami tiada apa2 hubungan lagi..

Namun apa yang aku kesalkan, aku dan anak2 tidak dapat menziarahi arwah..kebetulan aku baru saja pulang dari kampung semalam..dan aku juga turut terkilan kerana bekas suamiku tidak memberitahuku lebih awal lagi yang ibunya sedang sakit..mungkin tiada rezekiku bertemu arwah di saat2 akhir beliau. Aku doakan mudah2an arwah di tempatkan di sisi orang2 yang beriman dan diterima di sisi Allah.

Friday, May 22, 2009

Saat Aku...

Saat aku melangkah pergi..
tidak akan aku menoleh lagi.
ku tinggalkan jejak semalam
yang penuh ceritera luka...
akan ku turuti cahaya merah
di kaki langit...akan ku jejaki dia...
cahaya kebahagian..
di sana kah ku temui...
Di sana..diakah yang menanti dalam debar,
di hujung rindu....
atau akukah yang menunggu dalam sendu..
berlagu pilu....
pada sebuah kunjungan yang tak pasti.
pada sebuah harapan yang bukan janji...
Diakah yang tidak tahu menilai cintaku
atau akukah yang tak mengerti kata hatinya..
atau sememangnya aku bukan tercipta untuknya...
dan dia bukan tercipta untuku..
Akukah yang terlewat menghulur cinta..
atau diakah yang tercepat mengunci hati..
menolak segala rasa yang yang tersisa...
menyulam kasih, menganyam rindu sendiri...
p/s...sakit bila merindu...luka bila mencintai..
lebih sakit kerana dia tak tahu.......lebih luka kerana hanya kita yg merindu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...