Bila timbul masalah begini, mulalah aku nak persalahkan pihak sekolah dan PPD yang mentah2 menolak permohonan pertukaran sekolah anakku Abdullah Zaki dulu..dengan memberi alasan tiada kekosongan..puas aku merayu dan minta dipertimbangkan permohonan aku atas alasan aku tiada kenderaan untuk menghantar anak ke sekolah apabila ketiadaan bas dan aku tak berapa mampu nak menanggung bayaran bas sekolah untuk dua org anakku...namun jawapannya tetap sama, tiada kekosongan...walaupun untk seorang murid. Akhirnya aku mengalah dan anak2 sudah seronok bersekolah di SKKLIA hinggakan tak mahu berpindah ke sekolah lain.
Kini apa yang aku bimbangkan berlaku..4 hari Abdullah Zaki tidak ke sekolah kerana tiada bas sekolah...sedangkan sesi persekolahan masih ada 5 hari lagi..perbalahan yang berlaku antara pemandu dan pemilik bas..anakku pula yang menjadi mangsa..pemilik bas menyalahkan pemandu kerana tak pandai jaga bas, bas diambil semula dan dihantar ke workshop..sudahnya 4 hari Abdullah Zaki tidak ke sekolah...pemilik bas hanya lepas tangan tanpa mengambil inisiatif lain untuk menghantar budak2 ke sekolah.
Aku memikirkan inisiatif lain untuk mneghantar zaki ke sekolah...namun memang tiada jalan penyelesaian..nak minta tolong jiran2..aku tiada jiran....kerana aku bukan tinggal di kawasan taman perumahan..nak minta tolong kwn2 ofis..semuanya datang lewat ke pejabat...siapa harus dipersalahkan..pihak sekolah yang menolak permohonan aku?PPD?Abdullah Zaki?atau aku sebab tak mampu menyediakan kemudahan untuk anak2ku..
Mujurlah peperiksaan akhir tahun sudah berakhir..kalau tak mungkin aku terpaksa menyuruh abdullah zaki berjalan kaki ke sekolah yang sangat jauh!!....ada beberapa teman yang tak mengetahui apa sebenarnya bertanya mengapa aku tk beli sebuah kereta?..sebenarnya mereka tak tahu..sekarang aku sedang menanggung baki loan kereta yang sudah ditarik bank pada tahun 2006 dulu..baki yang harus aku jelaskan berjumlah RM9K lebih..begitulah yang terpaksa aku tanggung selama bertahun2 ini..rasanya masih tak mampu nak menambah hutang..
Aku berharap masih ada jalan penyelesaian untuk aku hadapi masalah ini..memang amat memeningkan..siapa yg tahu apa yang aku rasa....hanya aku...
p/s terkedu bila anak2 berkata..bestkan klau ada abah mcm saleh..boleh jalan2 g makan kfc..aku hanya menangis dalam hati.
Showing posts with label Masalah. Show all posts
Showing posts with label Masalah. Show all posts
Saturday, November 14, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Masaalah,Masaalah...iiiiii...Geramnya..
Tak tahu apa sebab dan apa punca...sejak petang ahad lalu blogku ada gangguan...setiap kali cuba masuk akan terpadam..tiap kali aku buka blog akan terpampang perkataan "internet explorer cannot open the internet site http// idalara.blogspot.com, operation aborted"puas ku cuba settlekan prblem ini tapi masih tak ok..yang menghairankan boleh pula ke dashboard dan hasilkan entri..mungkin ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah yang menimpa blog ini..mati akal rasanya sebab tak boleh nak membaca komen2 yang dibuat oleh pengunjung..somebody help me please...
Subscribe to:
Posts (Atom)