Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, May 26, 2009

Kad Buat Dia Yang Entah Di Mana...

Kadang2 tanpa sedar kita melakukan sesuatu perbuatan atau mengeluarkan kata2 yang melukakan atau membuat seseorg marah..yang hanya buat kita perasan bila dia seakan cuba menjauhkan diri dari kita..sedihkan..bila teman yang sering berkongsi kisah duka tiba2 menjauhkan diri..mungkin dia sudah bertemu teman yang lebih baik dari kita atau mungkin kita yang rasa begitu..atau mungkin dia terlalu sibuk dan ada masalah yang dia hadapi..kita hanya dapat mendoakan kebahagiaan dia kerana kita tahu dia pun akan melakukan begitu pada kita sahabatnya...hanya kad dan ucapan ini aku tujukan pada dia..kerana aku tak tahu dia di mana..hanya bertemu di sini...di maya pada ini..


ku Kirimkan sekeping kad dari hatiku
kad tanpa alamat
kepada dia yang ntah di mana.
Ku kirim kepada dia
kerana aku sangat rindu..
ku poskan ke dalam peti merah
dengan seribu harapan
ada tangan yang sudi mengutip
dan menitipkan kepada dia..
ahh...mengapa dia..
mengapa dia yang aku rindu..
sedangkan ku pasti
dia takkan pernah mengerti..
lalu ku kutip semula kad itu
ku kirimkan di alam maya..
kerana ku pasti dia akan menatapnya..
kerana di maya ini aku bertemu...dia...

p/s..muga dia menerima kad dan ucapan ini...muga dia mengerti..muga dia memaafi jika aku bersalah.

13 comments:

Krasz bAtu said...

moga2 dia terima kad tu

MarLadyD said...

pengganti diri yg amat bermakna.
dikejauhan mengusik kerinduan...

penjenayah.merah.jambu. said...

semoga akak menjadi tenang,im pretty sure he ll read this unless he is too busy..
kadang2 kita sibuk dengan dunia kita,kita bukan lupakan orang,tapi keadaan yang membataskan kita..
bila semuanya selesai,jangan risau,mesti segalanya akan kembali seperti dulu..insya allah.. :)

Eiba said...

Kak...Buatlah apa saja..asal akak bahagia... agar mendapat ketenangan...agar resah hilang di telan gelisah.. agar terubat luka yang parah...

Semoga ceria selalu dan lebih sempurna....

SYAbAR said...

memafkan itu mulia ke atas orang yg dimaafkan dan individu yang memberi maaf.

Dalam maksud kau ni IDA. Sabar dan berdoa untuk kesejahteraan

Cik Amy Sensei said...

salam..

waddduuhh...syahdu syahdan la akak ni ekk...ngah rindu-rinduan kat sape la tu ekk insan maya ituu...

..ceria selalu k..

Abang Long said...

Ikhlas dalam persahabatan. Jujur dalam perbuatan. Berdoa kepada Allah.

Tirana said...

Ida..

bersangka baik pada semua kawan-kawan...dan mendo'akan kebaikan untuk mereka...itulah yang sebaik-baiknya.

Naz said...

semoga dia paham maksud Kak Ida. tp mcm mana dia nak baca sedangkan alamat dia pun akak x der? atau mungkin dia dah baca n3 akak ni... :)

Idalara said...

krasz batu..hope mcmtulah..
..................................

mar...hanya itu dpt menyatakan ras hati..
...................................

secreet...terimakasih ye..
insyaallah...hehehe..tapi lucukan kirim kad di alam maya je..

Idalara said...

krasz batu..hope mcmtulah..
..................................

mar...hanya itu dpt menyatakan ras hati..
...................................

secreet...terimakasih ye..
insyaallah...hehehe..tapi lucukan kirim kad di alam maya je..

Idalara said...

salam eiba..muga semua yg eiba katakan itu dapat akak rasai..insyaallah.
...................................
salam syabar..
dalam maksud sedalam sy mengingati dia...
...................................
Cik Amy...siapakah dia?hanya kak ida saje yg tahu..dan dia pun tak tahu..
...................................
Insyaallah Abang Long...bila ada keikhlasan segalanya akan dipermudahkan.
...................................
Tirana....betul tu..kdg2 tak mahu bersangka buruk tapi hati manusia ini tak boleh lari dr rasa itu..
..................................
Naz..tak tahulah samada dia memahami atau tidak..pasti dia dah baca..sbb dia salah seorg blogger kat sini..

Naz said...

wow.. siapakah si dia yg misteri itu. mungkin dia akan paham maksud akak. yg penting akak dah luahkan apa yg sebenarnya... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...