Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, February 26, 2009

Aiman Zarif

Alhamdulillah...3 org cahayamata telah melengkapkan aku sebagai seorg ibu..selama 18 tahun aku sempat bergelar seorang isteri yang sangat taat pada suami dan menjaga maruah suamiku..tapi jodoh mng ditentukan Allah dan perpisahan tiada siapapun yg pinta..walaupun telah sedaya upaya menjaga perkongsian hidup itu..namun Allah lebih mengetahui..namun aku redha dan pasrah..kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya..aku kini lebih tenang dan bahagia..dengan anak2 yg semakin meningkat dewasa..aku kini lebih bebas tapi menjaga batasan2 sebagai seorg ibutunggal..

Inilah Aiman Zarif..berusia 13 tahun pada 19 Febuari baru2 ini,lahir di Hospital Besar Melaka pada Tahun Baru Cina dan malam Takbir Aidil Fitri bergema....anak kedua dalam tiga beradik..seorg anak yang sangat taat..sangat baik sejak dari lahir lagi..tak banyak kerenah,tak tahu meminta2,menerima apa saja yang diberi..sudah mula berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun lagi......sejak dari berusia 9 tahun lagi sudah ku letakkan tanggungjawab menjaga adinya Abdullah Zaki..Aiman terlalu mengambil berat tntng adiknya Abdullah Zaki..sanggup tak makan kerana adiknya..sanggup bersusahpayah demi adiknya.
Aku mng bangga dgn anakku yang kedua ini...selain tak pernah menyusahkan aku ibunya dia cukup mendengar kata dan tak pernah membantah kata2 ku ibunya..pelajaran di sekolah pun Alhamdulillah..walaupun tanpa tuisyen dia berjaya juga mendapat A dalam UPSR..
Inilah bakat yang ada pada Aiman Zarif...melukis..beliau sangat berbakat dalam lukisan..inilah antara lukisan2 yang dilukis oleh Aiman..mungkin lukisan aiman tak sehebat mana tapi aku tetap merasa anakku ini sangat betbakat dan perlu digilap kebolehannya.
hebat tak...tapi aiman tak buat mcmni bila naik basikal.


Entah apalah dalam fikirannya bila melukis gambar ini.

Minat menonton kartun kat canel Astro...inilah hasilnya..

Begitu juga ini...ilham dari komik The Law Of Ueki..

Gambar yang ini dilukis oleh adiknya Abdullah Zaki...adiknya juga berbakat seprti abangnya...abgnya cuma membantu..

Ilham dari komik K.O. King..aku rasa lukisan ini sangat menjadi..inilah kebolehan anak keduaku Aiman Zarif..aku berdoa muga2 satu hari nanti Aiman menjadi anak yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat..
"Aiman Tak Kisah...."



Tuesday, February 24, 2009

Cinta...Cinta...Cinta..


Cinta yang hakiki...

Menurut Imam Ghazali, daging, urat dan kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar.
Jika cinta sekadar dapat dicapai dengan pancaindera yang lima iaitu..sentuh,bau,lihat,dengar dan rasa.. maka itu belum cinta yang hakiki.
Hanya cinta yang dapat dirasai dengan deria ke enam iaitu hati maka nbarulah ia cinta yang hakiki.
Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati..ia muncul dari dalam ke luar..bukan dari luar ke dalam. ia bukan dari mata turun ke hati..sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain2 anggota..itulah cinta yang benar,suci lagi murni.
Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhlok paling sempurna.
Cinta bukan diukur menurut pandangan mata kepala tetapi mengikut pandangan matahati.
Cinta itu datang daripada Allah dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan Allah.
Ukuran Benci dan Cinta sejati..

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika nnti.
Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak aberkurang kerana kesalahan.


Pencinta Allah..

Rahsia yang ada dalam hati pencinta Allah mereka tenang dalam derita,rasa mulia ketika dihina,rasa lapang ketika kesempitan.

Ketika diberi kesenangan mereka bersyukur,ketika ditimpa musibah mereka bersabar.
Dalam apa jua keadaan mereka beruntung dan bahagia.
Sabda Rasulullah : "Ajaib bagi orang Mukmin kerana bila senanag dia bersyukur lalu diberi pahala..bila susah dia bersabar lalu diberi pahala. Dalam kedua2 keadaan dia mendapat untung.


Perjuangan cinta ada caranya...

Fahamilah bahasa org tua dalam marahnya..
Selamilah rasa orang tua dalam rajuknya.
Jika cintamu terhalang oleh mereka,
ketahuilah di sebalik halangan itu adalah cinta jua.
Jangan mengalah kalau cintamu benar,
tetapi perjuangkanlah cinta itu sengan cara yang benar pula.
Tetapi jika sudah terasa cintamu salah,mengalahlah.
Bahkan mengalah pada kebenaran itulah
kemenangan yang sebenar.
Jangan sampai cintamu memisahkan mu
kerana cinta yang sebenar akan sentiasa dipertemukan...



"Apabila nikmat cinta semakin kurang dan hilang lalu tempatnya digantikan oleh kesakitan dan derita"

Sunday, February 22, 2009

Lepaskan Aku KeLaut...........

Ku kira jalan ku betul dan langkah ku tepat
Tapi hakikatnya aku salah dan aku tersesat
Ku kira aku berenang di laut dan terbang di awan lepas
Tapi rupanya aku diburu kemelut dan aku tewas
Sayang...maafkanlah andai aku mengganggu tidurmu nan lena.
Esuk..lepas kau sedar..bahawa aku tiada lagi di sisi...
Anggaplah aku telah pergi.
Tapi andai masih ada bayangku lagi..
Usah kau biar tanpa hala..
Kutip dan lepaskan kembali..
Aku ke laut.......................

Adik Dapat Piala dan Pingat...

Kesiannya anak bungsu idalara ni...sejak jumaat lg dia dah beritahu kat sekolah ada sukan hari ahad ni..
dia asik tanya nnti nak pegi dgn siapa ibu..siapa nak hantar adik..inilah masalahnya bila sekolah agak jauh dari rumah..pulak tu ida tak de transport..mlm tadi dia tanya lagi..ida hanya jawab..takyah pegilah dik..cikgu tak marah..tapi semangat kesukanan berkobar2 dalam hati dia..dia tetap nk pegi...tak tido malam..dia bangun dan menangis nak pegi juga.....sapelah ida nak mintak tolong ni..ida bukan duduk kawasan taman perumahan...tkde jiran tetanga...tp ida janji juga esuk pagi2 tunggu kat depan..kot2 ada kawan2 yang lalu..boleh tumpang..
so..gelap2 lg sblm pukul 7 ida dan zaki dah terpacak kat bawah...ida cuma pesan baik2 kat dia..kita tawakal je dik ye..kalau ada rezeki adik dapatlah pegi..
Alhamdulillah..kira2 pukul 7.10 berhenti sebuah kancil...turun kawan zaki mempelawa dia naik sama..Syukur..lega hati ida..
inilah hadiah yang di bawa balik tengahari tadi..tak sangka kecik2 cili padi..dan dalam athma tu zaki berjaya jadi naib johan acara lari bawa bola dgn kayu hoki dan tempat ke tiga acara merentas desa..untuk tahun 5 dan 6..tahniah anakku..

kecil jangan disangka anak...besar jangan disangka bapa...

Kes Bengang

Marah,sakit hati,geram campur sedih dan kecewa..berbaur2 perasaan aku malm tadi. Rasa yang berbagai itu khas aku tujukan pada sorg kaum adam ni yang sewenang2nya mengeluarkan kata2 tanpa guna penapis..pada perempuan spt aku..
Sabar pun ada batasnya..rendah betul pandangan manusia bernama lelaki ni pada perempuan spt aku..ibu tunggal...atau bahasa mesra alamnya Singlemom.
Al-kisahnya ptg semalam aku bertemu semula sahabat karibku yang dah hampir setengah tahun tak jpe..
Biasalah bila lama tk jpe..maka bnyklah cerita ceriti yang nak dikongsi bersama..dari hal anak2..membawa hal keja..hal2 peribody...juga masuklah hal2 berkaitan kawan2 lelaki atau pmpuan..tp bukan mengumpat tau..dosa..
Nak dijadikan aku marah tu..adalah sorg mamat ni...kira2 kwn siber yg baru suku minggu aku kenal..
Kira2 pukul 10 mlm aku tgh download lagu dr laptop ke hp..lagu yg ada kat blog Kamezaim yg tgh frust tu...hehehe..jgn marah.....
sure lah sape call atau msg aku tak dapat..
Bila dah okeh..hp berfungsi spt biasa...berlumba2 lah msg masuk..ada 6 misscall dan 1 msg..
dari mamat yg baru suku minggu aku kenal tu...
dia tnya nape dia call tk dpt dan msg pun aku tk jwb..laaa..mcmne nk dpt sbb hp tgh guna..
Aku pun jwb:
"sorilah..td tgh download lagu..ada kawan datang kat rumah ni.."..
Dia jawab:
"Oic...sorilah..tak tahu u bawak bf kat rumah"
Cewah2x..suke2 je kata aku bawak kawan lelaki masuk rumah..dah malam bute pulak tu...gile ke apa aku ni..buang tebiat..nak kena tangkap dgn pak2 aji kat kawasan ni...
Tak hangin aku dibuatnya...
Dia msg lagi:
"patutlah call dan msg tak dapat..tgh berdating rupanya...sorilah..i ganggu u.."
Eh..eh..lelebih lak mamat ni..tak tnya lg dah menuduh je..kot ye tanyalah dulu..tu kira fitnah tu...
jenoh nak cari aku kat akhirat nanti nk mintak maaf..
Aku reply msg dia:
"gile ke apa i nak bawak lelaki masuk rumah malam2 ni..siang pun tk penah nikan pulak malam..
i ni masih waras tau..ada iman lagi....kawan i ni perempuan..singlemom mcm i gak...nak bersembang sampai pg pun tkde sape nk marah...anak2 siap bawak lagi..."
Dah dpt msg dr aku..baru nk mintak maaf..dia pulak kata dia terasa bila aku msg mcm tu...eh terbalik kot pulak..patut aku yg terasa...
Gitulah...pandangan dan tohmahan dari sesetengah org...sedihkan...kita buat baik salah..kalau buat jahat apatah lagi...tak cukup mulut nak mengata..
Puas menjaga diri..menjaga peribadi..tapi perkara2 mcmni mng tk boleh lari dari masyarkat kita...sbb kdg2 perempuan yg bergelar singlemom tu sendiri yg membuat org mengata..
Apa2pun aku tetap memaafkan sesiapa saja yg anggap serong pada aku..atau kawan2 yang sewaktu dgnku..ini hnya dugaan sebesar hama saja...bnyk lagi dugaan yang org2 sepertiku akan hadapi.
" Bertanya tak salah jika hanya untuk kepastian..jika malas bertanya jalan yang mudahpun akan sesat"

Saturday, February 21, 2009

Mata,Mulut,Telinga,Hati dan Otak

Gambar sekadar hiasan

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan wajah kita,kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.

Tapi pandanglah semua itu ke depan..pandanglah m,asa depan kita.

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua buah sisi.

Bertujuan mengumpul pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan memilih mana yang salah.

Kita dilahirkan dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,kita tetap kaya.

Kerana tidak akan ada seorang pun yang akan dapat mencuri otak kita,fikiran kita dan idea kita.

Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita diberi satu mulut dan mulut adalah senjata yang sangat tajam,mulut boleh menyakiti,boleh membunuh,boleh menggoda dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan.

Maka ingatlah berkata sesedikit mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak2nya.

Kita lahir dengan satu hati jauh di dalam diri. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta,diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berikanlah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.



"Gunakan Mata,mulut,telinga,hati dan otak untuk berbuat kebaikan"

Friday, February 20, 2009

Setiap Wanita itu Cantik

Seorang anak laki2 kecil bertanya pada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita" kata sang ibu kepadanya.
"Saya tak mengerti" kata anak itu.
ibunya hanya memeluknya dan berkata..
"dan kamu tak akan pernah mengerti"
kemudian anak laki2 itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan"
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
lalu anak laki2 tadi menbesar menjadi dewasa dan
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia bertanya kepada Tuhan..
"Tuhan,mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita.ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia:
namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak2nya.
Aku memberinya kekerasanuntuk menbuatnya tetap tegar ketika
orang2 lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh.
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Aku memberinya kekuatan untuk membantu suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui seorg suami yg baik
takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.
Dan akhirnya,Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana ia perlukan.

Kau tahu...kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg yang dikenakan,

susuk yg dia tampilkan,atau bagaimana dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita harus di lihat dari matanya..kerana itulah pintu hatinya..

tempat di mana cinta ada"


"Bila seorg wanita mula mencintai..dia tak akan berhenti untuk mencintai"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...