Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, February 07, 2009

Rendang Ayam Cili Padi

Petang semalam idalara kata nk masak rendang ayam cili padi..rasa hati terpanggil nk buat tu sbb dua hari yg lepas idalara ada beli rendang ayam..bila makan..nk kata rendang bukan ,nak kata ayam masak merah pun bukan..geramnya....ada teman idalara bengang sbb idalara ni asyik bagi resepi nk bg bdn tmbh besar..bukan nak bg tmbh kurus..hehehe...nasiblah...dah idalara mng suka masak..dan suka tguk kwn2 puji masakan idalara..so..pg tadi idalara mulalah kuarkan semua bahan2..ala..bukan susah sgt pun..campak2 je dalam kuali setengah jam siap utk dihidang..mula2 bersihkan..

ayam 1 ekor.

Bahan2nya A
1. cili padi 50 sen atau ikut rasa
2. cili kering siap dikisar 4 sudu makan
3. bawang besar 4 labu - bersihkan belah 4
4. bawang putih 10 ulas
5. halia 1/2 inci
6. kunyit hidup 1/4 inci
7. lengkuas 1/4 inci
(kisar bahan A)
8. serai 3 btg - ketuk sikit
9. kerisik 5 sudu makan
10. santan RM2.00
11. daun kunyit - mayang sederhana
12. daun limau purut - mayang halus
13. garam dan gula ikut rasa
14. munyak masak

Cara-cara :

tumis bahan kisar, kacau hingga sebati masukkan serai dan ayam.
kacau hingga ayam sebati dgn bahan tadi..masuk garam ikut rasa.
bila air ayam dah agak kering masukkan santan..biar api sederhana hingga santan pekat.masukkan kerisik dan kacau rata..masuk gula ikut rasa..(biasanya 3 sudu makan)
kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut..siap untuk dihidang dgn nasi himpit atai ketupat.

Dalam kuali - sebelum masuk santan.

Siap dah rendang ayam cili padi..

Siap untuk di makan dengan nasi himpit..inilah hidangan idalara anak beranak pagi hingga petang ni..hehehe.. SELAMAT MENCUBA.


'jika memasak dari hati yang ikhlas..yg tak sedap pun jadi sedap'

Friday, February 06, 2009

Bila Cinta Hadir


Tuhan
Saat aku mencintai seorang insan
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersamaMu yang tak pernah berakhir

Tuhan
Ketika aku memerlukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada rindu dan cinta sejatiMU
Agar kerinduanku kepadaMu semakin menjadi

Tuhan
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU
Agar bertambah kuat cintaku padaMU

Tuhan
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku padaMU

Tuhan
Ketika aku berucap aku cinta padamu
Biarkanlah kataku kepada yang hatinya
Tertaut kepadaMU
Agar aku tidak jatuh dalam cinta
Yang bukan keranaMU


Sebagaimana orang bijak berkata
Mencintai seseorang bukanlah ada-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai seseorang yang kamu cinta
Sangatlah bererti.



"Jangan butakan matahati kerana cinta"


****Puisi di atas khas ditujukan untuk seorg teman istimewa,muga dia berjaya menemui cinta sejatinya****

Bila Anak Ke Pasar

Semalam lepas singgah kat rumah eiba...tguk eiba masak ketam..adoi..terliur dan jam2 tu perut jd lapar..so idalara pun ajak dua hero ida ke pasar yang jaraknya sepelaung dua dr rumah idalara..bagi org yang agak berat badannya mng termengah jugalah nk menyampaikan ke pasar tu..tp bg idalara yang cuit miut ni..no hal, siap berlari2 anak lg..hehehe..hah!..inilah antara menu2 yg anak2 idalara beli.

Dadeh - budak2 athma tak digalakkan makn selalu.tp anak2 ida bantai gak.

Buah dukong - my favorite

Anggur Hitam tanpa seeds..

Soto Bakso - Nyam nyam..

Murtabak - memang best..

Sebenarnya ada lagi yang yang dibelinya tp bnyk sgt nk tunjuk kat sini..nnti ada lak yang mengidam..meleleh air liur..dan idalara pula beli ayam..sbb esuk nak masak rendang ayam cili padi..makan dgn nasi himpit..nymmmm..tunggguuuu..

Thursday, February 05, 2009

Andaiku Tahu

Andaiku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andaiku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapka kata taubat padaMu

Ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangisku bertaubat padaMU

Aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di syurgamu.


Bila menghayati lirik lagu ini..sedar betapa kerdilnya diriku di sisiNYA.
sedar betapa kematian tidak mengira waktu.
sedar.. kematian tidak mengira amal ku cukup atau tidak.
sedar.. kematian tidak diberi amaran.
Dan seperti tersedar dari lena yang panjang.
Bangkit dari kelalaian dan kealpaan.

Teman Yang Mengerti

Gembira dan terharu sgt bila terima ucapan yang cute ini dari seorang teman..walaupun teman itu jauh beribu batu..dia faham gelodak yang melanda jiwaku....walaupun teman itu hnya ku kenali di alam maya ini namun dia amat mengerti kelukaan ini...walaupun teman itu tak pernah ku temui namun aku rasa dia sentiasa memerhatikan ku..sering bertanya khabar melalui email...sering mengambil berat tentang diriku...tapi dia hanya seorang teman baik..tidak lebih dan tidak kurang..

Muga teman baikku itu bahagia dan dirahmati selalu..muga dia menemui cahaya hidupnya, seseorang yang akan menemaninya sepanjang hayatnya....seperti yang sering dipohon untukku.


" Jadilah seperti sepohon kurma,walau dilontar dgn kayu dia akan membalasnya dgn buah kurma yang manis"

Wednesday, February 04, 2009

Merubah Persepsi Negatif 'Janda' Dalam Masyarakat


Masyarakat sering pandang serong trhadap seorg wanita yg bergelar ibu tunggal. Mereka sering dianggap suka memikat anak teruna atau suami org. Secara tidak langsung mereka sering menjadi sasaran cemuhan,umpatan dan acapkali menjadi prhatian kebanyakkannya dari sudut negatif..sebenarnya kesemua itu berpunca dr sikap wanita yg bergelar ibu tunggal itu sendiri..jika mereka pandai menjaga tingkah laku dan tahu membawa diri semua tuduhan yang tidak berasas tidak akan dilemparkan kepada mereka.
Golongan ibu tunggal berusaha membesarkan anak2 tanpa sokongan seorg lelaki bernama suami..hanya mereka yang berada dalam situasi tersebut yang dapat memahami perjuangan hidup serta pergolakan hubungan dalam kehidupan bergelar ibu tunggal ini.
Untuk mengurangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap status janda atau ibu tunggal ini antara panduan yang boleh dijadikan iktibar termsuklah:

1. Jaga penampilan diri dan meningkatkan keyakinan - penampilan diri haruslah dijaga sebaik mungkin,bukan sekadar luaran semata tetapi merangkumi tata susila dan sopan santun sebagai wanita dan ibu.

2. Elak diri dari jadi orang ke tiga - usah libatkan diri dgn masalah percintaan dgn suami org..berusaha elakkan diri dari terlibat.

3. Tumpuan terhadap anak-anak - andalah tunggak kekuatan perkembangan minda anak2,mereka menhgarapkan anda utk nasihat dan bimbingan.

4. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan - adalah lebih baik melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat dan berfaedah, seperti persatuan ibu tunggal yang banyak membantu anda mengatasai berbagai masalah.

5. Meningkatkan ilmu pengetahuan - inilah masa terbaik menambahkan ilmu pengetahuan dlm berbagai bidang.

6. Mengawal emosi - kegagalan menangani emosi boleh menyebabkan tekanan perasaan, luahkan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai spt sahabat karib,anggota keluarga yg terdekat atau badan2 kaunseling yang boleh membantu anda,

7. Merancang hala tuju di masa hadapan - perceraian bukan pengakhir kehidupan sebaliknya satu perjalanan yang harus diteruskan. persediaan mental dan fizikal penting bagi anda terus merancang masa hadapan. Dapatkan nasihat dari Jab Agama Islam atau peguam tentang hak dan tuntutan nafkah..semuanya utk kebajikan dan kebahagiaan terbaik utk anak dimasa hadapan.

8. Menyayangi diri dan anak-anak - Bangunlah kekuatan diri untuk teruskan kehidupan..walaupun orglain tidak menghargai anda tapi anda mesti menghargai diri sendiri..yakinlah dengan kemampuan dan kekuatan yang anda miliki.

9. Jaminan dari segi ekonomi - kukuhkan ekonomi dgn mendapatkan satu pekerjaan yang tetap atau berniaga..berbelanjalah ikut kemampuan.

10. Mendekati Tuhan - Jika sblm ini anda alpa dan leka terhadap tuntutan dan tanggungjawab sebagai muslimah,inilah masanya anda bermunajat dan muhasabah diri..bnykkan bersabar,hiasilah hari2 anda dgn membaca Al Quran dan berzikir dan berdoalah sentiasa memohon petunjuk dan pertolongan dari Allah yang Maha Penyayang.



"Hanya kita yang dapat mencorak kehidupan kita sendiri"

Telatah Anak Bungsu







Antara gambar2 yang anak bungsuku Abdullah Zaki berusia 11 tahun snap menggunakan hp Sony Ericsson..sbnrnya aku pun tak bape pandai nak buat..hehehe...skrg baru tahu bnyak fungsi2 kat hp tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...