Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, September 07, 2009

Abah oh Abah..

Perkhabaran yang aku terima seawal pagi tadi benar2 seperti mahu menghentikan denyut nadiku, benar-benar meluruhkan semangatku....sesudah subuh aku lelapkan mata sejam dua kerana tak tidur sepanjang malam. kira2 pukul 8.30 pagi deringan telefon no celcom bertalu2 mengejutkan aku dari lena yang sebentar.

'Kak..nape tak jawab kat no. maxis' satu suara di hujung talian seakan menjerit..

'Sape ni'. aku bertanya agak keheranan, tak dapat megecam suaranya kerana mungkin aku masih mamai terjaga secara tiba-tiba (maaf..bukan sdr mamai ye)

'Mar lah.., eh kak ida tak tahu abah ke?'

'Abah? kenapa?' aku terjerit kuat..jantungku segera berdegup kencang.

'Abah jatuh kat bilik air subuh tadi..akak tk tenguk ke owg call banyak kali.'

'Ya Allah..abah macam mane..' ada getar dihujung suaraku menahan sebak..terasa longlai kakiku.

'Akak penat sangat lah Mar..akak tidur tak sedar langsung...abah macam mana..mak macam mana..?'

Bertalu-talu soalan aku..aku mula terbayang wajah tua abah..rutin abah akan ke masjid setiap kali waktu solat. Abah memang seorang yang sangat kuat beribadat, cita-cita abah hendak mengakhirkan hayatnya di bumi Mekah, itu sebab abah sentiasa menguntukkan simpanan untuk menunaikan umrah...walaupun dah berkali-kali dia ke sana.

'Abah nak mandi nak g masjid..depan pintu bilik air tu licin, abah tak pegang apa2 masa nak keluar dari bilik air..tergelincir..kepala abah terhantuk kat batu pintu bilik air..darah melambak2, mak macam nak pengsan tenguk darah banyak..nasib baik adik wan ada..dia dah bawak abah g hospital, kat sana abang zali tunggu abah..sebab wan kena pegi pejabat SUK pagi2 nanti'

Panjang lebar adikku mar becerita..ya Allah aku bermohon muga2 abah tak apa2..aku mohon sangat..aku mula menghitung2 waktu..nak balik..kalau aku bersiap sekarang masih sempat, tapi anak2 dua orag ni tak boleh aku tinggalkan. Aku berkira2 lagi..dari sini kalau cepat siap paling2 pukul 10pagi sampai stesen komuter Nilai..sampai Seremban pukul 11.oo kalau tren tak lambat..
nak kejutkan dua orang hero ni makan masa juga. Aduhai..alangkah mudah jika aku ada sebuah kereta...sabarlah wahai hati...

Aku call abang kat hospital..hp dia off..pasti bateri kong..apa cerita agaknya abah...aku seperti hilang arah..apa harus aku buat..masa makin bergerak..masa tak tunggu aku.

'Assalamualaikum mak..., abah mcmne..'
'Sape ni?' mak tak cam suara anak perempuan sulung dia ni..
'Dah lah mak.."
"Ohh..abah kau jatuh tadi dah..melambak2 darah..ni dah nak balik dah..doktor dah x-ray kepala takde apa2, sapa bagitahu? mar ke?'

Aku dengar suara mak agak ceria..alhamdulillah abah tak apa2..darah banyak keluar sebab kena kat kepala..berjahit tiga jahitan.

'A'ah Dah dah tahu..Mar bagitahu tadi.....Dah nak balik pun kang tak tahu kol bape sampai..zaki pulak ada peksa kat sekolah agama esuk'. teragak2 aku beritahu mak..

'Eh, jangan balik, tak yah.....abah kau tak apa-apa,..dah sampai pun ni..esuk kan keja..budak2 tu kan sekolah esuk.'

Mak bersungguh2 tak benarkan aku balik..mak tahu kesulitan aku dan mak tahu aku ni bagaimana orangnya..pantang dengar mak atau abah sakit pening, aku pasti nak balik..

Alhamdulillah abah cuma cedera luka akibat terhantuk kat bucu batu di depan pintu bilik air, tiada kecederaan lain seperti gegaran otak atau sebagainya...dan abah tetap meneruskan puasanya walaupun dinasihatkan oleh doktor supaya buka puasa dan makan ubat.

Muga-muga abah segera sembuh dan dapat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat tarawikh...maafkan aku abah kerana tidak dapat menjenguk abah di saat begini. Aku sentiasa doakan abah dan mak tetap bersama hingga akhir hayat mereka, amin.


p/s" aku cemburu melihat kebahagiaan mak dan abah..aku cemburu kerana aku tidak berjaya hidup bersama dia sepanjang hayatku seperti mak dan abah...dan aku berjanji andai aku diberi peluang sekali lagi..aku ingin jadi seperti mak dan abah..semakin tua kasih mereka semakin kukuh"

p/s Komen2 dari sahabat semua akan ku respon kemudian, insyaallah..maaf ye..

Buat suami..........

Buat suami2 yang budiman di luar sana.....jadilah suami yang terbaik pada bulan Ramadhan ini....@ tentunya di bulan2 lain pun...Insyaallah.

Suami harus memahami keadaan isteri berkerjaya dan sering sibuk di luar rumah terutamanya ketika Ramadhan. Sikap saling memahami antara pasangan sememangnya penting, cubalah ikuti beberapa panduan ini supaya dapat membantu anda menjadi suami yang terbaik :

Ringan Tulang
Jangan jadi tuan besar di rumah dengan hanya memerhati dan mengarahkan saja isteri melakukan semua kerja rumah, sesekali atau selalulah ringankan tulang membantu isteri mengemas meja makan untuk berbuka ataupun sahur. Tak jatuh taraf seorang suami hanya setakad membantu isteri membasuh pinggan kotor.

Ambil hati isteri
Janganlah masa bercinta je pandai ambil hati buah hati tapi bila dah jadi isteri selalulah beri kata pujian terutamanya apabila isteri memasak juadah untuk berbuka...jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh anda, contohnya jika masakan kurang garam atau minuman tawar..jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukanlah orang gaji.

Uruskan anak-anak
Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolonglah uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah atau ke pusat penjagaan. Layan kerenah anak-anak supaya mereka tidak menganggu ibunya yang sibuk di dapur. Jangan hanya duduk membaca paper sementara menanti waktu berbuka.

Tunjukkan kasih sayang
Bekerja seharian dan melakukan kerja-kerja di rumah memang memenatkan, oleh itu suami harus faham jika isteri kurang melayan suami ketika Ramadhan ini. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

Belikan juadah berbuka puasa
Sesekali atau seringlah belikan juadah untuk berbuka, sekurang2nya isteri dapat berehat sedikit. Jika mampu bawalah isteri dan anak-anak berbuka puasa di luar untuk mengeratkan kemesraan sekeluarga.

Sediakan pembantu rumah
Kerja-kerja rumah seperti memasak dan semua urusan di rumah bukanlah tugas sebenar seorang isteri, jika mampu. sediakan pembantu rumah untuk isteri..isteri boleh tumpukan memasak makanan untuk suami dan anak-anak sementara pembantu rumah boleh membuat kerja2 lain seperti membasuh baju dan mengemas rumah, dengan cara ini dapat mengurangkan beban isteri dan isteri lebih banyak masa melayan suami dam anak-anak.

Bawa isteri membeli belah
Sempena Hari Raya ini bawalah isteri membeli belah persiapan Hari raya dengan duit anda sendiri..walaupun isteri berkerja dan berpendapatan sendiri, jangan lepas tangan dan buat tak tahu saja. Kewajipan suami ialah menyediakan segala keperluan walaupun isteri mampu buat begitu dengan duitnya sendiri. Kecualilah isteri anda menolak pemberian anda kerana faham keadaan anda waktu itu.

Doakan kebaikan untuk isteri
Ambil kesempatan sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan isteri ketika Ramadhan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

p/s siapapun yang akan menjadi suamiku kelak..dia bukan yang pertama tapi dialah yang terakhir buatku..insyaallah.

Sunday, September 06, 2009

Aku menulis .....( Wajah Baru....)

Aku menulis bukan untuk menyakiti
bukan jua meminta simpati
sekadar meluah rasa hati
pada sesiapa saja yang mengerti

Aku menulis luahan dari jiwa
hanya melahirkan apa ku rasa
yang tersirat dah terlalu lama
muga ada yg sudi membaca

Aku menulis bukan untuk meminta
sekadar untuk ku kongsi bersama
kerana aku tahu diantara kita
pasti ada yang turut merasa

Aku menulis hanya untuk diriku
juga untuk kamu.........

Assalamualaikum sahabat semua..muga semuanya sihat dan dirahmahti Allah swt hendaknya.

Cantik tak wajah baru Idalara ni..aku harap wajah baru yang lebih terang dan ceria ini akan membangkitkan semangat baru dan ceria buat pemilik 'rumah' ini dan juga pengunjung2 semua..atas bantuan seorang teman, wajah baru ini dihasilkan..jutaan terimakasih atas bantuan anda, jasamu tetap dikenang...aku yang masih bertatih di dunia IT ini masih terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.

Waktu ini aku masih dalam proses menyiapkan tempahan almond london..esuk dan lusa aku akan mula menyalut biskut2 tersebut dengan coklat..packing dan minggu depan semua tempahan akan ku hantar ke distinasi masing-masing..aku berdoa muga Allah beriku kesihatan yang berpanjangan sepanjang Ramadhan ini supaya dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna disamping menyiapkan semua tempahan.

Rasa terlalu padat jadual hidup ini..seawal subuh semuanya terpaksa dimulakan, namun semua itu buat aku sibuk dan sedikit sebanyak mengurangkan mindaku dari terlalu banyak berfikir segala masalah yang melanda.....semalam(5 Sept) aku rasa hari yang paling mencabar....entah mengapa aku terlalu letih dan sangat mengantuk..kalau nak diturutkan hati mau je aku campakkan tubuhku yang semakin comel ini di atas tilam empuk..namun kerana mengenangkan tempahan yang masih banyak, niat tersebut terpaksa aku batalkan..dalam mengantuk pun 12 adunan telah aku siapkan!! alhamdulillah..jgn bimbang...kualiti tetap terjaga dan sama rasa!

Rindu menggamit singgah di sini..di sini yang terlalu banyak memori indah dan kadang2 menyedihkan..segalanya akan menjadi pengalaman yang akan mendewasakan aku...dan di sini aku akan terus menulis.

p/s "apa yg terzahir adalah lahir dari sekeping hatiku yang luhur@ i mean it from the bottom of my heart"

Thursday, September 03, 2009

Airmataku mengalir kerana.......

Segala puji dan syukur terhadap Allah Ya Rahman Ya Rahim....tiada yang lebih mengetahui selain dari Dia..yang menentukan takdir kita..yang memberi kita kehidupan.. yang merancang sesuatu buat hambaNya..yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang disediakan buat kita...siapa kita untuk mempertikaikan setiap kejadian yang ditakdirkan buat kita.

Baru dua hari lepas aku menerima perkhabaran buruk dari adik bungsuku..tentang kemalangan yang menimpa dia, masih gundah dengan apa yang menimpa dia, aku masih tertanya2 keadaan dia.....alhamdulillah..dia memang betul2 selamat. Tiada apa2 kecederaan yang berlaku.

Hari ini airmataku mengalir.....rasa sebak dalam gembira bila mendapat berita adikku diterima bekerja di SUK Negeri Melaka..Alhamdulillah, dalam kegawatan ekonomi sekarang ini bukan mudah mendapat kerja dengan pihak kerajaan.....aku menangis kerana sangat gembira. Dalam ujian yang diterimanya, Allah kurniakan pula hadiah yang paling bermakna buat dia dan tentunya buat mak dan abah. Berkat doa mak dan abah..berkat doa abg2 dan kakak2nya, berkat doa sahabat2 aku di sini, dan berkat bulan yang mulia ini.... aku sangat bersyukur..kerana selepas ini ada anak yang sentiasa di sisi mak dan abah. Ada anak dan menantu yang akan menjaga dan mengembirakan mak dan abah...dan tak perlu lagi dia berjauhan dengan isteri yang tercinta.

Mendengar suaranya yang ceria hilang segala lara yana bersarang di jiwa..aku gembira walau dalam masa yang sama masalah yang aku hadapi masih belum selesai. Aku yakin buatku jua Allah sediakan satu hikmah yang pasti membahagiakan aku nanti...Insyaallah.

p/s" jikapun bukan dengan aku..ku relakan kau bahagia dengan siapapun pilihanmu...kerana aku tahu..aku yang tidak layak buatmu."

Wednesday, September 02, 2009

Anak Bungsu ...begitu ke gamaknya..

Hari ni aku cuti lagi..hingga esuk atau mungkin sampai lusa....setelah semua keja2 di ofis aku bereskan. Bergelut lagi dengan tepung2 dan badam untuk pastri almond london!..selepas subuh lagi aku sudah memulakan tugas, selepas zohor aku break sebentar..lenguh jari jemari dan urat belikat.....singgah sebentar di sini mencurah rasa..penat tadi hilang sertamerta bila lihat kunjungan dan komen rakan2 yg tak putus2..terimakasih..maafkan aku kalau tak sempat ziarah di tempat kamu semua..insyaallah bila ada kelapangan aku pasti singgah!! dan hari ini aku masih tk berkesempatan menjenguk adikku di Bangi..mudah2an dia selamat.

Abdullah Zaki ke sekolah macam biasa..alhamdulillah dia agak ok kali ni..tak merungut penat atau nak ponteng sekolah...sejak semalam Abdullah Zaki menunjukkan aku kertas jawapan ujian PKBS (siapa cikgu sila terangkan apa tu PKBS) ..wah..Alhamdulillah..kebanyakan semua mata pelajarannya meningkat..Agama Islam 96%, Bahasa Arab agak rendah 68% Bahasa Malaysia 86% (lebih baik dari sebelum) dan yang lain agak baik markahnya. Kembang hatinya bila aku cium dan ucapkan tahniah.. Abgnya Aiman Zarif terpaksa cuti sakit sebab astmanya menjadi2 sejak balik dari kampung...rasanya sebab naik kereta pak busunya yg di pasang air-cond..

Petang ni tetiba je Abdullah Zaki berubah laku bila tenguk abgnya sedap2 berbaring..masam muka dia tnya nape abg tk sekolah..puas aku jelaskan yang abgnya cuti mc...sedangkan dia terpaksa ke sekolah kerana ada peperiksaan percubaan di sekolah
Agamanya..boleh tk bengang dia...katanya "abg sedap2 dok umah...adik kena sekolah" itulah perangai nak bungsuku ini..tak boleh tenguk abgnya senang..padahal abgnya tak sihat......aku pujuk agar anak bertuah ni ke sekolah juga,..nak memujuk hatinya terpaksalah aku hantar dia dengan payung ke sekolah..aku faham..cuaca sangat panas..dia berpuasa dan terpaksa berjalan kaki pula...dan aku..aduh..memang tersangat letih..tapi sebab kerenah anak bungsu ini terpaksa aku gagahkan juga..hingga ke pintu sekolah dia aku hantar...hilang dari pandangan mata barulah aku meneruskan langkahku...bertuah anak bungsu ni..

Selesai masalah itu..satu perkara lagi yg memeningkan kepala..setiap kedai yang aku singgah bertanyakan gula..semuanya kata tak ada..mustahil..mini market milik bangsa asing yang segala2nya ada (bak kata aku..mak bapak je tkde) pun kata gula habis..aku memnag tk percaya..potong jari kalau stok gula mereka tak ada (sahlah tu sorokan gula)..hmmm..nak buat camne..stok gula yang aku ada rasanya tk mencukupi..terpaksalah aku usahakan cari juga nanti.

Sampai di rumah..aku terus ke dapur..nak ambil hati anak bungsu semula petang ni masa berbuka..cadangan dalam kepala dah ada..sotong goreng tepung, sayur kobis masak lemak putih dan ikan siakap goreng bercili dan goreng ikan pekasam..(jangan ada yg meleleh air liur sudah le) anak bungsu aku ni pasti senyum simpul bila tenguk atas meja ada lauk kegemarannya dan rajuk hatinya pasti pulih 100%...agaknya anak bungsu memang mcmni..(siapa anak bungsu mengaku cepat)..ceh!!..mcm aku tak biasa dengan perangai anak bungsu..abah kepada anak2ku pun anak bungsu..berbelas tahun aku hidup dengan anak bungsu..tahu sesangat perangainya..dan perangainya menurun pada anak bungsuku pula..bukan aku manjakan tapi perasaan sebagai anak bungsu memang tak boleh diubah..sejak azali lagi memang anak bungsu begitu gamaknya..dan adik bungsu ku pun mcmtu..

Oklah..nak bersilat di dapur pulak..opps..solat Asar dulu..lepas Asar baru mula memasak...kepada teman2 dan rakan2 yang sudi dan sering berkunjung di Idalara ni, serta kerap memberiku kata2 peransang aku ucapkan jutaan terimakash.

Harum sungguh si bunga cempaka
Cantik berseri si bunga melati
Budimu tuan takkan ku lupa
Tetap tersemadi di dalam hati


p/s..muga kebahagiaan alan jadi milik kita semua..lambat atau cepat..hanya takdir yang menentu segalanya.

Tuesday, September 01, 2009

Adik accident..aku buntu...

Terkejut..bila adik bungsu aku call ptg tadi.......semasa sedang menyiapkan juadah berbuka...harini beriya sakan masak sebab dua hero tu dah balik..berita ynag buat semangatku jadi agak goyah..adik accident..!! berhampiran kompleks PKNS Bangi..bila dia sendiri yang call hatiku jadi lega..kalau dia cedera pasti dia tk boleh call..katanya dia tak apa2..tapi boleh percaya ke..mungkin terpaksa berbohong sebab tak mahu aku susah hati...

Mungkin kerana hujan..mungkin kerana terlalai...mungkin kerana mengantuk..(jangan jadikan alasan kerana bepuasa) apa pun kemungkinannya itu adalah kesilapan dia..sebab dia yang melanggar belakang sebuah kereta..katanya kereta dia teruk dan kereta yg dilanggarpun rosak teruk...dari suaranya aku tahu dia sedang sangat risau..macamane nak bagitahu kat mak..mak dan abah pasti tk senang duduk kalau tahu anak bungsu mereka kemalangan. Mak mesti menangis..dan takkan berpuas hati selagi tak lihat anaknya dengan mata dia sendiri..

Isterinya yang mula2 diberitahu khabar buruk ini ..tp berpesan supaya tidak beritahu khbr buruk itu pada mak..bagaimana pula perasaan isteri yang baru dinikahi 3 bulan yang lepas..pasti hatinya terlalu gundah. Maklumlah dia di Melaka dan suaminya di Bangi..

Aku bersyukur adikku selamat..tapi dalam waktu yang sama hatiku mula risau..patah lagi kakiku..dialah satu2nya yang aku harapkan untuk membeli bahan2 AL@ almond london dan menghantar kueh2 yang telah siap nanti..aduh..dugaan betul! buntu...pening kepalaku memikirkannya...jika claim insurans.. pasti berminggu juga kereta tersadai di bengkel..
wah..teruk aku kali ni..Tuhan..dugaan apakah ini..kesian adik..kesian aku..baru mengharap nak memudahkan tugasku......tak sangka begini jadinya...

Mudah2an adikku tak apa2..walaupun dia kata dia ok..tapi aku tak lihat dengan mataku sendiri..
Minta dijauhkan apa2 kecederaan pada dia.

p/s..hati seorg ibu..mak pasti dapat rasakan sesuatu yg buruk berlaku pada anak2..itulah naluri seorg ibu.

Cantik Cara Semula Jadi

Lewat 12 mlm..masih menanti anak2 balik dengan pak busu diaorg..keja2 buat Almond London untuk harini dah siap..nak letak pic kat sini tk boleh..ada teknikal prblm pulak..esuk cadang nak cuti terpaksa dibatalkan..proses loan ahli masih tak settle..esuk semua mst settle.

Teringat nak postkan entri ni buat2 gadis2 dan mak2 dara..bagaimana nak cantik cara semula jadi..tak perlu ke saloon..lebih2 lagi yang agak kekurangan duit..:)) jika rajin lakukan insyaallah pasti berhasil!

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf..amalkan setiap pagi.

Masker Kuning Telur

Ambil kuning telur..sapukan ke seluruh wajah menggunakan tangan yang bersih, biar selama 10 minit..kemudian basuh dengan air bersih atau ir suam - wajah akan terasa segar dan lebih anjal..lakukan seminggu 2 kali.

Kurangkan Kadar Kolestrol

Perah sedikit limau nipis dalam setiap minuman seperti teh o..atau lebih baik air kosong tanpa gula.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun..timun hendaklah disagat terlebih dahulu, kemudian campurkan kedua2nya dengan sedikit air, kemudian disapu ke muka dan biarkan kering, basuh dengan air bersih. Cara ini dapat menegangkan kulit muka..tak perlulah mengeluarkan belanja yang banyak untuk suntikan botox!

Melangsingkan Tubuh

Masalah berat badan sering mengganggu fikiran wanita, cubalah petua ini : Ambil 2 biji lobak merah dan sebiji timun..parut dan perah airnya, air parutan tadi dicampurkan dengan sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan hingga berat badan anda turun.

Menghitamkan rambut

Orang sekarang sibuk kalerkan rambut jd blonde, kuning, merah atau putih..tapi bagi yang nak kekal hitam , apa kata amalkan petua ini :

Ambil hampas teh yang masih ada sisa2 teh..basahkan rambut dengan teh tadi, biar sebentar kemudian bilas hingga bersih, selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga memmbuatkan rambut kita lambat beruban.

Selamat mencuba..dan jika mahukan hasil yang terbaik jangan malas untuk berusaha..

p/s "senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas adalah petua awet muda yang paling mujarab disertakan dengan bacaan selawat atas Nabi setiap saat dalam hati"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...