Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, September 01, 2009

Cantik Cara Semula Jadi

Lewat 12 mlm..masih menanti anak2 balik dengan pak busu diaorg..keja2 buat Almond London untuk harini dah siap..nak letak pic kat sini tk boleh..ada teknikal prblm pulak..esuk cadang nak cuti terpaksa dibatalkan..proses loan ahli masih tak settle..esuk semua mst settle.

Teringat nak postkan entri ni buat2 gadis2 dan mak2 dara..bagaimana nak cantik cara semula jadi..tak perlu ke saloon..lebih2 lagi yang agak kekurangan duit..:)) jika rajin lakukan insyaallah pasti berhasil!

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf..amalkan setiap pagi.

Masker Kuning Telur

Ambil kuning telur..sapukan ke seluruh wajah menggunakan tangan yang bersih, biar selama 10 minit..kemudian basuh dengan air bersih atau ir suam - wajah akan terasa segar dan lebih anjal..lakukan seminggu 2 kali.

Kurangkan Kadar Kolestrol

Perah sedikit limau nipis dalam setiap minuman seperti teh o..atau lebih baik air kosong tanpa gula.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun..timun hendaklah disagat terlebih dahulu, kemudian campurkan kedua2nya dengan sedikit air, kemudian disapu ke muka dan biarkan kering, basuh dengan air bersih. Cara ini dapat menegangkan kulit muka..tak perlulah mengeluarkan belanja yang banyak untuk suntikan botox!

Melangsingkan Tubuh

Masalah berat badan sering mengganggu fikiran wanita, cubalah petua ini : Ambil 2 biji lobak merah dan sebiji timun..parut dan perah airnya, air parutan tadi dicampurkan dengan sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan hingga berat badan anda turun.

Menghitamkan rambut

Orang sekarang sibuk kalerkan rambut jd blonde, kuning, merah atau putih..tapi bagi yang nak kekal hitam , apa kata amalkan petua ini :

Ambil hampas teh yang masih ada sisa2 teh..basahkan rambut dengan teh tadi, biar sebentar kemudian bilas hingga bersih, selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga memmbuatkan rambut kita lambat beruban.

Selamat mencuba..dan jika mahukan hasil yang terbaik jangan malas untuk berusaha..

p/s "senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas adalah petua awet muda yang paling mujarab disertakan dengan bacaan selawat atas Nabi setiap saat dalam hati"

22 comments:

Naz said...

petua kecantikan yer Kak Ida... sy boleh try ker... hehehehe...

tq pesal komen lagu terbaru saya tu... :)

Idalara said...

yup naz...
kalau naz cuba kak ida takut jd ala2 gitu..hehehe..tp untuk kolestrol apa slhnya..unisex tu..

sama2..kbtln mlm ni mata tk mahu tido so jln2 cari kwn :))

Naz said...

hahahaha... oh tidak... yg part kolestrol tu bagus utk lelaki dan perempuan... :)

ok kak saya nak masuk tido dulu... mata pun dah ngantuk. kul 4 steng krg nak sahur... Selamat bersahur ya... :)

Idalara said...

hahaha..tergelak akak pg2 ni..apa jd ntah kalau naz pakai masker tepung ubi tu..tk dpt akak bygkan...tetiba jln pun jari terangkat2..hehehe

okeh..g lah tido..ntah nape mlm ni kak ida tk boleh tido..

Kish said...

muehehheee... abg naz nak pakai masker juge?? ha ha ha... ni yg nak buat kish tersengih2 mcm kupang bakar ni. ngengenge.

kak ida, suke la petua selawat nabi tu, paling mudah n ringkas. yg lain leceh juga.. he he, tp kalau nak cantik kn, kene la rajin, ye x.. he he

p/s : senyum2 la salu, mesti air muka x jemu dipandang org! (^.~). erkz, akak.. kuih almond london? wah... tetibe kish trase lapar pulak. huhu

kakna said...

he2.. byk petua dulu2 tp anak muda skrg yg malas nak ikut.. nk turunkan kolesterol mkn banyak serat larut.. contohnya oats/muesli. makan banyak mknn bersantan n bergoreng pon boleh tingkatkan cholesterol darah sbb lemak tepu induce liver to produce more n more cholesterol dlm bdn..
ceyhh.. nasihat pemakanan dr dietician.. kak ida susah nk tido minum susu kambing n sesudu madu.. makan bnd2 yg tinggi amino acid tryptophan coz benda alah ni akan menghasilkn seratonin..slh satu substance yg promote deep sleep..

Idalara said...

salam kish
:))) kak ida lg tersengih lebar bc tulisan kish..naz tu boleh tahan hensemnya..putih pulak..klau pakai masker kak ida tak tau lah..

betul tu kish..petua selawat yg paling baik diamalkan, tkyah kuar tenaga dan modal.

p/s senyum sokmo :)) yup kak ida buat almond london...nyam,nyam..

Idalara said...

salam kakna..
wah..ada pakar pemakanan gitu..tu namanya petua..tp la ni ramai dah malas nak ikut..nk tegang muka buat botox..nk cuci g pusat rawatan kecantikan..

abgus lah kakna ni..bg info tntg pemakanan pd kak ida..kbtlan pulak kak ida baru je dapat bekalan susu kambing(minuman Nabi)brand Hi-goat dan mula minum sahur td..dgn niat minta badan sihat dan otak cergas,,sbb bnyk keja menanti di opis dan almond london msh bnyk nk dibuat.
thanks kakna..

Kakcik Seroja said...

Bagus petua yang Ida bagi...
masalahnya.. penyakit M yg sukar dikikis .. hahaha....

Eta LaZiM said...

PETUA yg sgt EKONOMIK!! Thanks kak ida...

zedmagel said...

Salam Idalara,

Patutpun wajah idalara sentiasa cantik dan menarik, rupanya mengamalkan petua.

Mudah-mudahan dapat membantu nak2 dara dan mak janda supaya kelihatan lebih menawan.

abu muaz said...

Terima kasih. Saya dah tunjukkan pada isteri saya info ni....

SYAbAR said...

Ida,

saya selalu amalkan petua awet muda setiap kali basahkan air ke muka tiap kali ambil air sembahyang

birU said...

salam,

haaaaaa tolong wat AL? ingat kan tolong wat anak laut? wakakkaak almond london rupanya. kehkehekh..
biru n the gang dah siap wat AL, biskut aiskrim lum siap g. dahhh, kena bahagi 4 org. leh ar 2 balang beso sorang satu jenis. buat 4 jenis jerk. tart gulung nenas, choklat chips, AL, dan biskut eskrim. hohoho..

thanx juga pasal petua nih, leh ar awek muda nanti. leh cari budak2 la kan kan? haaaaaaaaaa

mamai said...

nak tambah satu lau:

kalau nak seri muka...ambil air sembahyang selalu

Idalara said...

salam kakcik..kalau penyakit M tu senang je..kuar duit g je pusat kecantikan..:))

Idalara said...

salam MamaQaypo..
yup sgt ekonomik..cuma perlukan rajin je..

Idalara said...

salam zedmagel
la..mana lah ada wajah idalara cantik dan menarik..biasa2 je zed..

wah....yg mak janda tu slow sikit..sbb idalara nikan MJ..hehhe

Idalara said...

salam abu muaz
muga2 wf abu muaz akan amalkan dn sentiasa kelihtan manis dihati abu muaz..

Idalara said...

salam Syabar..
sbnrnya itulah petua yang paling bagus..

Idalara said...

salam biru..oooo..tu yg dok hilang 2, 3 hari ni..wahh..kalau tlong buat anaklaut ntah apa jd pulak mamat tu hehehe..

wah,,bnyk jenis dah tu..nak oder tart boleh :))

Idalara said...

salam mamai..
yup..itu sebab kita tguk wajah org yg tk tinggal solat sentiasa indah berseri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...