Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, September 03, 2009

Airmataku mengalir kerana.......

Segala puji dan syukur terhadap Allah Ya Rahman Ya Rahim....tiada yang lebih mengetahui selain dari Dia..yang menentukan takdir kita..yang memberi kita kehidupan.. yang merancang sesuatu buat hambaNya..yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang disediakan buat kita...siapa kita untuk mempertikaikan setiap kejadian yang ditakdirkan buat kita.

Baru dua hari lepas aku menerima perkhabaran buruk dari adik bungsuku..tentang kemalangan yang menimpa dia, masih gundah dengan apa yang menimpa dia, aku masih tertanya2 keadaan dia.....alhamdulillah..dia memang betul2 selamat. Tiada apa2 kecederaan yang berlaku.

Hari ini airmataku mengalir.....rasa sebak dalam gembira bila mendapat berita adikku diterima bekerja di SUK Negeri Melaka..Alhamdulillah, dalam kegawatan ekonomi sekarang ini bukan mudah mendapat kerja dengan pihak kerajaan.....aku menangis kerana sangat gembira. Dalam ujian yang diterimanya, Allah kurniakan pula hadiah yang paling bermakna buat dia dan tentunya buat mak dan abah. Berkat doa mak dan abah..berkat doa abg2 dan kakak2nya, berkat doa sahabat2 aku di sini, dan berkat bulan yang mulia ini.... aku sangat bersyukur..kerana selepas ini ada anak yang sentiasa di sisi mak dan abah. Ada anak dan menantu yang akan menjaga dan mengembirakan mak dan abah...dan tak perlu lagi dia berjauhan dengan isteri yang tercinta.

Mendengar suaranya yang ceria hilang segala lara yana bersarang di jiwa..aku gembira walau dalam masa yang sama masalah yang aku hadapi masih belum selesai. Aku yakin buatku jua Allah sediakan satu hikmah yang pasti membahagiakan aku nanti...Insyaallah.

p/s" jikapun bukan dengan aku..ku relakan kau bahagia dengan siapapun pilihanmu...kerana aku tahu..aku yang tidak layak buatmu."

26 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ida...

janganlah terlalu merintih. Mungkin dia bukan untuk Ida.. Allah Maha Mengetahui segalanya. Ada rahmat tersembunyi yang tidak kita ketahui..

SYAbAR said...

hikmah disebalik dugaan... yg penting sabar dan redho, pasti sinar akan menjelma

Idalara said...

salam kakcik syg..
kdg2 hati tk boleh berhenti untuk merintih..mengharap benda yg tk mungkin..insyaallah ada rahmt di sebaliknya,

Idalara said...

salam syabar
itulah tiap kejadian ada hikmah yg tersembunyi yg kita tk tahu..

mamai said...

itulah kekuasan yang ditujukan olehNya pada mereka yang sabar dan tidak pernah jemu meminta dariNya

Idalara said...

salam mamai
hadiah berkat kesabaran..insyaalalh psti gnjaranya sgt indah.

Kish said...

syukur... (^.~) kish pun tumpang happy gak akak. tu la, setiap yg berlaku tu ade hikmahnye... kene sentiasa pk positif sbb tentu ada 'hadiah' utk kita nanti.

harap2, lepas ni rezki akak pun melimpah ruah. mcm lauk asam pedas tumpah ke pinggan nasi kish! he he.. amin. mesti ade bahagian utk akak juge. Allah tu sentiasa adil dan penyayang kan..

harap kak ida happy2 salu ye... *doakan kish same yg tgh berperang ngan mid term ni* :-p

arnamee said...

Salam...

ALLAH itu duga mereka yg kuat, akak.
ALLAH ada sebab buat itu.
yang penting perlu selalu muhasabah:)

Naz said...

Tahniah buat dinda kak Ida.. segala yg terjadi ada rahmat di sebaliknya...

maiyah said...

salam akak.. moga akak akan sentiasa dlm kesejahteraan

anaklaut said...

salam..

saya mendoakan agar adik idalara tidak apa-apa..

tq singgah blog anaklaut.

kakna said...

salam kak ida..
tuhan itu maha adil..
hari ini diuji badai esok lusa dilimpahkan rezeki buat kita..
moga kita tergolong dalam makhluknya yang sentiasa bersyukur..

zedmagel said...

Salam Ida "Yang Laranya"
Telah Pergi Jauh,

Tahniah kepada adik anda yang mendapat jawatan dalam SUK Melaka, tidak mudah mengisi kekosongan dalam waktu sebegini. Salam tahniah dari saya sekeluarga khas untuknya.

Ada garis kedukaan yang panjang dalam PS anda, untuk siapa saya tak pasati. Tapi N3 yang lepas, saya lihat kuntum-kuntum kasih seperti baru berputik. Jika takdirNya begitu, pasrah sahaja lah.

birU said...

salam..

air mata kegembiraan ,heeeeeeee

easza said...

Kak Ida... Allah itu maha adil lagi maha penyayang. Akan ada sesuatu yang lebih berharga buat akak... Insya-Allah... Sabar ye...

Idalara said...

salam kish..
wah..kak ida pun hepi bc tulisan kish..itulah hikmah yg Allah untukkan buat kita hambanya yg sabar..

insyaallah mudah2an rezeki kak ida melimpah ruah.

buat kish kak ida doakan muga berjaya dgn cemerlang.amin.

Idalara said...

salam arnamee..
terimaksih arnamee..insyaalalh muhasabah diri penting kn.

Idalara said...

salam naz
akak bg pihak adik ucapkan terimakasih atas ucapan naz tu.

Idalara said...

salam maiyah
terimakasih dik..

Idalara said...

salam anaklaut
terimakasih.

Idalara said...

salam kakna
yup Allah menguji sbb Dia syg kan kita hambanya..utk melihat kesabaran kita..

Idalara said...

salam zedmagel
terimaksih atas ucapan anda itu..rezeki dr Allah setelah kita diuji..

sy sentiasa rasa sprt tk dpt lupakan dn lepaskan dia pergi..tp apa guna hnya kita yg mengharap sdgkan dia semakin jauh..sy pasrah dan redha dgn ketentuan Ilahi...bahawa bahagia sy dgn nya hnya sesaat.

Idalara said...

biru..asik airmata duka je..
sesekali biar airmata gembira pulak kan..:))

Idalara said...

salam easza
yup mng tk dinafikan..sbb tu kena bersabar dgn segala ujian Allah.

reen said...

tul tu sis..
stiap kjadian ALLAH duga kita..msti ad hikmah..
smoga sis tabah.....

Idalara said...

salam reen
muga lepas ni ada entri yg bahagia buat kak ida pulak..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...