Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, October 20, 2009

Indahnya Ketidaksempurnaan

Perempuan Tua , pengandar air dan bunga..

Suatu masa di Negeri Cina, ada seorang perempuan tua yang miskin setiap hari berulang alik mengangkut air dengan pengandarnya, dek kerana miskin, satu bekas pada pengandarnya telah bocor dan yang satu lagi sempurna dan dalam keadaan baik. Setiap kali mengangkut air, perempuan tua ini menerima hakikat bahawa bekas yang bocor itu hanya tinggal separuh airnya bila sampai di rumah dan satu lagi masih penuh. Selama bertahun-tahun inilah yang dilalui oleh perempuan tua yang tabah ini.

Bekas yang sempurna dan berjaya membawa air penuh sangat bangga dengan dirinya yang mampu berkhidmat kepada tuannya sedangkan bekas bocor sentiasa merasa rendah diri atas kekurangannya. Pasti khidmat kepada tuannya tidak sesempurna bekas yang sempurna. Kedua-duanya berada di hujung pengandar pada kedudukan yang berlawanan.

Selepas beberapa tahun dalam keadaan demikian, suatu hari di tepi sungai ketika rutin biasa mengambil air, si bekas rosak meluahkan perasaannya kepada perempuan tua tersebut dalam keadaan yang sangat sedih.

"Aku malu dengan diri sendiri, aku ini bocor..tidak sempurna seperti bekasmu yang lagi satu, bila sampai ke rumah aku tidak pernah berjaya membawa air sebanyak itu"

Perempuan tua berhati tabah dan mulia tersenyum lembut smbil berkata:

"Aku sudah lama tahu tentang keadan dirimu yang bocor, kalau itu yang engkau anggap sebagai tidak sempurna. Tapi kekurangan bukan bermakna engkau tidak berguna. Sebab itu aku menabur benih bunga sepanjang pinggir jalan yang kita lalui setiap hari. Setiap hari engkaulah yang akan menyiram benih sehingga ia tumbuh dan menghiasi jalan itu."

"Aku memetik bunganya, dibawa balik dan menghiasi rumah sehingga suasana rumah begitu tenang dan indah..suasana ini memberi kelapangan fikiran dan perasaan sehingga aku bertenaga untuk melalui setiap hari yang berlalu...bunga itu memberi inspirasi yang tidak ternilai"

"Tanpa engkau aku tak dapat menikmati kesegaran bunga2 itu, keindahan dan kesegaran ini semua tidak akan ada tanpa engkau".

"Kekuranganmu sesungguhnya membuahkan keindahan yang hanya dihargai dan dilihat dengan mata yang cerah..jadilah dirimu seadanya. Apa yang engkau anggap ketidaksempurnaan dalam dirimu itulah sumber keindahan yang berjaya menyejukkan hatiku seperti air yang segar menghilangkan dahaga di tekak yang kering"

Hari itu dan hari2 seterusnya merupakan hari2 yang indah bagi bekas bocor itu, titis2 air yang keluar daripada rekahan bocornya dibiarkan dengan rela jatuh satu2 kerana dia tahu akan ada kehidupan lain yang tumbuh dari apa yang 'terbuang' sepanjang perjalanan dari sungai ke rumah tuannya.

Agaknya berapa ramai antara orang2 terdekat yang seperti 'bekas bocor' dalam kehidupan kita. Orang2 yang berhak menerima kasih sayang, perlindungan dan penghargaan tetapi mereka tidak mendapatkannya kerana mereka hanya 'bekas bocor' yang tidak mampu membawa 'air yang cukup' untuk kita. Mungkinkah pernah disingkirkan orang2 tertentu hanya kerana mereka 'bekas bocor'. Pernahkah dengan suci hati membantu mencari peluang dengan menabur 'benih-benih' supaya ketidaksempurnaan menjadi rahmat untuk seluruh alam, Atau 'bekas2 bocor' terus dibuang daripada kehidupan atau dianggap sebagai beban yang sering mereka terima hanyalah kata2 sindiran dan penghinaan. Alangkah indah jika memiliki hati seperti perempuan tua miskin pemilik 'bekas bocor' yang melengkapkan pengandarnya.

Kesempurnaan hanya milik Allah, dengan kesempurnaanNya Dia menjadikan ketidaksempurnaan makhluk sebagai suatu rahmat. Maha Suci Allah yang An Naafi (Maha memberi manafat) dari menciptakan suatu yang sia-sia.

Maksud surah Al Mukminun Ayat 115 "Adakah kami menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia dan bahawasanya kamu akan dikembalikan kepada kami?"

Andai terasa diri sempurna, manusia mungkin sahaja merosakkan diri sendiri dengan sikap sombong, bongkak dan ego hingga memandang rendah terhadap manusia lain. Ketika menyedari diri lemah, kurang dan tidak sempurna..baru tercetus keinginan untuk bergantung dan menumpang kesempurnaan daripada Allah yang Maha Sempurna sehingga kekurangan pada diri mampu membuahkan rahmat untuk seluruh alam.

Maksud surah Al Isra ayat 37 : "Dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi ini dengan bongkak, Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi dan tidak pula akan dapat menjulang setinggi gunung".

Semuga ketidaksempurnaan sebagai makhluk tidak akan menghalang daripada bersyukur dan tidak juga menjadi penghalang untuk menjalankan peranan sebagai manusia yang membawa rahmat untuk seluruh alam seperti yang ternukil dalam Surah AL Anbiya ayat 107:

"Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam"


p/s " Ampuniku Ya Rabbi atas kesilapan yang aku lakukan kerana kekurangan ilmu yang aku miliki....dia hadir umpama setitis embun di gurun sahara"

Rujukan : Majalah Midi

13 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ida...

yakinlah.. setiap yang lebih itu ada kurangnya, dan setiap yang kurang itu, ada lebihnya....

Dj Epoi said...

SALAM..Kak

Semua Kehidupan nih dijadikan Tuhan dengan sebaik2nya....

Gua suker jadik Bekas yg bocor tuh hehehehhehehe....

Yang sempurna itu sebenarnya TIDAK!
Tiada yg betul sempurna kita nih!!

P/S - Pasal tak datang rumah?

Dj Epoi said...

Salam Kak.....

Walaweeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
Lpas godek2 Entry sebelum nih....
Baru persaan...Kakak ku ini baru sahaja GENAP meningkat Usia yang ke 18...hehehhehehe....

Selamat Hari Lahir Kak...
Kalau Kak ada hari Open House hari tuh......harus Gua kenakan Akak hehehehehhehehe....

Dj Epoi...smileeeeeee!!!

bUdAk kEnTaNg said...

salam kak ida,
terima kasih kak atas coretan artikel nih.. bagus utk muhasabhkan diri..saye sering rase tak sempurna mmg kerap kali tp apekan daya kita manusia kan msti ade rase kekurangan..its normal la kan.. hehe..

tp pd saye Allah jadikan manusia kat muka bumi ni sungguh sempurna dr makhluk lain sebab itu manusia dijadikan khalifah utk mewakili makhluk dibumi..betul tak kak??
oleh itu sentiasa la bersyukur ttg ape yg diberi..semestinya ade hikmah disebalik kejadianNya..
:)

abu muaz said...

Salam.Sedar akan kekurangan diri lebih baik dari mempunyai sifat ego melampau yang bukan saja menyusahkan diri sendiri tetapi juga orang lain turut menderita.

nik awin said...

saya suka nukilan ini.

~menginsafi diri

Idalara said...

salam kakcik
benar kata kakcik..itu sebabnya kita harus bersyukur dgn apa sj kurniaan Allah pada kita.

idalara said...

salam djepoi
terimaksih singgah..lama gak djepoi tk singgah sinikan..
mng tiada siapa yg sempurna di dunia ini melainkan Dia.

p/s maaf sbb tk dapat hadir di majlis di rumah dj haritu..yg sebetulnya tiada kenderaan nk kesana.

Idalara said...

dj epoi..thanks.kira2nya kak ida brnasib baik sbb tk sempat di'kena'kan oleh djepoi..

Idalara said...

salam budak kentang
bersyukur dengan tiap apa yg dikurniakan..tiap kekurangan pasti ada kelebihannya..

Idalara said...

salam sdr abu muaz
manusia itu ego kerana tidak pernah mahu mengaku kelemahan diri..padahal hnya Allah yg sempurna.

Idalara said...

salam nik awin..
sekadar berkongsi apa yg dirasa baik untuk semua..thanks nik awin.

ai@reel said...

memang "indah ketidaksempurnaan itu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...