Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, July 06, 2009

Cubalah Bersikap Sabar Dengan Perangai Isteri...

Wanita kuat berleter?..sememangnya begitulah yang Allah ciptakan buat kaum hawa....tanpa leteran wanita, sunyilah dunia ini..namun berleter pun mesti kena gaya dan tahu caranya...jangan berleter tanpa bunyi butir, jangan berleter berulang2 kali hingga suami dan anak2 angkat kaki..bukan kita wanita biasa ni saja yg kuat berleter..pernah diceritakan bahawa ada seorang sahabat datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya.


Apabila sahabat itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara berleter pada Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatahpun.


Maka sahabat tadi pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, tiba-tiba tidak semena-mena dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya :

Khalifah: "Apa hajatmu datang ke mari?"

Sahabat: "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!".

Khalifah: "Mengapa datang kalau tidak ada apa-apa"

Sahabat: "Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya".

Berkata Khalifah Umar: "Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya, dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, pada hal semua itu tidak wajib atasnya, Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana aku harus menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja.

Sahabat: " Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba...wahai Amirul Mukminin"

Maka berkata Amirul Mukminin lagi :
"Wahai saudaraku, bersabarlah atas kelakuan isterimu itu".

"wahai sekelian orang-orang yang beriman!minta pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan ebrsabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang: kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". - Surah Al Baqarah Ayat 153.


"anggaplah apa jua kepahitan masa kini adalah sebagai laluan untuk mencapai kemanisan suatu masa nanti"

26 comments:

Kamsiah said...

ida,nak bersabar tu yg susah,sbb tu besar ganjaran utk yg sabar dgn ujianNya

Zamz said...

sabar sabar

anaklaut said...

salam...idalara,

entri yang menarik..memang dah tuhan jadikan perempuan tu memang sifatnya berleter, mustahil tak berleter kan.., kadang-kadang berleter tu adalah trapi minda buat seorang isteri..

terima ksih sudi singgah anaklaut.

GRuNGe said...

Akan di jaga bila tiba masanya nanti. :P

NuR said...

menarik entry akak ni...
setiap org ada kelebihan dan kekurangannya..

Mr. Azman @ Kreuger said...

ohhhh... macam tuh ke petuanya..
hehehe.. timer kasih akak. aku akan ingat pasal perkara nih. TQ TQ~

khairul onggon said...

wahh... best cerita ni.. ada ka zaman ini lelaki yg bole bersabar dgn sikap istri? hehehe...

u-neey said...

mmg dah jadi lumrah wanita suka berleter. itu salah satu cara wanita meluahkan perasaan. kalu ade wanita yg tak suka berleter, mmg tak normal. hehe..
tapi, walaupun mulut dok potpet potpet, tangan tetap buat kerja kan?

Mohd Ahmad Ferk said...

aku tak suke orang berleter ngan aku..
sakit tinger..
hahaha!

Eiba said...

Memang kene bersabar kan kak?? Tapi bukan membebel..itu nasihat tuuu..heheheheheehe..maklum da sifat semulajadi wanita kan??? Mahukan yang baik dan indah...Tul tak???

Idalara said...

Salam kamsiah
betul tu..mudah2an kita sentiasa diberi kesabaran membesarkan anak2.

Idalara said...

Salam zamz..
hehee..nape zamz...jgn marah kalau wf berleter ye..

Idalara said...

salam al
ye begitulah kejadian Tuhan..so bila lelaki kuat berleter rasa mcm dia tu ala2 pmpuan pulak..

terimakasih juga kerana singgah di sini.

Idalara said...

salam grunge..
nak jaga siapa? isteri supaya jgn berleter ye..

Idalara said...

Salam nur...yup bila akak terbaca pun aka rasa suka sgt sbb Khalifah sendiri tak salahkan isteri baginda.

Idalara said...

Salam man@kruger..
kena ingat tu..so bila wf berleter man kena diam je...bila dah senyap barulah man jawab pulak..baru harmoni rmhtangga.
terimakasih singgah..lama man tk singgah.

Idalara said...

salam Khairul..pasti ada..dah nama wanita dan isteri...cuma suami kena bijak menangani masalah tu..terimakasih singgah.

Idalara said...

salam u-neey..betul tu...dah nama pun pmpuan tp kak ida kalau marah sgt kak ida akan senyap..diam seribu bahasa..

Idalara said...

salam Mohamad Ahmad Ferk..semua org tk suka dileter..diam dan jgn jwb..sbb leteren mak lah kita jadi manusiakan?

Idalara said...

salam eiba..mng kaum adam kena bersabar...mcmne kalau kita wanita ni diam tnpa suara..mahu sepi dunia ni kan?

Org Ganu said...

salam kak ida..waaa rindunya kat akak n blog akak..he..hari ni baru bleh relax sikit..huhu
wahhh bagus betul la kalo dapat suami macam tu..mesti bahagia hidup.hehe
tapi kan..mak kte org laki yang jenis camtu dia mula2 bleh tahan n pendam dalam hati tp lama2 one day, kesabarannyer akan hilang gak..tu yg jadi kes cerai di usia emas..huhu

Idalara said...

salam org ganu...akak fhm org ganu bz..tkpe..take ur time..mstlah rindu..mcm kak ida juga..
betullah kan..bila hari2 kena leter gamaknya huby pun fed up..so kena agak2lah kalau nk berleter..tp kak ida tk suka leter kat x huby dulu..bila marah kak ida diam je..bawa diri naik bilik atas..bila dah reda panas baru cakap2..hehehe

hysMan.. said...

Sabar separuh dr iman..
tp mcmane klu Iman da kureng atau trus takde..itu la periuk belanga melayang ke kepala..haha

Hasmadi Bin Hamdan said...

Ada seorang lelaki yang isterinya kuat berleter. Oleh kerana tidak tahan sangat dengan leteran isterinya, dia mencampakkan isterinya di dalam perigi buta. Selepas sebulan dia rasa rindu pulak dengan isterinya. Dia pergi semula ke perigi tersebut. Dia mencampakkan tali ke dalam perigi. Alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang lelaki berambut panjang dan kukunya sudah bersimpul-simpul lama tidak dipotong. Isteri au telah menjadi lelakikah? Kau siapa? tanya si suami. Aku hantu yang menjaga perigi ini. Kenapa kau naik? Aku nak ambil isteriku yang aku campakkan ke perigi ini dahulu. Aku tak tahan dengan perempuan dalam perigi ini. Dia kuat sangat berleter.

Idalara said...

Salam hasmadi..
senyum kak ida baca citer tu...kalau terlalu kuat berleter,suami mana yg tahan..agak2lah kalau nak berleterpun..

Idalara said...

man..klaau iman dah kureng atau dah tkde..alamatnya ke tjg rambutan lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...