Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Buka Minda. Show all posts
Showing posts with label Buka Minda. Show all posts

Saturday, April 11, 2009

Wang itu Bahagia?

Dalam kehidupan ini setiap daripada kita sentiasa mendambakan dan merindukan sesuatu yang bernama bahagia. Hampir tiada seorangpun di dunia ini ingin hidupnya sengsara dan derita.

Ada orang menganggap bahawa kebahagiaan itu akan diperolehi apabila mempunyai wang yg banyak, sehingga waktunya dihabiskan hanya untuk mencari wang..itu hamba wang namanya...dia beranggapan apa saja akan jadi mudah dengan wang..betapa besarnya pengaruh wang dalam kehidupan...ramai yang sentiasa bekerja siang dan malam, untuk mendapatkan wang sebanyak-banyaknya.

Sememangnya tidak dinafikan wang sangat perlu dalam kehidupam manusia masa kini..tiada wang pun manusia boleh jadi derita dan tidak bahagia... akan tetapi...

Wang boleh beli rumah tapi bukan kediaman.

Bagi orang yang benar2 beriman mereka yakin bahawa wang bukanlah satu2nya kunci untuk meraih kebahagiaan...kerana orang yang banyak wang belum tentu merasa bahagia. Dengan memiliki wang yang banyak, org mampu membeli rumah mewah, tapi belum tentu menjadi tempat tinggal yang nyaman jika penghuninya sering resah gelisah.

Wang boleh beli katil tapi bukan tidur yang lena

Orang yang tinggal di rumah mewah, tidur di katil besar dan bertilam empuk, belum tentu berasa bahagia dan dapat tidur nyenyak jika hidupnya jauh dari rahmat dan berkah dari ALLAH dan tak mustahil jika selalu diliputi rasa cemas kerana hatinya ketandusan keimanan.

Wang boleh beli ubat tetapi bukan kesihatan

Apa guna harta benda dan wang ringgit jika kita tidak dapat menikmatinya. walaupun kita mampu membeli ubat dan mendapatan rawatan yang mahal, tetapi jika kita sentiasa sakit, tentunya kita tak akan bahagia. Anugerah kesihatan merupakan nikmat yg sangat tinggi nilainya selain anugeraj keimanan.

Wang boleh membeli seks tapi bukan cinta sejati.

Dengan duit yang banyak tanpa diiringi keimanan, orang boleh menutut segala tuntutan nafsu seksualnya. Orang begini tidak akan mendapat kasih sayang yang hakiki bahkan sentiasa mengancam dirinya dan keluarganya. "Dan janganlah kamu mndekati zina, sesugguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".

Wang boleh membeli harta benda tetapi bukan kebahagiaan.

Jika dilihat dengan matakasar, kia sering menilai seorang yang kaya denga harta benda dan wang ringgit hidup bahagia..namun adakah itu bermakna hati dan jiwa mereka bahagia? Ada yang hidup kaya raya tetapi jiwa mereka kosong, masih tercari2 apa yang ingin di isi untuk memiliki bahagia yang hakiki.

Wang bukanlah segala-galanya.

Kunci kebahagiaan itu tidak terletak pada banyaknya wang mahupun harta benda milik seseorang. Kunci kebahagiaan ada pada diri manusia itu sendiri. Orang yang benar2 beriman dan selalu ingat kepada Allah, dijamin akan hidup bahagia dan tenteram.

"Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH lah hati menjadi tenteram"

P/s jika diberi pilihan kita mahukan kedua2nya wang dan kebahagiaan..tapi mampukah kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini memiliki segala yang kita hajati...

Tuesday, April 07, 2009

Bina Keyakinan Diri


1. Pakailah pakaian yang membuat anda berasa yakin. Orang yang paling memikirkan pakaian anda, adalah diri anda sendiri, jika anda merasa tidak terlihat baik, maka itu mempengaruhi pembawaan anda.

2. Berjalanlah dengan lebih cepat, teratur dan penuh bertenaga...pastikan tidak membongkok semasa berjalan.

3. Perhatikan postur dan bahasa tubuh anda..sentiasalah tampil dengan penuh yakin dan bergaya..

4. Dengarkanlah kata2 yang bermotivasi. Kata-kata motivasi yang terbaik adalah diri anda sendiri. Berkata-katalah di hadapan cermin.

5. Bersyukurlah, sediakan waktu khusus untuk itu, solat, berdoa dan bermuhasabah.

6. Hargai dan pujilah orang lain.

7. Duduklah di barisan hadapan kecuali di panggung wayang atau di kerusi VIP.

8. Berbual-buallah jika anda rasakan perbualan anda itu perkara yang baik...jika tidak lebih baik berdiam diri.

9. Biasakan memberi, bersedekahlah, beramal atau membuat sumbangan..kalau tak mampu dari segi kewangan apakata dari segi tenaga dan pandangan bernas.
10. Sentiasa murah dengan senyuman..kerana senyuman membuat orang yakin pada anda.
Umur itu bayangan jiwa....
Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan,jika kau tidak lagi memandang ke depan,
Jika bahang azammu telah kedinginan
Maka tualah kamu sedemikian.
Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya
Dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka
Jika kau masih cinta pada asmara
Maka pastilah kau masih belum tua.
Walaubagaimana masa itu berlalu
Walau berapa hari jadimu yang berterbangan
*dipetik daripada buku 'berani Gagal, P.S Lim'

Saturday, April 04, 2009

Berhentilah Jadi Gelas


Seorg guru melihat anak muridnya sedang bersedih lalu dia bertanya:
"Kenapa kamu selalu murung, nak? bukankah banyak hal yang indah2 di dunia ini? kemana perginya wajah syukurmu?"
Jawab murid itu:
"Sejak kebelakang ini hidup saya penuh masalah, sukar untuk saya tersenyum..masalah dtg bertimpa2"
Sang guru tersenyum lalu berkata:
"Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam..biar ku perbaiki hatimu itu" Si murid melakukan apa yg disuruh.
"Ambil garam tadi dan masukkan ke dalam gelas itu"kata sang guru."Cuba kamu minum sedikit airnya"
Si murid pun melakukannya dan wajahnya terus berubah kelat.
"Bagaimana rasanya?" tanya sang guru.
"Masin dan perut saya jadi mual" jawab si murid.
"Sekarang ikut saya" Sang guru membawa muridnya kesebuah tasik lalu menyuruh murid itu taburkan segenggam garam ke dalam tasik.
"Sekarang cuba kamu minum" kata sang guru.
Si murid menengkup kedua tangannya, mengambil air tasik lalu meminumnya. Terasa sekali air tasik yg dingin dan segar mengalir di tekaknya lalu sekaligus menghilangkan rasa masin yang diminum dari gelas tadi.
"Bagaimana rasanya?"
"Segar, segar sekali" kata si murid.
"Terasakah garam yang kau taburkan tadi?" soal sang guru.
"Tidak sama sekali"kata si murid.
"Nak...segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam, tidak kurang dan tidak lebih..hanya segenggam garam..banyaknya masalah dan penderitaan yg harus kamu alami sepanjang hidupmu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu..jumlahnya tetap sama segitu-gitu sahaja..tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada seorg manusia, walaupun dia seorg Nabi yang bebas dari penderitaan dan masaalah."
Si murid terdiam.
"Tapi nak...rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya 'qalbu'(HATI) yang menampungnya. Justeru..supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas..jadikan 'qalbu' dalam dadamu sebesar tasik.
Hati yang gembira adalah ubat yang mujarab.
Hati yang keras menemui jalan buntu
Hati yang lembut mendatangkan sahabat
Hati yang tammak menciptakan perangkap
Hati yang bersih menjauhkan masalah
Hati yang licik mendatangkan musuh.
"renung-renungkan dengan hati"

Tuesday, March 31, 2009

4 Yang Tersirat di Sebalik 4

Kadang2 kita perlu membekalkan diri dengan kata2 motivasi..kadang2 kita rebah disebabkan kurangnya keyakinan diri..kata2 motivasi sedikit sebanyak akan melahirkan semula jiwa yang tenat..motivasi diri perlu untuk menyokong kehidupan seharian selain daripada bantuan daripada Allah Yang Maha Esa.

4 Alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya.
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain.
4 Alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki hamun
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 Tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji.
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya
4 Alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Pendengkki
4. Memburukkan kawan
4 Yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih faham
4. Menjauhi munafik.
4 Sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan takwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 Soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih
4 Mesti dijaga
1.Teguh mejaga kehormatan
2. Reda menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah
4 Macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari rezeki dgn tidak halal.

Thursday, March 12, 2009

Mutiara Dan Pasir


Al kisah, seorang pemuda yang baru mendapat segulung ijazah mengalami perasaan yang sangat tertekan dan putus asa kerana sukar mencari kerja hingga memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut. Ketika dia sampai di pantai dia berkenalan dengan seorang tua yang ramah dam bijaksana dan mereka berbual sehingga pemuda tersebut menberitahu hasratnya untuk bunuh diri.

Setelah mendengar cerita pemuda tadi, orang tua itu meminta si pemuda melihat apa yang dilakukannya. Orang tua itu membongkok mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah, seketika pasir tersebut lebur dan menjadi satu dengan pasir pasir lain yang ada di bawah, lalu orang tua berkata kepada si pemuda:

"cubalah kamu ambil pasir yang saya lemparkan ke bawah tadi"

si pemuda kehairanan dan berkata:

"mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu dengan pasir lain".

Orang tua tersebut tersenyum dan kemudian mengambil sebutir mutiara dari dalam kantungnya dan melemparkan ke bawah seraya berkata kepada pemuda tersebut:

"ambillah mutiara tersebut"

Dengan mudahnya pemuda tersebut mengambil mutiara itu.

Lalu orang tua itu memberitahu pemuda tersebut bahawa untuk menjadi atau mendapat apa yang kamu inginkan maka kamu harus berbeza dengan orang lain, jikalau kamu sama dengan orang kebanyakan maka kamu tidak akan nampak berbeza dan terserlah, demikian juga jika kamu mencari kerja dan sebagainya...kamu mesti membuktikan diri kamu lain dari orang lain.

Kesimpulannya apabila kita lemah terhadap diri kita maka kehidupan tidak akan berubah ..bila kita yakin terhadap diri kita maka kita akan berusaha mengubah diri dan kehidupan kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...