Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, March 31, 2009

4 Yang Tersirat di Sebalik 4

Kadang2 kita perlu membekalkan diri dengan kata2 motivasi..kadang2 kita rebah disebabkan kurangnya keyakinan diri..kata2 motivasi sedikit sebanyak akan melahirkan semula jiwa yang tenat..motivasi diri perlu untuk menyokong kehidupan seharian selain daripada bantuan daripada Allah Yang Maha Esa.

4 Alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya.
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain.
4 Alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki hamun
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 Tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji.
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya
4 Alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Pendengkki
4. Memburukkan kawan
4 Yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih faham
4. Menjauhi munafik.
4 Sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan takwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 Soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih
4 Mesti dijaga
1.Teguh mejaga kehormatan
2. Reda menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah
4 Macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari rezeki dgn tidak halal.

8 comments:

Mr. Azman @ Kreuger said...

kekee
ade yang terdapat pada aku..
dan banyak lagi yang kurang...
insyaallah aku akan cube memperbaiki.

thanks atas nasihat akak ni~

zool said...

Hm bagus info ni..
Tq kak...

Dj Epoi said...

Num 4 adalah num Fav Gua Kak Ida....

Orang nak kata apa ponk ...katalah....
Janji Gua suker!!!

P/S - Orang Cina Cakap num 4 ( See ) maksudnya MATI
( Siapa yang tak MATI cobaa cakap !!)

Tq Kak Entry Nih!!

@_da said...

thanx 4 the info kak.. mmg kita kena muhasabah diri supaya kembali ingat padaNya yg 1...

hysMan.. said...

cantek betol no 4 ye..
dan macam2 ade dgn no 4..
komplit...genap,berpasangan..
hehe..
lain da maksudnya..
gud info kak..
inyaAllah akan ku cuba mempraktikknnya..
:p

intan shaheera@ieyra said...

ieyra tertanya2 knp nom 4?????

arnirina said...

hmmm..menarik!

Idalara said...

man...psti ada yg kena pada kita dan yg kena dgn kita..yg penting kita perbaiki mana yg kurang pada diri kita...

.............................

Zool...sama2..akak pun dpt info ni dr teman2.thnks sudi ziarah.

................................

Djepoi...hmm..akak suka no 18 sbb tarikh tu akak lahir kat dunia ni...hehehe..tak kisahlah apa owg nk kata..janji kita bahagia..

............................

eida...yup muhasbah diri perlu sgt..utk memperbaiki diri kita..

...............................

betullah man...cantik sbb berpasangan..kata org kalau nak ada anak pun eluk 4 sbb bila bergaduh ada pasangan..ye ke...

................................

ieyra...sbb kalau bnyk2 nnti bosan lak nak baca dan nak praktikkan..so cukuplah 4 je..

.................................

arnirina...lebih menarik jika kita amalkan 4 yg baik2 kan dik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...