Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, April 11, 2009

Wang itu Bahagia?

Dalam kehidupan ini setiap daripada kita sentiasa mendambakan dan merindukan sesuatu yang bernama bahagia. Hampir tiada seorangpun di dunia ini ingin hidupnya sengsara dan derita.

Ada orang menganggap bahawa kebahagiaan itu akan diperolehi apabila mempunyai wang yg banyak, sehingga waktunya dihabiskan hanya untuk mencari wang..itu hamba wang namanya...dia beranggapan apa saja akan jadi mudah dengan wang..betapa besarnya pengaruh wang dalam kehidupan...ramai yang sentiasa bekerja siang dan malam, untuk mendapatkan wang sebanyak-banyaknya.

Sememangnya tidak dinafikan wang sangat perlu dalam kehidupam manusia masa kini..tiada wang pun manusia boleh jadi derita dan tidak bahagia... akan tetapi...

Wang boleh beli rumah tapi bukan kediaman.

Bagi orang yang benar2 beriman mereka yakin bahawa wang bukanlah satu2nya kunci untuk meraih kebahagiaan...kerana orang yang banyak wang belum tentu merasa bahagia. Dengan memiliki wang yang banyak, org mampu membeli rumah mewah, tapi belum tentu menjadi tempat tinggal yang nyaman jika penghuninya sering resah gelisah.

Wang boleh beli katil tapi bukan tidur yang lena

Orang yang tinggal di rumah mewah, tidur di katil besar dan bertilam empuk, belum tentu berasa bahagia dan dapat tidur nyenyak jika hidupnya jauh dari rahmat dan berkah dari ALLAH dan tak mustahil jika selalu diliputi rasa cemas kerana hatinya ketandusan keimanan.

Wang boleh beli ubat tetapi bukan kesihatan

Apa guna harta benda dan wang ringgit jika kita tidak dapat menikmatinya. walaupun kita mampu membeli ubat dan mendapatan rawatan yang mahal, tetapi jika kita sentiasa sakit, tentunya kita tak akan bahagia. Anugerah kesihatan merupakan nikmat yg sangat tinggi nilainya selain anugeraj keimanan.

Wang boleh membeli seks tapi bukan cinta sejati.

Dengan duit yang banyak tanpa diiringi keimanan, orang boleh menutut segala tuntutan nafsu seksualnya. Orang begini tidak akan mendapat kasih sayang yang hakiki bahkan sentiasa mengancam dirinya dan keluarganya. "Dan janganlah kamu mndekati zina, sesugguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".

Wang boleh membeli harta benda tetapi bukan kebahagiaan.

Jika dilihat dengan matakasar, kia sering menilai seorang yang kaya denga harta benda dan wang ringgit hidup bahagia..namun adakah itu bermakna hati dan jiwa mereka bahagia? Ada yang hidup kaya raya tetapi jiwa mereka kosong, masih tercari2 apa yang ingin di isi untuk memiliki bahagia yang hakiki.

Wang bukanlah segala-galanya.

Kunci kebahagiaan itu tidak terletak pada banyaknya wang mahupun harta benda milik seseorang. Kunci kebahagiaan ada pada diri manusia itu sendiri. Orang yang benar2 beriman dan selalu ingat kepada Allah, dijamin akan hidup bahagia dan tenteram.

"Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH lah hati menjadi tenteram"

P/s jika diberi pilihan kita mahukan kedua2nya wang dan kebahagiaan..tapi mampukah kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini memiliki segala yang kita hajati...

12 comments:

anaklaut said...

salam...tq sudi singgah anaklaut.

kali ini entri yg menarik. ni..


sajak apabila ada wang;

Akhir zaman kekayaan menjadi ukuran
Kemuliaan seseorang
tergantung dengan kekayaan
Hafiz dan Hafizah
tidak pula dipandang

Punya Wang Punyalah kawan,
Tiada Wang tiada kekayaan,
kawan hilang, dihina orang
Saudara mara tiada yang peduli
Anak isteri hilang hormat, silap sedikit mereka meradang

Punya wang punya punya kekayaan, datanglah, banyaklah kawan
Tiba miskin, papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Dihina Dicerca
Di mana pergi, dicemek orang
Isteri cuba lari, anak-anak semakin benci
kawan-kawan tidak peduli

Mula mula disanjung, tiba-tiba miskin
kawan lari teman sembunyi
silap sedikit, orang hamun, orang maki
Jika tidak sabar pasti cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati

Itulah duit itulah kekayaan

di dalam kehidupan menjadi tuan
Ada orang duit dan kekayaan menjadi Tuhan
Sekalipun tidak dipanggil Tuhan
Punya wang dihormat orang
walaupun tidak sembahyang
Mudah menang dalam pilihanraya jika menjadi calon

Ada kekayaan, dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai
dipandang dan dihormat orang
Dalam kumpulan teman-teman, akan selalu diziarah orang
Tapi, pabila jatuh miskin semuanya habis menghilang.

Idalara said...

Salam anaklaut..
wah...ida suka sangat sajak anaklaut ni..
apa yang disuratkan dalam sajak itu benar semuanya..
apa2pun..ada duit susah..takde duit lagi susah.

Ryehanna said...

duit mmg xleh beli kebahagiaan atau kesejahteraan hidup.. tapi kalau xde duit lagi susah kan...dari pengalaman ana plak, ana mmg fobia ngan lelaki xberduit cos akan menyusahkan isteri dia je...asyik mintak duit x abis2...

bagi ana, duit tu penting walau mcmane pun. tp pandai2 la seimbangkan..jgn smpai jd hamba duit. btl x?

:)

anaklaut said...

salam..idalara.


:)

Idalara said...

akak setuju sangat dgn ryehana...coz akak penah lalui pengalaman pahit itu..tapi berpada2 kalau ada duit..akak pun pantang kalau lelaki yg ingin mendampingi kita tiada duit.. hanya harap duit kita...mana boleh...mst ada give n take..betul tak ..

anaklaut said...

tanpa, duit

"lalat pun x nak hinggap di kepala kita"

Idalara said...

anaklaut...kadang2 ibubapa sendiri 'terlupa' pada anak2 yang tiada duit..dek kerana hanya 'memandang'anak2 yg berduit dan mewah..

Kamezaim said...

tp ada juga wang yg tak blh beli seks.. kuang..kuang... hehe wang tak bahagia tp kita je yg akan rasa bahagia.. tul tak idalara.. kuikui..hehe memang hidup kita memerlukan wang tp wang bukanlah segala-galanya bagi kita. biar kita yg menguasai wang jgn biar wang yg menguasai kita. idalara,pinjam 10 sen.. hehe harap sihat.. amboi,sekarang dah tak rindu dkt kamezaim lagi ye..xpe..xpe..nasib baik si ieyra tu masih rindukan uncle dia ni..hehe

penjenayah.merah.jambu. said...

duit..
ish..entahlahkan..
ade org kate kalau duit melambak pun belum tentu bahagia..
tapi kalau tadek duit,haih,lagilah mao porak peranda hidup..

hysMan.. said...

tanpa duit,kawan pon lari dr kita..
hmmm...:(

Idalara said...

betul ke kamezaim wang tak boleh beli sex...hmmm ye kot...sbb ada juga wanita yg ditawarkan wang dgn syarat jadi kekasih seseorg tapi wanita itu menolak..ada logikanya..
nak pinjam watpe 10 je...pjmlah lebih2 sikit...
ye ke idalara dah tak rindu kat kamezaim?...ke..kamezaim yg dah tak rindu kat idalara..hehehe..idalara sentiasa rindu kat teman2 di sini...
..................................

Secreet sayang...betul..tkde duit..lalat pun tk hinggap,bak kata anaklaut...wang mng bukan segalanya...tapi best gak kalau bnyk duit kan..
...................................

Hysman..ada duit ada kawan...tak de duit kawan melawang..tapi dapat kawan yg menjahanamkan tu yg sakit...so hati2 pilih kawan masa tgh ada duit.

Ryehanna said...

yup. kena ada give and take.

ana ni mmg suka pau org (bf ler) tp xdela all the time. kdg2 kita bls la blk kan...

:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...