Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, April 07, 2009

Bina Keyakinan Diri


1. Pakailah pakaian yang membuat anda berasa yakin. Orang yang paling memikirkan pakaian anda, adalah diri anda sendiri, jika anda merasa tidak terlihat baik, maka itu mempengaruhi pembawaan anda.

2. Berjalanlah dengan lebih cepat, teratur dan penuh bertenaga...pastikan tidak membongkok semasa berjalan.

3. Perhatikan postur dan bahasa tubuh anda..sentiasalah tampil dengan penuh yakin dan bergaya..

4. Dengarkanlah kata2 yang bermotivasi. Kata-kata motivasi yang terbaik adalah diri anda sendiri. Berkata-katalah di hadapan cermin.

5. Bersyukurlah, sediakan waktu khusus untuk itu, solat, berdoa dan bermuhasabah.

6. Hargai dan pujilah orang lain.

7. Duduklah di barisan hadapan kecuali di panggung wayang atau di kerusi VIP.

8. Berbual-buallah jika anda rasakan perbualan anda itu perkara yang baik...jika tidak lebih baik berdiam diri.

9. Biasakan memberi, bersedekahlah, beramal atau membuat sumbangan..kalau tak mampu dari segi kewangan apakata dari segi tenaga dan pandangan bernas.
10. Sentiasa murah dengan senyuman..kerana senyuman membuat orang yakin pada anda.
Umur itu bayangan jiwa....
Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan,jika kau tidak lagi memandang ke depan,
Jika bahang azammu telah kedinginan
Maka tualah kamu sedemikian.
Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya
Dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka
Jika kau masih cinta pada asmara
Maka pastilah kau masih belum tua.
Walaubagaimana masa itu berlalu
Walau berapa hari jadimu yang berterbangan
*dipetik daripada buku 'berani Gagal, P.S Lim'

8 comments:

anaklaut said...

salam...puan ida,

entri yang sangat berguna kepada saya ni..dalam diri perlu ada keyakinan diri, tanpa keyakinan diri, pelbagai masalah komunikasi mungkin wujud.

seperti kata Joyce Brother dalam bukunya, saya sedut sedikit" a strong, positif self image, is the best possible preparation for success in life...."

saya sangat suka membaca entri ini.


anaklaut

Idalara said...

salam anaklaut..
apa yg saya suratkan untuk teman2 dan diri saya juga..keyakinan diri sgt penting lebih2 lagi buat perempuan spt saya..
tiada keyakinan diri kita takkan mungkin maju dan berjaya.

anaklaut said...

bagus tu..idalara..

Dj Epoi said...

Akak...kalau badan saya nih yang jenis bengkok dari azali camana Kak heheheheeheheh.....

Sempoi!!!!!!!!!!!!

hysMan.. said...

mmg betol tu kak..
tapi teman dr dulu smpai la ni mmg payah nak yakin pd diri.. :(
huhu...

Eiba said...

Apae pun yg terjadi, kita mesti punya keyakinan yang tinggi dalam diri....

Idalara said...

salam djepoi..kalau dah bengkok dari azali tu tk dapatlah nak wat cmne kan...buat yg mana boleh je lah..
..................................

Hysman...ye ke...tapi akak tguk man ni rasa2nya tak mcmtu..rasa mcm penuh keyakinan je..
...................................

salam eiba..ye..kalau tak yakin pada diri kita semua yg dilakukan tak menjadi..
...................................

Anaklaut..mekasih...

Anonymous said...

salam puan...tol2..pperempuan seperti kite mmg perlukan keyakinan yang tinggi dalam diri untuk berjaya..
saya juge sdg membina keyakinan itu..bekerja di sebuah company sbg eng yang dekelilingi lelaki mmg memerlukan keyakinan dan kesabaran..PEMIKIRAN LELAKI NGAN PEREMPUAN LAIN???MEREKA LEBIH PIKAP DARI KITE????PEMIKIRAN DYEORANG LEBIH TAJAM DARI KITE????
urmmm mungkin lah lelaki mempunyai 99 akal 1 nafsu..kn???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...