Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Renungan.. Show all posts
Showing posts with label Renungan.. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

11 Tanda Kebahagiaan

Bismillah....

11 Tanda kebahagiaan:

1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cintakan akhirat.

2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca AlQuran.

3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu.

4. Sentiasa memelihara Solat 5 waktu.

5. Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak.

6. Bersahabat dengan orang baik-baik.

7. Bersikap tawaduk, tidak sombong.

8. Dermawan lagi pemurah.

9. Bersifat belas kasih terhadap makhluk Allah SWT

10. Menjadi orang yang bermanafaat bagi makhluk.

11. Banyak mengingati mati.



11 Tanda kecelakaan:

1. Rakus dalam mengumpul harta.

2. Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia.

3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang.

4. Meremehkan solat 5 waktu.

5. Bergaul dengan orang2 yang berbuat dosa.

6. buruk budi pekertinya.

7. Bongkak dan sombong.

8. Tidak memberi manaafaat kepada manusia.

9. Sedikit belas kasih terhadap orang-orang beriman.

10. Kikir dan kedekut.

11. Tidak ingat mati.


" Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; ssungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya"

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanafaat, dari hati yang tidak khusuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dari doa yang tidak diperkenankan"

Sekadar untuk renungan kita bersama...

Yang baik dn sempurna adalah datangnya dari Allah
Yang buruk dan serba kekurangan adalah dariku....

Monday, February 08, 2010

Kisah Isteri Yang Berprasagka Buruk

Ada sepasang suami isteri hidup rukun dan damai, keduanya menjalankan amalan agama dan taat beribadah. Keduanya sama-sama bekerja di syarikat swasta berbeza. Setiap pagi mereka berangkat bersama2 menaiki LRT dan berpisah di sebuah stesen untuk ke pejabat masing2.

Setiap hari si isteri berdoa memohon rezeki kepada Allah SWT agar mereka dapat membeli sebuah kereta bagi memudahkan ke tempat kerja. Allah pun mengabulkannya, tidak lama kemudian isteri ini dapat memiliki sebuah kereta hasil wang bonus dicampurkan wang simpanan yang ada. Kemudian si isteri berdoa lagi memohon kepada Allah agar dapat memiliki sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang bergaji lumayan dan lain-lain kemudahan supaya lebih mudah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dan Allah selalu mengabulkan semua doanya itu, bahkan Allah memberi mereka rumah besar yang mewah lengkap dengan kolam renang, si isteripun mampu menyekolahkan anak mereka di sekolah ternama. Tidak lama kemudian, si isteri dinaikkan pangkat sekaligus mempunyai pembantu rumah.

Sementara itu si suami tidak ada perubahan sama sekali, hidupnya tetap biasa2 saja, kedudukannya di pejabat pun tidak berubah. Jauh bezanya dengan isteri yang sudah jadi pengarah di syarikat dengan gaji berlipat2 ganda daripada gaji suaminya. Oleh kerana si isteri sangat sibuk dengan pekerjaannya, mereka tidak lagi pergi dan pulang kerja bersama-sama. Si suami memilih naik motor yang diberinya secara ansuran kerana kereta digunakan untuk urusan isterinya.

Suatu hari si isteri membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup suaminya. Dia perhatikan rakan sekerja memiliki karier yang baik dan rata-rata berkelebihan dari segi material. Dia pun membayangkan alangkah bahagianya seandainya memiliki suami yang sama2 berjaya dalam kerjaya. Dia teringat, suaminya selalu membaca selembar kertas apabila berdoa selepas selesai solat. Dia tahu bahawa suaminya tidak pernah hafal bacaan2 doa.

Si isteri menasihati suaminya supaya selalu berdoa kepada Allah dan berupaya membersihkan hatinya. Si isteri merasakan suaminya masih berhati kotor sehingga doa2nya tidak dikabulkan Allah. Si suami merasa sangat bersyukur mempunyai isteri yang begitu menyayanginya dan dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya atas nasihatnya itu.

Dengan takdir Allah, nyawa si suami tidak panjang, si isteri merasa sedih mengenangkan sehingga habis nyawa, suaminya tidak ada perubahan pada nasibnya, sehingga isteri merasa yakin suaminya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya, disebabkan doa2nya yang tidak pernah dikabulkan Allah SWT.


Ketika si isteri mengemas barang2 peribadi milik suaminya, tiba2 matanya tertuju pada selembar kertas yang terlipat dalam sejadah yang biasa dipakai ketika solat oleh suaminya. Kertas itu bertulis huruf latin bukan Bahasa Arab, berisi Surah Al Fatihah, Selawat Rasul, doa untuk kedua ibubapa, yang kemudian ditutup dengan kalimat doa berbunyi demikian:

"Ya Allah, tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuanMu, Ampunilah aku dan isteriku, kabulkanlah semua doa-doa isteriku, bersihkanlah hatiku dan hati isteriku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk isteriku di dunia dan akhirat. Amin"

Si isteri menangis berlinangan air mata, haru biru memenuhi dadanya. Ternyata selama ini suami tercinta tidak pernah sekalipun berdoa semata-mata memenuhi nafsu dunawinya.

ps: rehat hanya akan bermakna jika diawali dengan keletihan, ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras, kasih sayang org lain hanya akan diperolehi dengan akhlak yg mulia.

sumber : MIDI

Sunday, January 18, 2009

Jalan ke Syurga Amat Mudah

Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah Al-Ansari,bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : "Apakah pendapat tuan jika saya melakukan solat fardu (lima waktu),berpuasa pada Bulan Ramadhan,menghalalkan apa yang halal,mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya,adakah aku akan masuk ke dalam syurga(Hadis riwayat Muslim)
Jalan ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah sudah menentukan baginya batasan dan amalan yang menyampaikan seseorg itu kepadanya. Apa yang penting ialah iltizam seseorang melakukan apa yang difardukan serta meninggalkan perkara yang diharamkan.
Sesungguhnya Allah tidak meletakkan beban dan kesusahan yang tidak mampu dipikul hambanya. Ia sejajar firman Allah yang maksudnya : " Allah menghendaki yang mudah dan tidak menghendaki yang sukar bagi kamu"(Surah Al- Baqarah - ayat 185)
Seharysnya jika kita mengharapkan kejayaan di dunia dan akhirat,maka kita hendaklah menjadi 'tamak' untuk menduduki kedudukan tinggi di sisi Allah dengan tidak meninggalkan amalan sunat dan mendekati perkara makruh.
Apa yang paling penting kita memohon keredhaan dan rahmat Allah di dunia dan akhirat jua..renung2kan bersama.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...