Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, May 23, 2010

11 Tanda Kebahagiaan

Bismillah....

11 Tanda kebahagiaan:

1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cintakan akhirat.

2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca AlQuran.

3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu.

4. Sentiasa memelihara Solat 5 waktu.

5. Warak terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak.

6. Bersahabat dengan orang baik-baik.

7. Bersikap tawaduk, tidak sombong.

8. Dermawan lagi pemurah.

9. Bersifat belas kasih terhadap makhluk Allah SWT

10. Menjadi orang yang bermanafaat bagi makhluk.

11. Banyak mengingati mati.



11 Tanda kecelakaan:

1. Rakus dalam mengumpul harta.

2. Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia.

3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang.

4. Meremehkan solat 5 waktu.

5. Bergaul dengan orang2 yang berbuat dosa.

6. buruk budi pekertinya.

7. Bongkak dan sombong.

8. Tidak memberi manaafaat kepada manusia.

9. Sedikit belas kasih terhadap orang-orang beriman.

10. Kikir dan kedekut.

11. Tidak ingat mati.


" Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; ssungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya"

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanafaat, dari hati yang tidak khusuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dari doa yang tidak diperkenankan"

Sekadar untuk renungan kita bersama...

Yang baik dn sempurna adalah datangnya dari Allah
Yang buruk dan serba kekurangan adalah dariku....

15 comments:

Ibu n Abah said...

Salam ida...
tazkirah yang baik..
'Ya Allah.. masukkanlah hambamu ini kedalam golongan yang pertama.. aminYRA...

Amieynna Amin said...

emm..
takut gak kalau kita xsedar yg kita ada tanda2 kecelakaan tu kan kak?
selagi boleh cube elak.. akan cuba elak..

kakna said...

alhamdullillah.. membaca ini juga satu peringtn.. mari menganalisis diri..urm lama x ke cni.. ntah kak ida masih ingt kt sy.. he2

blueCITY® said...

salam,

semoga tuan rumah juga bahagia ya
huhuhu

zedmagel said...

Salam Idalara,

Jika kita menilai dan melihat kedalam diri kita berada di tanda mana?

Terima kasih dan tahniah jika dijadikan panduan diri.

Rashid said...

salam

Moga kita semua dalam lindunganNya dan sentiasa dalam jalanNya..

shameel Iskandar said...

Mohon kpd Allah agar dijauhkan dari kecelakaan. Sejauh langit dari bumi dan sejauh timur dari barat

Centado said...

thanks 4 the gud info idalara
:)

Idalara said...

salam shameel..
insyallah bila sentiasa mendekatkan diri padaNYA dn tk henti berdoa.

Idalara said...

salam Rashid
insyallah..muga bertambah kukuh iman kita.

Idalara said...

salam sdr Zed
bila menilai diri kita pastikan kita berada di 11 yg menuju kebahagiaan..

Idalara said...

salam biru...
insyallah tuan rumah bahagia dan ceria.

Idalara said...

salam kakna..
untuk renungan dn jadikan panduan..
pasti kak ida ingat kakna..mana boleh lupa..gaknya kakida pun lama tk ke rumah kakna..

Idalara said...

salam dik myna..
tu sebab kita kena kerap muhaasabah diri..dan jauhi dr perbuatan2 yg membuat kita ditimpa kecelakaan.

Idalara said...

salam akak
itulah doa kita semua...berada digolongan yg pertama dn dirahmati Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...