Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, February 08, 2010

Kisah Isteri Yang Berprasagka Buruk

Ada sepasang suami isteri hidup rukun dan damai, keduanya menjalankan amalan agama dan taat beribadah. Keduanya sama-sama bekerja di syarikat swasta berbeza. Setiap pagi mereka berangkat bersama2 menaiki LRT dan berpisah di sebuah stesen untuk ke pejabat masing2.

Setiap hari si isteri berdoa memohon rezeki kepada Allah SWT agar mereka dapat membeli sebuah kereta bagi memudahkan ke tempat kerja. Allah pun mengabulkannya, tidak lama kemudian isteri ini dapat memiliki sebuah kereta hasil wang bonus dicampurkan wang simpanan yang ada. Kemudian si isteri berdoa lagi memohon kepada Allah agar dapat memiliki sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang bergaji lumayan dan lain-lain kemudahan supaya lebih mudah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dan Allah selalu mengabulkan semua doanya itu, bahkan Allah memberi mereka rumah besar yang mewah lengkap dengan kolam renang, si isteripun mampu menyekolahkan anak mereka di sekolah ternama. Tidak lama kemudian, si isteri dinaikkan pangkat sekaligus mempunyai pembantu rumah.

Sementara itu si suami tidak ada perubahan sama sekali, hidupnya tetap biasa2 saja, kedudukannya di pejabat pun tidak berubah. Jauh bezanya dengan isteri yang sudah jadi pengarah di syarikat dengan gaji berlipat2 ganda daripada gaji suaminya. Oleh kerana si isteri sangat sibuk dengan pekerjaannya, mereka tidak lagi pergi dan pulang kerja bersama-sama. Si suami memilih naik motor yang diberinya secara ansuran kerana kereta digunakan untuk urusan isterinya.

Suatu hari si isteri membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup suaminya. Dia perhatikan rakan sekerja memiliki karier yang baik dan rata-rata berkelebihan dari segi material. Dia pun membayangkan alangkah bahagianya seandainya memiliki suami yang sama2 berjaya dalam kerjaya. Dia teringat, suaminya selalu membaca selembar kertas apabila berdoa selepas selesai solat. Dia tahu bahawa suaminya tidak pernah hafal bacaan2 doa.

Si isteri menasihati suaminya supaya selalu berdoa kepada Allah dan berupaya membersihkan hatinya. Si isteri merasakan suaminya masih berhati kotor sehingga doa2nya tidak dikabulkan Allah. Si suami merasa sangat bersyukur mempunyai isteri yang begitu menyayanginya dan dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya atas nasihatnya itu.

Dengan takdir Allah, nyawa si suami tidak panjang, si isteri merasa sedih mengenangkan sehingga habis nyawa, suaminya tidak ada perubahan pada nasibnya, sehingga isteri merasa yakin suaminya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya, disebabkan doa2nya yang tidak pernah dikabulkan Allah SWT.


Ketika si isteri mengemas barang2 peribadi milik suaminya, tiba2 matanya tertuju pada selembar kertas yang terlipat dalam sejadah yang biasa dipakai ketika solat oleh suaminya. Kertas itu bertulis huruf latin bukan Bahasa Arab, berisi Surah Al Fatihah, Selawat Rasul, doa untuk kedua ibubapa, yang kemudian ditutup dengan kalimat doa berbunyi demikian:

"Ya Allah, tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuanMu, Ampunilah aku dan isteriku, kabulkanlah semua doa-doa isteriku, bersihkanlah hatiku dan hati isteriku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk isteriku di dunia dan akhirat. Amin"

Si isteri menangis berlinangan air mata, haru biru memenuhi dadanya. Ternyata selama ini suami tercinta tidak pernah sekalipun berdoa semata-mata memenuhi nafsu dunawinya.

ps: rehat hanya akan bermakna jika diawali dengan keletihan, ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras, kasih sayang org lain hanya akan diperolehi dengan akhlak yg mulia.

sumber : MIDI

14 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum ida

kisah yang mengesankan
sentiasa berdoa untuk kebahagiaan kita sekeluarga dunia dan akhirat nanti

Ibu n Abah said...

ida,
hibanya kisah ini...
kalau betul, saya pun boleh meraung bila si suami itu meninggal...

Arianni said...

Salam,

Kisah yg cukup menyedarkan kita dan baik utk renungan..
Sentiasa bersangka baik sesama manusia krn kita tidak tahu macam mana agaknya kedudukan kita disisiNya..

tajnur said...

Salam!
Ketika peristiwa Isra` Mi`raj Rasulullah saw ke BaitulMuqaddis, Rasulullah saw melihat satu peristiwa pemandangan diakhirat nanti yg menggerunkan dimana penghuni neraka tersebut terdiri darfi perempuan2 Islam disiksa dgn yg paling dasyat sehingga mencemaskan Rasulullah. Para sahabat bertanya, dgn sebab apakah mrk disiksa sebegitu rupa? Adakah krn kekufuran mrk terhadap Allah? Rasulullah saw menjawab tidak, tetapi kekufuran pergaulan dan pembaikan diri (Islah) terhadap suami mrk".
Jadi dlm masalah ni hendaklah suami2 meredha dan memaafkan isteri2 mrk selalu dgn cara paling baik spt dlm Surah AlBaqarah:232. Wallahualam

zai said...

Salam Ida..

Sedih dan terharu baca entri ni..tula kadang2 kita sbg isteri terlalu demand kat suami dan berharap suami akan dapat menjadi MR RIGHT dan mula membanding2kan suami kita dengan suami oranglain...akhirnya rupa2nya baru tau..oranglain pun berperasaan yg sama dan menyangka kita telahpun mendapat MR RIGHT..akhirnya barulah terfikir sesungguhnya antara kita tiada yg sempurna..jadi lebih baik terima saja pasangan kita itu samada cantik atau buruk, kaya atau miskin dengan seadanya dia..

maiyah said...

buruk sangka ni akan hnya mngundang resah dan penuh dgn persoalan.. carilah jwpn dgn matahati yg iklas

shaniza said...

Salam..
Rasulullah SAW bersabda;
"Aku melihat isi neraka ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan." Kami bertanya: "Mengapa wahai Rasulullah?" Beliau berkata:" Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin."
Dari riwayat lain:"Aku melihat Syurga, ternyata sedikit sekali perempuan." Aku bertanya:"Dimanakah perempuan?" Beliau berkata:" Mereka sibuk dengan arak, emas dan za'farah (wangian)."

Ah Fatt said...

bagus citer ni

zedmagel said...

Salam Idalara,

Mengapa wanita terlalu berprasangka, cintakah dia pada sang suami. Atau cemburu kah dia padanya? Atau sifat wanita selalu begitu.

ahmad humairi said...

salam,

kesemua isteri mencemburui suaminya kerana suami hanya hak isteri. Suami pula mesti melayan semua (masyarakat) yang boleh 'membakar' dan menyemarakkan api cemburu isteri. Inilah fitrah yang Allah berikan kepada hambanya. Kitalah yang memainkan peranan....baik atau buruk.

wallahualam.

azieazah said...

Terimakasih berkongsi sesuatu yang sungguh menginsafkan...


salam kenal IDA...

ai@reel said...

sayu membaca en3 ini......

buat renungan utk sy......

terima kasih kak

CIKGU ZAM said...

Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu suami buntu isteri penunjuk jalan,,,,,,,

Rashid said...

ermm.. air mata inipun turut menitis kak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...