Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, May 14, 2009

Nama Mencermin Peribadi.

(gambar sekadar hiasan)
Nama mempunyai kesan psikologi ke atas peribadi seseorang individu. Keseluruhan peribadinya bangun di bawah bayangan makna dan pengaruh namanya. Lagipun sudah jelas kita sukakan nama yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang sedap.

Jadi kita mestilah berhati-hati ketika memberikan nama kepada anak-anak kita. Kita perlu memberikan mereka nama yang manis, pendek bermakna yang senang difahami dan dinilai.

Rasulullah saw memberikan penekanan ke atas nama, Banginda menasihatkan umatnya supaya memberikan nama yang bagus dan bermakna kepada anak-anak mereka. Baginda selalu mencadangkan nama yang baik dan berdoa untuk mereka. Rasulullah s.a.w gemar nama seperti Najeeh yang bermaksud 'yang berjaya' dan Rashid bermaksud 'yang mendapat petunjuk'

Baginda juga banyak menukar nama lelaki dan perempuan yang dianggap tidak baik. Diriwayatkan , jika mereka tidak menukkar nama mereka seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah s.a.w, orang itu sentiasa dalam kesusahan.

Apabila memilih nama anak-anak, perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut :

1. Ia seharusnya mengandungi salah satu daripada nama Allah dan dimulakan dengan perkataan yang menunjukkan ketaatan kepadaNya, contohnya, Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Ghaffar.

2. Ia seharusnya dipilih daripada nama -nama Nabi seperti Yaakub, Yusuf, Idris, Ibrahim, Ismail atau Muhammad.

3. Ia seharusnya diambil daripada nama alim ulamak seperti, Umar, Farook, Siddiq, Khalid, Ali, Usman, Khadija, Maryam, Ummi Salamah.

4. Ia sepatutnya mencerminkan nilai Islam dan pemikiran ibubapanya, contohnya pada ketika Islam sedang mundur anak-anak patut diberi nama seperti Tariq atau Sallahuddin dengan harapan anak-anak tersebut akan menjadi pahlawam yang pernah bernama begitu.

5. Nama itu seharusnya menunjukkan perangai yang elok seperti Said bermaksud ' bernasib baik dan taat', Shafiq bermaksud 'baik hati' atau Sharif yang bermaksud 'mulia'

6. Nama -nama yang seboleh-bolehnya dielakkan untuk anak-anak kita, ia melanggar ajaran Islam seperti Abdul Rasul (hamba Rasul) atau yang menunjukkan amalan yang tidak baik seperti sombong, kasar atau kebencian. Ia mengandungi idea-idea dan pengaruh bukan Islam seperti Johnny atau Robert.

7. Ia mengandungi makna yang tidak baik seperti Aasia (pembuat dosa, pembakar) atau Harb (perang) Ia merendahkan martabat dan memalukan.


Rasulullah bersabda :

"Kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, jadi berikanlah nama yang baik (kepada anak-anak kamu)"


Sumber/rujukan : Hadis Riyawat Abu Daud
Cerita dari Hadis & AlQuran

8 comments:

Dj Epoi said...

Salam Kak Ida

Terimakasih diatas komen Akak...

Semoga Kebaikan mengiringi Keluarga Akak....

anaklaut said...

salam..idalara..

n3 yang sangat baik. ya nama mencerminkan perbadi seseorang..Apalah erti sebuah nama ” begitulah ungkapan yang sering kita dengar dari orang orang yang meremehkan dan belum menyedari pentingnya nama yang mereka miliki..

Nama adalah cerminan harapan Orang tua. Setiap Muslim dianjurkan untuk memberi nama anaknya dengan nama yang Islami yang baik, indah dan mengandungi makna yang mulia. Seorang Anak berhak memperoleh nama yang baik.

Seorang sahabat datang kepada Rasulullah saw dengan menggandeng anaknya, lalu dia bertanya : "Ya, Rasulullah, apa hak anakku ini atasku ?...,Rasulullah menjawab, Membaguskan namanya, memperbaiki adabnya (sopan santun) dan menempatkannya pada kedudukan (posisi) yang baik (fizikal dan emosi)" (H.R. Aththusi).

moga n3 yang ida tulis ini memberi menafaat buat semua..


anaklaut-

Amieynna Amin said...

hehe..
nama kite mcmana kak ida?
sedap x?
comel x?
ngeee...=p

hysMan.. said...

salam kak,
ramai gak nama2 berbentuk islamic tapi perangai nauzubillah..
baek bg nama tu kat saya je ek??
hehe...

tp mcmne plak klu ade yg nama daniel la,alexander la etc..???

IxoR@ said...

Nama memang mencerminkan peribadi...

Tp zaman sekarang ni, banyak gak nama yg pelik2....

Nama sy bermakna cahaya... :D

intan shaheera@ieyra said...

ape makna intan shaheera ek?????mesti seorang yang qiut n comel..hahahah

Idalara said...

Salam Djepoi...sama2,mudah2an segalanya akan pulih insyaallah..bnyk2 berdoa ye..
...................................

Salam anaklaut..terimakasih sudi beri ulasan panjang kali ni..walaupun al sibuk..mudah2an nama2 yang diberi pada kita dan anak2 adalah yg memberi mankan yg biak dan indah.
...................................


Salam myna..nama myna tu mng baik..tapi nama myna dah di komercialkan..hehehe..

..................................

Salam hysman..jadi begitu kerana salah didikan atau anak tu mng tak mahu mengengar kata ibubapa..pengaruh luar skrg terlalu bnyk..nak salahkan ibubapa dan guru pun tak boleh juga...tapi seeluk2nya biarlah nama tu meberi makna yg baik.
...................................

Salam ixora..yup..kadang2 mak bapa ni nak glamour tu pasal keluarlah nam yng pelik2 sikit..
cahaya..cantik tu..nama kak ida bermaksud yang dipuji..tapi tak tahulah ada yg memuji ke tak hehehe..
...................................

Salam intan@ieyra..auntie tak tahu pulak apa maksud nama iyera tu..nanti auntie cari dalam kamus dewan bahasa k..

intan shaheera@ieyra said...

auntie jgn tersalah cari dalam kamusdewan sivik dah ler.hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...