Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, May 08, 2009

Mencari Sahabat Yang Serasi

Orang kata sahabat umpama paha..cubit paha kanan paha kiri yang terasa sakitnya..mahu mencari sahabat setia dikala sedih dan duka memang amat sukar di akhir zaman ini..namun tak dinafikan masih ada yang benar2 boleh menjadi sahabat setia dan serasi.

1. Hargailah yang terbaik

Teman yang baik seharusnya 'low maintenance' dan anda pun begitu. .sering berjumpa sering membuat hubungan sediaada berkekalan...tapi ekalkan meminta berlebihan bagi mengelakkan hubungan tersebut jadi tak seimbang.

2. Mampu menggembirakan

Kebanyakan daripada kita ingin bertemu individu yang mampu menggembirakan diri...tapi ini tak bermakna anda perlu menjadi seorang yang sentiasa ketawa dan gembira sepanjang masa...ia lebih kepada keikhlasan hati dan tidak keterlaluan.


3. Tidak bersikap terlalu memaksa

Sesetengah orang mempunyai rakan yang mudah dikawal,tetapi hakikatnya tidak semua begitu...ada kawan memrlukam masa untuk mengenali diri anda dengan lebih jauh..jadi anda tidak perlu terburu2 dan terlalu mengharap mereka hadir dalam setiap undangan anda.


4. Berterus teranglah

Jika persahabatan yang dibina tidak lagi diperlukan, lebih baik untuk anda melupakan saja, jika mereka melukakan hati anda, berterus teranglah dan katakan bahawa anda tidak memerlukan rakan yang begitu.

5. Jujur dan telus

Jika anda tidak mahu berterus terang anda harus memberi isyarat kepada rakan anda itu...misalnya anda boleh berkata: "Saya rasa risau kalau saya tiada idea untuk bercerita dengan awak bila kita jumpa nanti..saya akan maklumkan pada awak jika keadaan telah berubah"..mahu tak mahu dia harus menerima alasan anda ini.

DEKATILAH TEMAN YANG SEJATI

Dia akan sentiasa berada di sisi anda saat anda memerlukan...di saat anda gembira dan ketawa dia turut berkongsi perasaan itu. Di saat anda berduka, dia juga setia di sisi menemani dan menangis bersama.


'Sahabat tidak boleh menjadi kekasih tetapi kekasih boleh menjadi sahabat setia"

7 comments:

hysMan.. said...

sukar mencari sahabat yg serasi skrg nih kak..
skrg nih keduniaan..
mcm2 pandangn dan bebas berkata2 tanpa rasa bersalah..
saya ada sahabat..
tapi rupanya sahabat itu sendiri musuh utama kita cmane tu kak??hehe..
biarlah yg penting kita bahagia..
haha..

ape beza antara teman,kawan dan sahabat???dan bolehkah sahabat itu antara laki dan pompuan??hehe

Rashid said...

salam kak ida,
Saya tertarik ngan 'Sahabat tidak boleh menjadi kekasih tetapi kekasih boleh menjadi sahabat setia"

ermm naper sahabat tak boleh jadi kekasih? alangkah baikkan jika sahabat akhirnya menjadi kekasih? kerna sahabat akan lebih menghargai ikatan hubungan..

anaklaut said...

salam..idalara..

n3 yang sangat bererti..sahabat
pada saya Persahabatan adalah seumpama sumber mata air di tengah gurun.Persahabatan adalah cahaya di tengah kegelapan
dunia,
Persahabatan adalah celah di tengah ruang hampa
lagi persahabatan adalah mata bagi mereka yang merasa buta
persahabatan adalah penunjuk jalan di tengah kebimbangan
di tengah kegelapan..

anaklaut{-

amirul said...

Salam kak Ida,

Apa yang akak nyatakan dalam entry ni memang benar...sahabat tidak boleh menjadi kekasih. tetapi kekasih boleh menjadi sahabat dan pendengar yang setia...zaman sekarang ni susah untuk mendapat sahabat yang sejati sebab ramai yang bermuka-muka maksud saya cakap depan lain dibelakang lain dan sangup menikam kawan sendiri...

P/S: Berkawan biar ramai tapi Biniku tetap sorang hehehehe...

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam petang Idalara,

benar sahabat banyak bentuknya,

ujian demi ujian yang diukur dalam waktu tertentu, lazimnya membolehkan kita fahami siapa sebenarnya "mereka" ...

Selamat Hari Ibu, moga disayangi selalu oleh anak-anakmu ...

arnamee said...

Salam akak~

erm, terima kasih atas artikel ini, semoga kita dapat menjadi sahabat yg baik;)

Idalara said...

man...mng kdg2 kita percaya sgt dgn sahabat kita tu tapi dia menikam dari belakang..hati2 bercerita yg rahsia pada sahabat..
beza antara ke tiga2 tu...nanti akak postkan entri mengenai soalan hysman tu...
...................................

Salam Rashid...sahabat tidak boleh menjadi kekasih...biarlah sahabat kekal sebagai sahabat...tetapi bila kekasih dia akan menjadi sahabat,teman dan apa saja pada kita...betul tak..

..................................

Salam anaklaut..
betul apa yang al katakan...sahabat setia tak mengira darjat dan rupa...bersama kita dalam apa keadaan..
...................................

Salam Amirul...akak dapat rasakan wf mirullah kekasih,sahabat dan teman mirul dalam apa jua keadaan..

..................................

Salam sdr zulkifli..
kadang2 kita masih tak kenal sahabat kita yang sebenar2nya..terimaksih atas ucapan itu..
...................................

Salam arnamee..terimaksih sudi berkinjung..insyaallah harapan akak juga begitu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...