Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 30, 2010

Untuk Wanita...lelaki juga..PAD HERBA

Night - untuk kegunaan malam 10keping cuma RM12.00

Day - untuk kegunaan siang hari 10 keping RM11.00



Pantyliner - boleh digunakan sepanjang masa 20keping RM10.00


Sejak awal bulan lepas aku telah diperkenalkan dengan satu jenis pad yg bukan saja berfungsi untuk kegunaan kaum wanita tapi juga untuk kaum adam..mungkin bunyinya agak pelik dan mcm tak masuk akal..tapi itulah hakikatnya..

Pad herba yang dikenali sebagai FC Bio Sanitary ini diperbuat daripada ramuan herba semulajadi dan mempunyai kualiti yg terjamin. Ia diperbuat daripada bahan mentah yg berkualiti dan selamat. Ia adalah rakan para wanita yg meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. Pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan!..untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi no yg diberi.

Untk kaum lelaki pula sangat sesuai jika mengalami sakit lutut atau kaki..diakui sendiri oleh seorg doktor yg pernah menggunakan FC Bio Pantyliner..hanya tampalkan ditempat yg sakit insyaallah akan sembuh.

Antara bahan2 yaag digunakan untuk menghasilkan pad herba ini ialah:

Mai Fang Stone
Menghilangkan bau, membasmi kuman dan mencegah jangkitan kuman

Peppermint
membuang angin perut, mengurangkan kepanasan,mencegah kegatalan, menahan sakit dan mengurangkan rasa tidak keselesaan ketika haid. sentiasa berasa selesaa dan dingin

Ming Fang
menyingkirkan toksid,mencegah jangkitan kuman,mencegaha kegatalan,membuang angin perut, menghentikan darah,menyingkirkan bekuan darah dalam rahim

Bing Pian
mengurangkan kesakitan dan tekanan ketika haid,mengurangkan kesakitan otot dan sendi,membantu menyingkirkan bekuan darah,mencegah pembiakan kuman.

Kuai Mu You
mencegah penyakit kulit,membantu peredaran darah dan melegakan kesakitan bahagian pinggang dan belakang. Kuai Mu You mengandungi Phytoncide yg membantu menstabilkan emosi.

Kepada seseiapa yang berminat untuk mencuba sila hubungi no yang saya tinggalkan di dalam blog.

Terimakasih.

ps..rezeki diberi dari berbagai cara..hnaya kita perlu berusaha untuk memperolehinya..

Thursday, January 28, 2010

Macam-Macam Cerita...

Salam semua...dah banyak hari tak bersiaran, rindu sentiasa menggebu nak ziarah teman2 tapi banyak sgt komitment..keja dan anak2 dan satu lagi aktiviti untuk menyihatkan badan..jogging........kata Abdullah Zaki.."Ibu kan dah kurus nape nak jogging" kataku: " Org jogging bukan sebab nak kurus..kalau jadi kurus tu bonus..tapi sbb nak sihat..nak buang kolestrol dan segala macam sampah dalam tubuh badan"..dan itulah aktivitiku bersama 2 org rakan ofis tiap petang.

Sudah hampir sebulan rasanya aku tidak membeli makanan untuk minum pagi dan juga lauk untuk tengahari..bukan azam tahun baru untuk tidak membeli..tapi rasa nak memasak itu ujud bila rasa terlalu hampa dengan rasa masakan yg ala2 kadar tetapi harganya membuatku tercekik...sejak itu aku bertekad untuk memasak..kdg2 bila rasa terlalu letih mahu saja aku membeli semula namun hatiku seperti tidak mengizinkan..akhirnya kakiku melangkah ke dapur dan memasak..aku kerap sematkan dalam hati..alaa..bukan susah sgtpun masak..campak2 je dalam periuk atau kuali, setengah jam je dah siap....duit pun selamat..boleh dibuat belanja sekolah anak2...tguk anak2 berselera makan hati bahagia dan tambah tekad untuk terus memasak.

Sejak pagi aku diberitahu pukul 3 ptg nanti ada meeting staff dgn setiausaha..biasalah bila ada meeting board esuk harinya ada perjumpaan staff dgn setiausaha...macam2 berita gembira dan duka akan disampaikan..yg pastinya kerja akan bertambah..dan menjadi tugas tak rasmiku...akulah yg akan menguruskan hal makan minum untuk meeting....kedai makan yg paling hampir dengan ofislah yg paling kerap aku buat pesanan...Restoran Ala-Ala Kampung..restoran yg menjadi langananku sebulan yg lalu..disitulah tiap hari aku berkampung..membeli minum pagi juga juadah tengahari...kini tak lagi.

Tauke restoran tersebuat bernama kak Timah bukan nama sebenar...aku segera menghubungi kak Timah untuk membuat pesanan..

Aku : Assalamualaikum kak..nak oder untuk meeting petang ni boleh tak.?
Kak Timah : Oooo...Ida...nak oder apa?

sambil tu aku dengar hiruk pikuk di dapur restoren tersebut dan kak Timah juga sibuk bercakap dgn pekerjanya walaupun sedang bercakap dgnku.

Aku : Nak oder bihun goreng special untuk sepuluh org..pukul 3 kita org g ambil.
Kak Timah : Boleh..nanti dah siap akak call..eh Da..Da sibuk tak?akak nak cakap sikit..Da jangan marah..

Aku memang sibuk tapi aku rasa dia lebih sibuk..bila dgr kak Timah kata gitu hatiku agak berdebar2..apa pulak si CNN ni..dalam pada dia sibuk berniaga sempat juga dia jaga tepi kain orglain..

Kak Timah : Akak nampak anak kau tak sekolah g kat CC......kau tahu CC tu kena serbu..budak2 sekolah kena tangkap..

Rasa hairan bin ajaib..CC yg di maksudkan berada selang sebuah bangunan dari kedai kak Timah ni..bila masa pulak kak Timah buat rondaan di CC tersebut..bagus gak kak Timah ni menjadi perisik tanpa bayaran dari aku..sekurang2nya aku lebih berhati2 dengan anak2 dan lebih kerap mengawasi mereka bila mendapat berita dari kak Timah ni.

Aku : La...ye ke kak..tak pulak cikgu Aiman telepon saya bgtahu Aiman ponteng sekolah..Kalau hari sabtu Aiman g sekolah pagi..petang dan malam dia tuisyen...tapi kalau hari ahad saya yg bg dia duit g CC..dia nak main game..dia g dgn adik dia...sesekali apa salahnya diaorg g main game kat CC.

Kak Timah : kau kena jaga2 Dah ..skrg ni banyak serbuan..
Aku : Terimakasih lah bagtahu..nanti saya tanya Aiman dgn Zaki.

Itu yg aku dapat setelah hampir sebulan tak mengunjungi restoran beliau..apa tujuan dia? marah ke sebab aku tk lagi melambakkan duitku di kedainya, harap2 aku tadi bila aku call dia akan tanya khabarku sbb dah lama tk jumpa atau tanya macammana anak2 g sekolah...tapi menyampaikan cerita basi yg pernah dia sampaikan dulu..sepatutnya sesama ibu tunggal saling ambil berat tapi menyampaikan cerita yg tak berapa betul.

Aku tak rasa marah atau geram pada anak2 bila dengar cerita kak Timah tu..sebaliknya aku siasat betul2..call cikgu Aiman di sekolah dan tanya kehadiran Aiman..semua ok..dan bila anak2 balik sekolah aku tidak terus melenting..setelah mereka makan dan berehat barulah aku tanya baik2..jawapan yg aku terima..mereka tidak pergi CC pada hari persekolahan...aku percaya pada anak2 setelah aku siasat..dan aku pernah buat anak2 berjanji tidak masuk CC pada hari persekolahan..siapa lagi nak percaya pada anak2 kalau bukan aku ibu mereka.

Aku sentiasa berdoa muga anak2 tidak melakukan perkara2 yg tidak eluk dan salah di sisi Agama dan undang2..aku sentiasa berpesan pada anak2 menjaga nama baik kerana mereka anak yatim..aku tak mahu anak2 ku di lebel sebagai anak2 nakal sbb tak berayah.


ps..La Tahzan...dont be sad..mng aku tk rasa sedih pun bila hati disakiti..kerana hanya Dia tempatku mengadu..

Sunday, January 24, 2010

Kecilnya Dunia ni...


Gambar yang ku ambil dari blog ibu dan abah


Tadi waktu aku serang ralit buat keja kat ofis..aku terima sms dari ibu n abah @ akak-akak @ Rahmah...tetiba dia tnya betul ke nama mak aku Maznah..yup..betul sangat2, bonda yg menjadi idolaku...rasa agak kehairanan mengapa akak-akak tnya nama mak..kata akak dia dan aku bersaudara..waktu itu dia berada di Pernu, Melaka..kampung mak...eh..biar betul..kata akak dia sedang bersembang dengan mak saudaranya di Pernu...bibik Azai...setelah diselidik susur galur keluarga tahulah akak kami brsaudara..arwah ibu suadaraku (isteri pertama bapa sdrku) adalah kakak sulung bapa mertua akak...maknanya ikatan persaudaraan lebih sebelah suami akak.

Siapa sangka ye..bermula perkenalan di alam maya..tegur menegur, sapa menyapa dan bertukar no telefon, rupanya bersaudara..kecilnya dunia ini. Aku tak ingat sejak bila aku bertegur sapa dengan akak2 di blog, akak yg aku kenali hanya melalui blog Ibu dan Abah . kali pertama akak menghubungi aku..waktu itu hampir seminggu aku tidak ke udara, akak mencari no contactku di blog..katanya dia tertanya2 mengapa aku tk up date blog dan bimbang aku tak sihat..perihatinnya akak waktu itu buat aku rasa sgt terharu dan dihargai.
Sejak saat itu kami kerap juga bersms sekadar bertanya khabar dan bersembang pendek..kalau dulu ikatan di maya ini sekadar persahabatan di maya namun kini ikatan bertambah kuat dengan tali persaudaraan yg sedia ada...insyaallah suatu hari nanti aku akan mengundang akak dan familynya ke rumahku...untuk saling kenal mengenali.
Aku tak banyak mengenali akak @ Rahmah, dia rajin meng update blog, rasanya hampir tiap hari membuatkan aku kerap ketinggalan, akak rajin bertandang ke blogku dan memberi komen berupa kata2 semangat buatku, aku tahu akak juga mengidap sejenis penyakit yg memerlukan dia menjalani dialysis..muga2 akak sentiasa bersabar dengan dugaan Allah..dan muga2 persaudaraan ini akan kekal hingga akhir nanti.
ps: kdg2 kita diuji berbagai cara, namun tiap ujian itu pastinya mengikut kemampuan kita.....kdg2 kita diberi rasa bahagia yg kita sendiri tk pernah sangka..itulah realiti hidup.

Saturday, January 23, 2010

Untukmu Anak2..


Kuah durian makan bersama roti...favourite aku dan Aiman Zarif...


Ikan duri masak asam pedas berempah bersama terung..


T-shirt pengakap dan kasut bola idaman Abdullah Zaki
Hari ini bercadang nak ke tempat keja..bos dah bagi senarai nama ahli seramai 1450 org untuk pemulangan Takaful Keluarga Barakah..sebelum akaun ditutup pada bulan April ini semua bayaran mesti diselesaikan..aku memang suka bila diberi keja..at least aku tk duduk buang masa di rumah tnpa membuat apa2 keja..pun sebenarnya masih ada keja2 di ofis yg belum selesai..terutamanya bank reconcilition..mst juga di siapkan sblm akaun ditutup!

Untuk buat pemulangan bukannya mudah..setelah no ahli dicari..di mana cawangan dan no akaun lengkap barulah wang dikreditkan ke akaun mereka...pening juga kepala nak siapkan..tapi tkpe..bekerja dengan cabaran ni lebih bagus...

Tapi cadangan tinggal cadangan..pagi2 lagi Abdullah Zaki dah mengingatkan aku supaya ke Nilai untuk membeli t-shirt pengakap dan juga kasut bola..kecil jangan disangka anak..itulah Abdullah zaki..fizikal je kecil tapi aktif bersukan dan bermain bolesepak...semalam dia bagitahu aku dia dipilih menjadi ketua rumah kuning..tak sangka juga anak bungsuku ini jadi ketua pasukan rumah...
Sebelum keluar rumah aku sempat memasak..ikan duri @ ikan mayong masak asam pedas dengan terung dan sempat juga aku buat kuah durian untuk dimakan dengan roti, sape2 yg berminat nak resepi ini silalah mintak dgn aku ye...:) Aiman Zarif bersekolah hari ini..so aku hnya keluar berdua dengan Abdullah zaki...jadi sebelum keluar aku mesti masakkan untuk Aiman Zarif..
Di Nilai..tiada kedai yang menjual t-shirt pengakap..lantas ku menaiki komuter ke Warta Bangi, nak ke Warta aku terpaksa menaiki teksi..waktu pergi aku dikenakan bayaran sebanyak rm8.00 oleh pemandu lain, peliknya waktu balik pemandu teksi dgn muka tak bersalah berkata RM10.00.... bila lihat aku mengerutkan kening, dia buat bodo je... mcmne dia kirapun aku tk faham..rasanya pergi balik sama je.......takpelah..aku halalkan je kalau dia kira mcmtu.
Di Warta terdapat sebuah kedai milik bumi yg menjual semua jenis uniform sekolah, seperti baju putih, baju pengakap, tunas putri. kadet sekolah dll...pendek kata sebut saja semua ada...aku tguk ramai juga ibubapa yg membeli uniform di kedai tersebut, selepas membeli t-shirt yg diidamkan aku ke kedai kasut pulak..cerah muka Abdullah Zaki bila apa yg diidamkan dah berhasil.....untukmu anak2..ibu sanggup korbankan jiwa dan raga..
Sebenarnya segalanya seperti diatur..genap tempuh 100 hari pemergian ayah anak2ku pada 19 Jan yg lalu, aku mendapat surat dari Bahagian Pencen ATM, memberitahu mulai Jan ini wang pencen arwah akan dikreditkan ke akaun ku..Alhamdulillah ringanlah segala masalah kewanganku selama beberapa tahun ini..insyaallah akan ku pergunakan sebaik mungkin untuk pelajaran anak2..dan untuk bahagian anak arwah di sana akan ku kirimkan secepat mungkin.
ps: Inilah hikmah yg menantiku selama ini..redha dan pasrah atas segala yg berlaku..aku dikurniakan rezeki yg tidak ku sangka2kan selama ini..padaMu Ya Allah ku panjatkan kesyukuran atas kurniaanMu ini.

Tuesday, January 19, 2010

Mengelak Kena Sihir

Di zaman yg serba canggih ini tidak mustahil masih ada manusia yg mengamalkan perbuatan sihir dan ilmu hitam kerana hasad dengki atau irihati.....dinyatakan beberapa cara dan amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam, sihir mungkin tidak mengenal siapa, ia boleh menyerang dan menganggu kita.....ketahuilah cara memagari diri dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah:
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua2 jenis tamar tersebut, makanlah apa2 jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w. yg berbunyi "Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk sebelum tidur:
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorg Muslim yang mempunyai wuduk, setiap Muslim yg berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini, mudah2an Allah akan menyucikan kamu. Kerena sesungguhnya tiada seorg pun dari mereka yg bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorg Malaikat. Malaikat tersebut tidak pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah! ampunilah dosa hambaMU ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci" (Riwayat AtTabraani)

3.Mengambil berat tentang Solat berjemaah:
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorg Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan berpeluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W telah bersabda: ertinya : "Mana2 kampung mahupun kawasan yg tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma 3 org, nescaya akan didampingi syaitan." (Riwayat Abu Daud)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah2kannya, sifat mempermudah2kan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai seseorg itu.

5.Membaca Doa Perlindungan apabila masuk ke dalam tandas:
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan, apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : ertinya:
"Dengan nama Allah, Ya Allah! sesungguhnya aku berlindung denganMU dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

ps: Hari ini genap 100 hari arwah bekas suamiku pergi menemui penciptanya..mudah2an arwah ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman dan diterima Allah segala amalannya..Sudilah kiranya sedekahkan Al Fatihah buat arwah...terimaksih.

Monday, January 18, 2010

Murahnya Airmataku....

Semalam sehari suntuk di rumah..berlepak2, bermalas2 dan makan2......rasa letih pulak tubuh badan bila tk bekerja dn terlebih rehat...tapi sesekali bila dapat peluang begini apa lagi yg aku lakukan...pastinya membaca novel..ada 5 buah novel dan buku La Tahzan dalam list..La Tahzan selalunya aku baca sebelum tidur...untuk mencari ketenangan dan kedamaian sebelum mataku telena.

Petang semalam setelah semua keja2 rumah aku bereskan aku mula menatap sebuah novel tulisan Norhayati Berahim, bertajuk 'Hati Yang Luka' ...kisah seorg wanita yg terpaksa berkahwin demi menyelamatkan maruah seorang lelaki@sahabat sejak kecil yg memang dicintai.......wanita itu anak pemandu kepada ayah lelaki tersebut iaitu seorg yg bergelar datuk dan kaya raya...lelaki yg dinikahi seorg lelaki ego yg memandang darjat dan tak pernah mahu mempamirkan cinta terhadap isteri yg telah berkorban utk maruah dirinya.

Aduhai...mengapa aku terlalu murah dengan airmata...terlalu emosional (kata kilauancinta)..bila membaca cerita itu......Airmataku tk berhenti2 mengalir bila membaca kesengsaraan hati wanita tersebut yg cuba memenangi hati suami nya..mengapa kekadang lelaki terlalu ego dan mementingkan diri sendiri..menganggap isteri ibarat pembantu rumah..maaf pada semua lelaki yg singgah di sini...insyaallah kamu bukan begitu...bukan semua lelaki begitu..masih ramai yg bertimbangrasa dan mengangkat isteri di darjat yg paling tinggi.

Kiranya...... kisah ini bukan hanya dibuku atau dinovelkan.........didepan mataku.......aku mendengar keluhan dan rintihan hati seorg teman, seorg perempuan yg bergelar isteri juga ibu......dia juga bekerjaya seperti suaminya..malah dia seorag pegawai yg menghadapai berbagai masalah di pejabat...jiwanya sgt terluka dengan sikap suami yg lepas tangan di rumah..membiar dia keseorgan membuat semua kerja2 di rumah dan melayani kerenah anak2...katanya suami tak pernah menghargai apa yg di lakukan. Kembali dari pejabat , bertungkus lumus memasak, melakukan semua kerja2 rumah dan melayani anak2, sedangkan suami boleh rehat2 membaca paper dan tidur tanpa membantu walaupun hanya menjaga anak2...!!cuba bayangkan...bila anak2 memangis dn menganggu tidurnya dia akan menjadi marah...kesihannya hinggakan dia pernah berkata..."mungkin bila aku mati baru suamiku sedar kewujudanku dan merghargai apa yg aku lakukan selama ini".

Dia merasakan suami seperti tidak mencintai dirinya..kerana dia tak pernah mendengar suami mengucapkan kata2 sayang atau cinta padanya...suami sentiasa memewahkan dia dengan wang ringgit...... namun, untuk mendengar suami mengucapkan "I love u"atau mengeluarkan kata2 "kesian sayang" setelah melihat isteri kepenatan membuat semua kerja2 rumah....jangan diharap.....bukan harta atau wang ringgit yg didambakan dari seorg suami tapi penghargaan..perhatian..sokongan..cinta dan kasih sayang dari seorg suami...itu sebenarnya yg lebih diharapkan.

Kekadang aku terlalu murah dengan airmata..pengalaman dan kenangan semalam lebih membuat airmataku jadi terlalu mudah mengalir...kisah2 yg berlaku di sekeliling membuka mataku hatiku...betapa bertuahnya aku hidup seorg diri tanpa ada sesiapa yg menyakitkan hatiku....tanpa ada sesiapa yg menyekat pergerakanku..tanpa ada sesiapa yg menentukan hala tuju hidupku..aku berhak sepenuhnya ke atas diriku..aku bebas mencorakkan hidupku mengikut acuan yg aku pilih..

Namun...bolehkan aku menipu hatiku sendiri bila terkadang aku rasa terlalu sunyi dan memerlukan seseorg untuk mendengar rintihan hatiku..seseorg yg bolehku jadikan bahu tempat aku bersandar bila aku menangis..seseorg yang boleh menjadi mataku bila aku semakin kurang jelas melihat, seseorg yg boleh menjadi kakiku bila aku tak terdaya untuk berjalan..dan seseorg yg dapat memimpin tanganku bila aku tiada hala tuju.

ps....Benar......aku tidak boleh menipu hatiku...suatu masa, satu ketika nanti aku memang memerlukan seseorg di sisiku..menemani aku sepanjang hayatku.

Friday, January 15, 2010

Moody..

Moody...semua mng tahu apa itu moody...sikap atau perangai seseorg yg berubah2 mengikut keadaan atau mengikut kata hati mereka barangkali......org moody ni tak boleh dijangka perangai mereka..sekejap elok..sekejap tak elok..kdg2 diam seribu bahasa..kdg muka masam mencuka..kadang tak mahu bercakap walau ditanya....

Aku memang rasa pelik bila tguk org moody..apa taknya..dia marah kat isteri atau suami..datang keja dah moody..dia marah kat pemandu yg tak berhemah dia jadi moody....dia yg bermasalah kita pulak yg kena tempiasnya...sepanjang aku hidup dalam dunia ni rasanya ramai gak yg aku jumpa berperangai moody mcmtu.

Alhamdulillah...aku ni walau di timpa sebesar mana masalah pun..belum pernah rasanya aku jadi moody..tak mahu bercakap..tak mahu bergaul dgn kwn2 atau tak mahu menegur org..masih tak tahu nak jadi moody walaupun pernah sambil memandu kereta nak ke opis, aku menangis semahu2nya disebabkan satu masalah yg sgt berat.....bila sampai pintu opis..aku tinggalkan semua masalah peribadi di luar pintu dan melangkah dengan penuh ceria..tak siapapun tahu apa yg berlaku kerana aku tk moody..

Sampai sekarang aku masih tak faham mengapa org jadi moody...mencampur adukkan masalah di rumah atau masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja..bergaduh dengan suami atau isteri di rumah, cukuplah di rumah..ini tak......terbawa2 sampai ke opis..kalau dia tu bos..alamat..org bawahan yg jadi mangsa...

Bagi aku senang je mengatasi org moody ni..jangan dilayan..buat bodoh dan buat tak tahu je..tak hingin aku tegur dia walaupun dia tu bos aku..aku biarkan hingga dia sendiri yg terhegeh2 tegur aku...bagi aku buat apa dilayan org macam tu...kita tegur dia diam..kita bercakap dia tk mahu pandang..so jalan terakhir...biarkan dia dengan dunia dia sendiri..kerana org moody ni akan berubah sendiri..bila dia rasa takde org layan kerenah moody dia tu..

Jadi sesiapa yg rasa dia tu kerap sgt moody...eloklah dibuang jauh2 sikap yang tak berapa elok tu...sikap negatif yang tak mendatangkan kebaikan pun....apa jua masalah yg menimpa pasti ada jalan penyelesaian..bukan menunjukkan sikap moody yg berlebihan..

ps....Bersendirian itu adalah lebih baik drp kawan yg jahat dan kawan yg soleh itu lebih baik daripada bersendirian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...