Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, January 15, 2010

Moody..

Moody...semua mng tahu apa itu moody...sikap atau perangai seseorg yg berubah2 mengikut keadaan atau mengikut kata hati mereka barangkali......org moody ni tak boleh dijangka perangai mereka..sekejap elok..sekejap tak elok..kdg2 diam seribu bahasa..kdg muka masam mencuka..kadang tak mahu bercakap walau ditanya....

Aku memang rasa pelik bila tguk org moody..apa taknya..dia marah kat isteri atau suami..datang keja dah moody..dia marah kat pemandu yg tak berhemah dia jadi moody....dia yg bermasalah kita pulak yg kena tempiasnya...sepanjang aku hidup dalam dunia ni rasanya ramai gak yg aku jumpa berperangai moody mcmtu.

Alhamdulillah...aku ni walau di timpa sebesar mana masalah pun..belum pernah rasanya aku jadi moody..tak mahu bercakap..tak mahu bergaul dgn kwn2 atau tak mahu menegur org..masih tak tahu nak jadi moody walaupun pernah sambil memandu kereta nak ke opis, aku menangis semahu2nya disebabkan satu masalah yg sgt berat.....bila sampai pintu opis..aku tinggalkan semua masalah peribadi di luar pintu dan melangkah dengan penuh ceria..tak siapapun tahu apa yg berlaku kerana aku tk moody..

Sampai sekarang aku masih tak faham mengapa org jadi moody...mencampur adukkan masalah di rumah atau masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja..bergaduh dengan suami atau isteri di rumah, cukuplah di rumah..ini tak......terbawa2 sampai ke opis..kalau dia tu bos..alamat..org bawahan yg jadi mangsa...

Bagi aku senang je mengatasi org moody ni..jangan dilayan..buat bodoh dan buat tak tahu je..tak hingin aku tegur dia walaupun dia tu bos aku..aku biarkan hingga dia sendiri yg terhegeh2 tegur aku...bagi aku buat apa dilayan org macam tu...kita tegur dia diam..kita bercakap dia tk mahu pandang..so jalan terakhir...biarkan dia dengan dunia dia sendiri..kerana org moody ni akan berubah sendiri..bila dia rasa takde org layan kerenah moody dia tu..

Jadi sesiapa yg rasa dia tu kerap sgt moody...eloklah dibuang jauh2 sikap yang tak berapa elok tu...sikap negatif yang tak mendatangkan kebaikan pun....apa jua masalah yg menimpa pasti ada jalan penyelesaian..bukan menunjukkan sikap moody yg berlebihan..

ps....Bersendirian itu adalah lebih baik drp kawan yg jahat dan kawan yg soleh itu lebih baik daripada bersendirian

25 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ida Sayang...

kakcik pun kdg2 moody gak tau.. hehehe... :)

Ibu n Abah said...

ida,
setuju...
marah kat rumah jangan bawa pejabat..
marah kat pejabat..tinggalkan kat pejabat..jangan bawak balik rumah....
suami/iseri dan anak-anak juga yang bahagia...kan..kan...kan...

shaniza said...

Salam..
Moody tu mainan syaitan..

Jika ingin mendapatkan kebahagiaan
Hawa nafsu janganlah kau perturutkan
Tahanlah dia dari segala keinginan.
Takutlah akan tersesat jalan
Tinggalkan segala hasutan syaitan
Kemahuannya hanyalah pada kejahatan
supaya engkau terjun ke Neraka...
putuskan saja semua isyaratnya.

maiyah said...

erm.. sikap memasing, ada org mmg x bleh nk kawal moody tu.. itulah sikap masing2.. sy punya ank sedara ada sikap moody yg tahap teruk gak

nk wat camne.. kita nasihat pun camtu gak dia

abu muaz said...

macam-macam ragam dan perangai manusia ni.

Daddy Zuki said...

sy moody sbb x cukup tido pd mlmnya. bila ngantok semua kerja x de semangat nak buat. pas tu terus jadi moody.

Rashid said...

salam

maaf kak ida. gelak je saya bacanya.. hehe. betul tu. orang moody ni tak payah dilayan sangat. rasa kasihanpun ada..

p/s - orang pompuan yang selalu moody. saya kalau berdepan dengan orang macam ni.. terus je terlintas. mungkin dia 'tengah uzur kot' hahah!!

Idalara said...

salam kakcik sayang...
biasalah tu...kdg perasaan tu dtg tanpa kita paksa kan...

Idalara said...

salam ibu n abah(akak)
betapa bahagianya andai semua pasangan bersikap gitu kan...aman dunia..

Idalara said...

salam shaniza..
semua tu permainan syaitan..untuk tambah menyesatkan kita jika terlalu diturutkan...

Idalara said...

salam maiyah..
dah nama manusia...mcm2 perangai mereka ni..kak ida senang je..jgn layan wat tak tahu je...

Idalara said...

salam sdr abu muaz
kalau tk tkkan dinamakan manusia kan..

Idalara said...

salam daddy zuki..
wah..daddy pun pandai moody ye...tkpe..moody sbb tk cukup tido..so kenalah tido.

Idalara said...

salam cikgu rashid..
hahaha..tergelak besar kak ida baca ps cikgu..pandai2 la tu buat andaian..mungkin ada gak benarnya..tp kak ida still maintain...uzur ke tak..sama je...

tajnur said...

AsSalamualaikum!
Moody ni bukan kah fitrah manusia! Insan yang normal mesti hidup dgn ber`moody`cuma sejauh mana kita dapat cepat2 mengawalkannya dari bisikan was-was oleh syaitan dan banyak2 memohon perlindungan dari Allah swt.

tajnur said...

AsSalamualaikum wbt
Moody tu kan fitrah manusia. Insan yg normal mesti mengalami perasaan moody cuma yang berbezanya ialah sejauh mana kita dapat mengawalkannya. Dah tentulah kita memohon perlindungan dari Allah swt dari bisikan syaitan yg selalu meniup syak wasangka bila kita berperasaan `moody`.

mamawana said...

Ya lah, mamawana pun pelik naper org mudah moody .....senggugut pun sebulan seminggu sekali. Moody skit skit kira orait lah. Mama pun kekadang hangin moody gak. Heee.... Ada spesis acapkali moody, muka ketat, muka tension...Sian. AMik wudhu banyakkan ngaji....Insyaallah.

jumana said...

sy benci org moody sampai xnk bercakap dgn kite..padahal yg sbnrnye die moody sbb benda lain.
menyampah gtu
mcm die je yg ade perasaan
ooh...sy termoody lak di sini..haha

ape2 pun..sy setuju ngn akak :)

blueCITY said...

salam,,

kdang2 saya juga moody..

heeeeeeeeee

azman shah said...

hidup ini penuh tekanan kan sayang

Idalara said...

salam sdr tajnur..
teimakasih singgah..insyaallah mudah2an sikap moody ini dpt kita jauhi.

Idalara said...

salam mamawana.
betullah kata2 mama tu..moody jgn smpai kerterlaluan..

Idalara said...

jumana..
kalau nk elakkan org tu moody biarkan je..lama2 baiklah dia.

Idalara said...

ooo..biru pun suka moody ke..hehehe

Idalara said...

azman shah..tulah namanya kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...