Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, January 28, 2010

Macam-Macam Cerita...

Salam semua...dah banyak hari tak bersiaran, rindu sentiasa menggebu nak ziarah teman2 tapi banyak sgt komitment..keja dan anak2 dan satu lagi aktiviti untuk menyihatkan badan..jogging........kata Abdullah Zaki.."Ibu kan dah kurus nape nak jogging" kataku: " Org jogging bukan sebab nak kurus..kalau jadi kurus tu bonus..tapi sbb nak sihat..nak buang kolestrol dan segala macam sampah dalam tubuh badan"..dan itulah aktivitiku bersama 2 org rakan ofis tiap petang.

Sudah hampir sebulan rasanya aku tidak membeli makanan untuk minum pagi dan juga lauk untuk tengahari..bukan azam tahun baru untuk tidak membeli..tapi rasa nak memasak itu ujud bila rasa terlalu hampa dengan rasa masakan yg ala2 kadar tetapi harganya membuatku tercekik...sejak itu aku bertekad untuk memasak..kdg2 bila rasa terlalu letih mahu saja aku membeli semula namun hatiku seperti tidak mengizinkan..akhirnya kakiku melangkah ke dapur dan memasak..aku kerap sematkan dalam hati..alaa..bukan susah sgtpun masak..campak2 je dalam periuk atau kuali, setengah jam je dah siap....duit pun selamat..boleh dibuat belanja sekolah anak2...tguk anak2 berselera makan hati bahagia dan tambah tekad untuk terus memasak.

Sejak pagi aku diberitahu pukul 3 ptg nanti ada meeting staff dgn setiausaha..biasalah bila ada meeting board esuk harinya ada perjumpaan staff dgn setiausaha...macam2 berita gembira dan duka akan disampaikan..yg pastinya kerja akan bertambah..dan menjadi tugas tak rasmiku...akulah yg akan menguruskan hal makan minum untuk meeting....kedai makan yg paling hampir dengan ofislah yg paling kerap aku buat pesanan...Restoran Ala-Ala Kampung..restoran yg menjadi langananku sebulan yg lalu..disitulah tiap hari aku berkampung..membeli minum pagi juga juadah tengahari...kini tak lagi.

Tauke restoran tersebuat bernama kak Timah bukan nama sebenar...aku segera menghubungi kak Timah untuk membuat pesanan..

Aku : Assalamualaikum kak..nak oder untuk meeting petang ni boleh tak.?
Kak Timah : Oooo...Ida...nak oder apa?

sambil tu aku dengar hiruk pikuk di dapur restoren tersebut dan kak Timah juga sibuk bercakap dgn pekerjanya walaupun sedang bercakap dgnku.

Aku : Nak oder bihun goreng special untuk sepuluh org..pukul 3 kita org g ambil.
Kak Timah : Boleh..nanti dah siap akak call..eh Da..Da sibuk tak?akak nak cakap sikit..Da jangan marah..

Aku memang sibuk tapi aku rasa dia lebih sibuk..bila dgr kak Timah kata gitu hatiku agak berdebar2..apa pulak si CNN ni..dalam pada dia sibuk berniaga sempat juga dia jaga tepi kain orglain..

Kak Timah : Akak nampak anak kau tak sekolah g kat CC......kau tahu CC tu kena serbu..budak2 sekolah kena tangkap..

Rasa hairan bin ajaib..CC yg di maksudkan berada selang sebuah bangunan dari kedai kak Timah ni..bila masa pulak kak Timah buat rondaan di CC tersebut..bagus gak kak Timah ni menjadi perisik tanpa bayaran dari aku..sekurang2nya aku lebih berhati2 dengan anak2 dan lebih kerap mengawasi mereka bila mendapat berita dari kak Timah ni.

Aku : La...ye ke kak..tak pulak cikgu Aiman telepon saya bgtahu Aiman ponteng sekolah..Kalau hari sabtu Aiman g sekolah pagi..petang dan malam dia tuisyen...tapi kalau hari ahad saya yg bg dia duit g CC..dia nak main game..dia g dgn adik dia...sesekali apa salahnya diaorg g main game kat CC.

Kak Timah : kau kena jaga2 Dah ..skrg ni banyak serbuan..
Aku : Terimakasih lah bagtahu..nanti saya tanya Aiman dgn Zaki.

Itu yg aku dapat setelah hampir sebulan tak mengunjungi restoran beliau..apa tujuan dia? marah ke sebab aku tk lagi melambakkan duitku di kedainya, harap2 aku tadi bila aku call dia akan tanya khabarku sbb dah lama tk jumpa atau tanya macammana anak2 g sekolah...tapi menyampaikan cerita basi yg pernah dia sampaikan dulu..sepatutnya sesama ibu tunggal saling ambil berat tapi menyampaikan cerita yg tak berapa betul.

Aku tak rasa marah atau geram pada anak2 bila dengar cerita kak Timah tu..sebaliknya aku siasat betul2..call cikgu Aiman di sekolah dan tanya kehadiran Aiman..semua ok..dan bila anak2 balik sekolah aku tidak terus melenting..setelah mereka makan dan berehat barulah aku tanya baik2..jawapan yg aku terima..mereka tidak pergi CC pada hari persekolahan...aku percaya pada anak2 setelah aku siasat..dan aku pernah buat anak2 berjanji tidak masuk CC pada hari persekolahan..siapa lagi nak percaya pada anak2 kalau bukan aku ibu mereka.

Aku sentiasa berdoa muga anak2 tidak melakukan perkara2 yg tidak eluk dan salah di sisi Agama dan undang2..aku sentiasa berpesan pada anak2 menjaga nama baik kerana mereka anak yatim..aku tak mahu anak2 ku di lebel sebagai anak2 nakal sbb tak berayah.


ps..La Tahzan...dont be sad..mng aku tk rasa sedih pun bila hati disakiti..kerana hanya Dia tempatku mengadu..

22 comments:

HASNAH said...

Salam Ida, bagus la kalau camtu..siasat sblm bertindak!!
semoga anak2 kita sentiasa diRahmati...Amin!!

Ibu n Abah said...

salam ida,
lama tak bersiaran...
Alhamdulillah.. ida tak cepat nipis telinga mendengar aduan tak btul kak timah tu.. balik pun ida tak lekas melompat marahkan anak2. Betul tindakan ida.. call cikgu mereka dapatkan kepastian...
Mulut mcm kak timah tu tak hairanlah boleh memecahkan satu kampong...

tajnur said...

Salam!
Setelah membaca coretan dapatlah saya gambarkan bahawa Pn. perlu lebih berhati2 apabila berdepan dgn anak Pn. Maaf Pn, saya bercakap ni sbg seorg guru disiplin yg dah lama berhadapan dgn pelajar2. Depan anak2, Pn mesti memberi keyakinan mpercayai kata2 mrk tetapi sentiasa bercerita apa saja yg melibatkan persekolahan termasuk akademik! Dlm wkt yg sama, beritahu jgn sekali2 membohongi ibu, krn dari `body language` sepatutnya telah tahu apa yg mrk lakukan seharian. Akhirkata mrk ini t/jwb kita dan Firman Allah,"Peliharalah diri2 dan ahli2 keluarga kamu dari api neraka dimana bahan bakar api neraka adalah dari manusia sendiri dan batu" Surah AtTahrim:6 Wallahualam

maiyah said...

hai mulut org .. mmg x sah kalo x berkokok.. tapi akak wat tindakan yg betul dgn siasat dulu

Naz said...

mulut org kak... susah nak tutup. saya sependapat dgn akak. dia tu bengang pesal akak dah sminggu x dtg sana. yg penting akak tahu anak akak mcm mana. x der org yg lebih faham selain ibu sendiri... :)

Rashid said...

salam

Tindakan kak ida itu sangat bijak. Menyelidikinya..

Saya yakin dengan izinNya dan didikan kak ida, anak-anak pasti akan mengerti. Kasih sayang kak ida boleh melembutkan hati anak-anak untuk tidak terikut pada jln yang tak baik.

Bersabarlah kak ..

imanshah said...

Kim salam pada Kak Timah

zedmagel said...

Salam Idalara,

Bagus tindakan anda, siasat dulu sebelum bertindak sesuatu.

shaniza said...

Salam kak Ida..
Saya pun kadangkala bosan beli mknan luar. Kadangkala saya perapkan dulu daging (selalu daging kambing) atau apa2 lauk utama dan simpan dlm peti sejuk (bukan tempat beku)Bila balik, buka ketuhar dan masukkan lauk perapan tadi...sekejap je masaknya. Kadangkala picit cili buat air asam cicah ikan rebus je...sedap!
Anak2 ni perlu kita perhatikan selalu dan dengarkan luahan hatinya. Berterus terang dengan anak dan jgn lekas berwasangka.. tindakan kak Ida tepat dan betul, syabas! Semoga lebih tabah mendidik anak2 menjadi org yg berguna utk agama dan negara.

ai@reel said...

sentiasalah berfikiran positif dan jgn cepat melatah atas teguran org,kwn dan jiran tetangga walaupun kita tidak menyukainya...anggaplah ia tanda kasih dari mereka

tahniah kernan akak tidak melenting pada anak malah tindakan akak sya kagumi....

hans said...

betul2
setuju
siasat be4 bertindak
jgn melulu jer

Idalara said...

salam aireel..mng kak ida tanamkan supaya berfikir begitu..kak ida mng menghargainya tapi kalau ditegur dihadapan org ramai dgn suara yg kuat tentu akan memalukan..kak ida penah ditegur gitu..apa salahnya tegur cara yg berhemah dan pelahan2 supaya tiada org lain yg dgr..
insyaallah kak ida akan lebih berhati2 terhadap anak dan mengawasi mereka.

Idalara said...

salam shaniza..
sbnrnya masak sendiri lebih terjamin bersih halal dan berkualiti..
insyaallah kak ida akan terus tabah dn sabar meembesarkan anak2

Idalara said...

salam shaniza..
sbnrnya masak sendiri lebih terjamin bersih halal dan berkualiti..
insyaallah kak ida akan terus tabah dn sabar meembesarkan anak2

Idalara said...

salam zed..
insyallah sy akan sentiasa buat begitu..

Idalara said...

salam iman akan kak ida sampaikan..:)

Idalara said...

salam cikgu Rashid
pengalaman lalu mendewasakan kak ida supaya lebih berhati2 tidak melukakan ht anak2 bila dituduh sebarangan..insyaallah..

Idalara said...

salam Naz
biasalah..lebih2 lagi perempuan mcm kak ida sering di cari kesalahan.bukan seminggu naz tp sebulan tu yg dia bengang kot

Idalara said...

salam maiyah..insyaalalh akak akan siasat apa yg berlaku bukan main terjah je..

Idalara said...

salam sdr @cikgu tajnur..
terimakasih..insyaallah kata2 dan pandangan dr anda tidak pernah buat sy terasa hati..beginilah membesarkan anak2 yg tidak berayah..terlalu sukar untuk digalas seorangan..namun unsyaallah sy akan tetap pastikan anak2 tidak berbohong pada sy.

Idalara said...

salam akak..
ida ni bukanlah jenis cepat emlenting..insyaallaah boleh lagi bersabar bila dapat berita2 mcmtu..apa2pun ida mng kena selalu berhati2 dgn anak2..

Idalara said...

salam hasnah..terimaksih..nak kawal api kemarahan tu kdg2 terpaksa ambil masa dulu..bila dah tenang baru tnya anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...