Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Bila Kita Cuti Org lain Bekerja...

Bismillah...Assalam..

Hari ini beberapa negeri di Malaysia cuti umum..termasuklah Ngeri Selangor, bukan Negeri tumpah darahku tapi Negeri tempat aku mencari rezeki dan tumpang berteduh..tapi biasalah aku....bila ada keja2 yang tak siap, hati aku asyik teringat tempat keje..siap berkemas dan memasak apa yang patut, aku ke tempat keja..

Sementara nak buka pintu ofis aku dah terdengar suara telefon menjerit2 minta diangkat..weh...diaorang ni tak tahu ke harini Selangor cuti!! aku abaikan je jeritan2 telefon tersebut walaupun agak menganggu...tapi bila dah ulang kali berbunyi sudahnya aku angkat juga..

"Assalamualikum.."
"Hello....tak de org ke...dah berpuluh kali saya call...semua org tak buat keje ke.."

Adoi...berdesing telinga aku..tak sempat aku nk cakap apa2..pung pang pung pang..suara sebelah sana menjerit..

"Dari pagi tadi sy call, ni baru nak jawab... sy nk tanya pinjaman emergency saya ni apa cite?"

"Maaf encik...hari ni kan Negeri Selangor bercuti...saya sorg saja yg bekerja..kalau tanya saya pun saya tk boleh jawab sebab semua maklumat kat tingkat atas.." alahai..lembut gigi dari lidah aku menjawab...

"Oooo..patutlah...sorry ye"

Pap!!...tak sempat aku nak cakap apa2 dia dah letak gagang...

Tu lah..lain kali nak sembur org tanya dulu...jangan main sembur tanpa usul peksa..kan sendiri dah malu...nasib baik aku tak nampak muka dia..mesti merah padam sebab malu...apa salahnya cakap dengan berhemah dan berbudi bahasa...bukankah bahasa jiwa bangsa...dan Bangsa Melayu memang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya.!!

Friday, December 25, 2009

3 Hari Tanpa Tujuan..?

Agak pelik bila baca tajuk entri aku kali ni...sebenarnya..hingga saat aku mengetuk2 keyboard ni, aku masih tiada apa2 plan untuk cuti selama 3 hari ini.....rasa nak lepak2 je kat rumah..baca novel atau majalah MIDI yang lama tak ku sentuh....tapi aku rasa bukan aku baca novel atau majalah tu...novel atau majalah tu yang akan menutup mataku....:)

Nak jalan2 cuci mata kat KL...bila cuci mata mesti gatal je tangan nak membeli..sedangkan aku dah cut semua budget membeli belah, walaupun perbelanjaan sekolah anak2 sudah aku sediakan, aku mesti berjimat cermat.....akhir sekali...nak pegi ofis...mindaku mng dah terlalu sarat dengan keja2 di ofis.. masih banyak keja2 yang belum aku siapkan..terutamanya 'bank reconcilition'..bos dah bagi date line..sebelum berakhir Dec, semua bank reconcilition msti siap..so..esuk aku mst pegi keja!!

Kalau nak diikutkan hati mahu saja aku balik Melaka lagi..tapi mcm aku kata tadi...aku mst berjimat cermat, bila balik kg duit mengalir macam air hujan......cukuplah minggu lepas 3 hari dah jumpa mak abah..kali ni aku kena kuatkan semangat...pegi keja..pegi keja...pegi keja...bukan jauh pun opis...sebelah pintu rumah je...tiga hari overtime, pasti semua keja dapat aku bereskan..Insyaallah..

So...sebentar lagi bila aku tido..dalam mindaku dah aku setkan esuk aku pergi opis.....esuk aku mesti siapkan bank reconcilition, bila Isnin menjelma bos pasti senyum sampai telinga tguk aku dah siapkan keja2ku......dan 3 hari tanpa tujuanku kini padat dengan jadual...

PS Hening malam membisik rasa..resah jiwa kekosongan..ku merindu belai kasihmu..kau tiada di sisiku....(tiba2 aku terlalu sayu mendengar lirik lagu ini...sememangnya tiada sesiapapun di sisiku mengisi kekosongan ini...)

Wednesday, June 10, 2009

Cuti Lagi!


Salam semua...rasa windu kat kauorg masih belum terubat dah nak bercuti lagi..kali ini agak lama sikit..maklumlah nak sambut adik ipar pulak dr beruas perak..khabaunya seramai satu bas akan terjah ke rumah mak aku kt melaka.. aku anak perempuan sulung, single mingle pulak, so..tkde terikat dgn sesiapa.nak ke hulu ke hilir aku lah juga.....semuanya aku..kak ida tu, kak ida ni..ahhh..penatnyaaa...tkpelah...ni yg last...
Malam ni aku akan bertolak ke Melaka..kalini takdir menyebelahi aku..yahoo...tadi abang aku call, kebetulan dia ke HKL, wf dia iaitu kak ipar aku ada check-up kt spital...jadi nak balik ke melaka nanti dia akan transit kat umah aku dan bawa aku balik sekali (selamatlah poket aku yg dah ringan ni )...dan kebetulan esuk mng aku mula bercuti hingga isnin....aduh..pasti aku rindu bangat sama blog dan teman2 semua...dan keja2 di opis pasti bertimbun2 menantiku..
Aku harap selama ketiadaan aku (cheewah..mcm pergi tak kembali je..) jenguk2lah ke teratak usang aku ni...insyaallah bila segalanya selesai aku akan kembali dengan tekad dan azam baru..mahu jadi ida'ria'..hahaha..kononnya...insyaallah akanku cuba..insyaallah akan ku rawat hati yg luka..insyaallah akan ku bina kebahagiaan atas kekecewaan semalam..insyaalah, dia dan kenangan itu akan ku buang jauh dari sudut hatiku..namun dia tetap akan jadi sahabatku dunia dan akhirat...(ku harap dia membaca saat ini)
Okey..teman2 semua..doakan majlisku selamat..doakan aku selamat..dan jangan lupa hadir jika kebetulan berada di melaka..mudah2an kita bertemu lagi di alam maya tanpa batas ini..insyaallah.
"kata seorg penulis buku cinta...biar sendiri dari berdua tp menyakitkan..namun jika bertemu yang boleh beri kebahagiaan bukalah pintu hati untuknya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...