Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, December 25, 2009

3 Hari Tanpa Tujuan..?

Agak pelik bila baca tajuk entri aku kali ni...sebenarnya..hingga saat aku mengetuk2 keyboard ni, aku masih tiada apa2 plan untuk cuti selama 3 hari ini.....rasa nak lepak2 je kat rumah..baca novel atau majalah MIDI yang lama tak ku sentuh....tapi aku rasa bukan aku baca novel atau majalah tu...novel atau majalah tu yang akan menutup mataku....:)

Nak jalan2 cuci mata kat KL...bila cuci mata mesti gatal je tangan nak membeli..sedangkan aku dah cut semua budget membeli belah, walaupun perbelanjaan sekolah anak2 sudah aku sediakan, aku mesti berjimat cermat.....akhir sekali...nak pegi ofis...mindaku mng dah terlalu sarat dengan keja2 di ofis.. masih banyak keja2 yang belum aku siapkan..terutamanya 'bank reconcilition'..bos dah bagi date line..sebelum berakhir Dec, semua bank reconcilition msti siap..so..esuk aku mst pegi keja!!

Kalau nak diikutkan hati mahu saja aku balik Melaka lagi..tapi mcm aku kata tadi...aku mst berjimat cermat, bila balik kg duit mengalir macam air hujan......cukuplah minggu lepas 3 hari dah jumpa mak abah..kali ni aku kena kuatkan semangat...pegi keja..pegi keja...pegi keja...bukan jauh pun opis...sebelah pintu rumah je...tiga hari overtime, pasti semua keja dapat aku bereskan..Insyaallah..

So...sebentar lagi bila aku tido..dalam mindaku dah aku setkan esuk aku pergi opis.....esuk aku mesti siapkan bank reconcilition, bila Isnin menjelma bos pasti senyum sampai telinga tguk aku dah siapkan keja2ku......dan 3 hari tanpa tujuanku kini padat dengan jadual...

PS Hening malam membisik rasa..resah jiwa kekosongan..ku merindu belai kasihmu..kau tiada di sisiku....(tiba2 aku terlalu sayu mendengar lirik lagu ini...sememangnya tiada sesiapapun di sisiku mengisi kekosongan ini...)

6 comments:

Rashid said...

Salam..
Kak ida, keje keje juga k. Jangan lupa jaga kesihatan diri tu.

kak ida, bila tidur lupakan segala. tidur dengan setenangnya.. selenanya..

ps - rasa sesepinya itu memang meresahkan. Moga kekal kuat kak..

maiyah said...

mmg bagus berjimat tu kan.. hasilnya nnti pasti akan memuaskan hati kita

kakcikseroja said...

Salam Ida sayang..

kdgkala kelekaan dengan kerja dapat membuatkan kita terlupa dengan apa jua 'anasir perosak' dalam minda kita. Semoga Ida terus tabah..

Idalara said...

salam cikgu rashid
insyaallah kak ida ingat pesan cikgu tu..
Alhamdulillah..kak ida ni mcmne besar prblm pun kak ida boleh tido dgn nyenyak..

ps..sepi hnya kita2 yg tahu..insyaallah

Idalara said...

betul maiyah..
kena pulak cari rezeki sorg2 ni..semua nk kena jimat..

Idalara said...

salam kakcik syg
mungkin masa ni kakcik tengah berehat2 di PD kot klaau tk silap ida..

itu sebab ida lebih suka p keja...lupa sebentar semua kesepian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...