Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Tanda hati. Show all posts
Showing posts with label Tanda hati. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Tanda Hati Teman2

Salam sayang semua...sudah seminggu dah update...namun sesekali tetap singgah di rumah teman2 menziarah. Kesibukan dan kesihatan sering membataskan pergerakan..segalanya jadi amat terhad..betapa cepatnya waktu berlalu.....rasanya baru sangat mak abah ke Mekah mengerjakan Umrah..Alhamdulillah sudah selamat kembali pada 11 April baru ni.

Sejak beberapa minggu lalu aku ada menerima beberapa tag dan awards dari teman2 di sini..namun aku mohon maaf kerana masih tak sempat menjawab tag...dan beberapa awards dari teman2 dapat aku paparkan di sini. Ribuan terimaksih aku ucapkan buat yang memberi.

Terimaksih daun keladi....

Award dari Kamsiah..aku ni termasuk dalam senarai top blogger ke..?

Award dari Kak yong...terimaksih Kak Yong

Award yang cantik ini dari Mamawana

Mudah2an kesihatan dan kesibukan ku akan pulih seperti biasa, supaya dapat bersiaran lebih kerap dn menziarahi teman2 semua..aku mohon maaf andai tk sempat ziarah ke rumah teman2. Insyallah aku pasti ziarah.

Friday, August 21, 2009

Tanda Hati Dari Sahabat

Alhamdulillah, esuk semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa dan kita masih berpeluang menjalani ibadah ini sekali lagi...melakukan solat tarawih serta meningkatkan amalan2 yang dituntut di Bulan Ramadhan yang mulia ini..mudah2an semua amalan kita diterima Allah swt. Insyaallah.

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini idalara ingin merakamkan ribuan terimakasih seluas alam semesta kepada 3 orang sahabat blogger yang dengan murah hati telah menghadiahkan idalara tanda hati yang sangat cantik dan bermakna ini buat idalara. Maaf kerana baru saat ini idalara sempat merakamkan ucapan terimakasih atas penghargaan ini.



Tanda hati yang cute dari sahabat idalara bernama u-neey...sila lawati blog ini : www.u-neey.blogspot.com seorang ibu muda cun yang baru berusia 28 tahun, memiliki sepasang cahaya mata comel dan suami yang handsome..:) idalara baru sangat mengenali u-neey, jadi tidak banyak yang idalara tahu mengenai beliau..terimakasih u-neey kerana tanda hati yg cute ini..terimakasih kerana sudi menjadi sahabat kak ida muga2 persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir nanti.

Tanda hati yang cantik ini pula dihadiahkan oleh miss biru, seorang wanita anggun berasal dari Terengganu (idalara suka ke Terengganu!) baru juga mengenali biru..jika ingin mengenali biru silalah ke blog beliau www.bluevirgolady.blogspot.com, atau jika ingin lebih mengenali wanita manis yg masih single ini silalah baca entry yang dihasilkan oleh sahabat idalara anaklaut, ianya sangat terperinci dan lebih tepat. Biru yang idalara kenali ialah seorang yang pandai berpuisi..kata2nya penuh motivasi dan memberi kesan di hati idalara. Idalara sangat bebesar hati mengenali biru yang sudi menjadi sahabat idalara di alam maya ini..muga2 kita akan terus bersahabat dan idalara berharap biru atau siapa saja tidak memandang pangkat, darjat atau status untuk menjadi sahabat idalara..kerana idalara sedar..di sini ida hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai kedudukan dan pelajaran yang tinggi berbanding teman2 blogger lain yang rata2 terpelajar... terimakasih biru..kerana sudi menjadi sahabt idalara..muga satu masa nanti kita dapat bertemu.

Tanda hati yang melambangkan dua hati bercantum menjadi satu ini adalah pemberian dari sahabat idalara anaklaut, anaklaut adalah seorang sahabat yang paling kerap singgah di blog idalara dan paling rajin memberi ulasan. Berasal dari Kelantan tetapi mencurah baktinya di sebuah sekolah di Seremban. Seorang guru yang tabah menghadapi berbagai dugaan dan rintangan, pernah dilempar dengan surat layang dan fitnah, namun tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menaikkan taraf pendidikan anak2 didiknya di samping sedang berusaha memperbaiki taraf hidupnya dengan menyambung pelajarannya di sebuah universiti, baru2 ini anaklaut telah menerima anugerah dekan kerana keputusan yang sangat cemerlang dan mendapat tempat pertama di antara beratus student. Hebat! itu yg mampu idalara katakan kerana disamping mengajar dan belajar anaklaut juga akitf berblogging..sangat pandai berpuisi dan kerap menghasilkan kisah2 sejarah tanahair..masih sempat menziarahi blog teman2 dan memberi ulasan walaupun terlalu sibuk dengan berbagai aktiviti. Jika ingin mengenali beliau silalah ke blog beliau www.anaklaut.blogspot.com. Terimakasih kepada anaklaut kerana sudi memberi idalara tandahati yg sangat bermakna ini dan terimakasih kerana sudi menjadi sahabat idalara di alam maya ini. Muga anaklaut akan temui seseorang yang berjaya membahagiakan dia dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Kepada ke tiga2 sahabat idalara ini, idalara ucapkan jutaan terimakasih kerana pemberian yang sangat bermakna ini. Kepada semua sahabat2 yang sudi singgah di sini dan memberi pandangan serta kata2 semangat kepada idalara, idalara ucapkan jutaan terimakasih..hanya Allah saja yang membalas segala keikhlasan kamu.
Muga2 persahabatan kita di alam maya ini tetap berkekalan walaupun mungkin kita tak berpeluang bertemu di dunia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...