Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, August 21, 2009

Tanda Hati Dari Sahabat

Alhamdulillah, esuk semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa dan kita masih berpeluang menjalani ibadah ini sekali lagi...melakukan solat tarawih serta meningkatkan amalan2 yang dituntut di Bulan Ramadhan yang mulia ini..mudah2an semua amalan kita diterima Allah swt. Insyaallah.

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini idalara ingin merakamkan ribuan terimakasih seluas alam semesta kepada 3 orang sahabat blogger yang dengan murah hati telah menghadiahkan idalara tanda hati yang sangat cantik dan bermakna ini buat idalara. Maaf kerana baru saat ini idalara sempat merakamkan ucapan terimakasih atas penghargaan ini.



Tanda hati yang cute dari sahabat idalara bernama u-neey...sila lawati blog ini : www.u-neey.blogspot.com seorang ibu muda cun yang baru berusia 28 tahun, memiliki sepasang cahaya mata comel dan suami yang handsome..:) idalara baru sangat mengenali u-neey, jadi tidak banyak yang idalara tahu mengenai beliau..terimakasih u-neey kerana tanda hati yg cute ini..terimakasih kerana sudi menjadi sahabat kak ida muga2 persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir nanti.

Tanda hati yang cantik ini pula dihadiahkan oleh miss biru, seorang wanita anggun berasal dari Terengganu (idalara suka ke Terengganu!) baru juga mengenali biru..jika ingin mengenali biru silalah ke blog beliau www.bluevirgolady.blogspot.com, atau jika ingin lebih mengenali wanita manis yg masih single ini silalah baca entry yang dihasilkan oleh sahabat idalara anaklaut, ianya sangat terperinci dan lebih tepat. Biru yang idalara kenali ialah seorang yang pandai berpuisi..kata2nya penuh motivasi dan memberi kesan di hati idalara. Idalara sangat bebesar hati mengenali biru yang sudi menjadi sahabat idalara di alam maya ini..muga2 kita akan terus bersahabat dan idalara berharap biru atau siapa saja tidak memandang pangkat, darjat atau status untuk menjadi sahabat idalara..kerana idalara sedar..di sini ida hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai kedudukan dan pelajaran yang tinggi berbanding teman2 blogger lain yang rata2 terpelajar... terimakasih biru..kerana sudi menjadi sahabt idalara..muga satu masa nanti kita dapat bertemu.

Tanda hati yang melambangkan dua hati bercantum menjadi satu ini adalah pemberian dari sahabat idalara anaklaut, anaklaut adalah seorang sahabat yang paling kerap singgah di blog idalara dan paling rajin memberi ulasan. Berasal dari Kelantan tetapi mencurah baktinya di sebuah sekolah di Seremban. Seorang guru yang tabah menghadapi berbagai dugaan dan rintangan, pernah dilempar dengan surat layang dan fitnah, namun tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menaikkan taraf pendidikan anak2 didiknya di samping sedang berusaha memperbaiki taraf hidupnya dengan menyambung pelajarannya di sebuah universiti, baru2 ini anaklaut telah menerima anugerah dekan kerana keputusan yang sangat cemerlang dan mendapat tempat pertama di antara beratus student. Hebat! itu yg mampu idalara katakan kerana disamping mengajar dan belajar anaklaut juga akitf berblogging..sangat pandai berpuisi dan kerap menghasilkan kisah2 sejarah tanahair..masih sempat menziarahi blog teman2 dan memberi ulasan walaupun terlalu sibuk dengan berbagai aktiviti. Jika ingin mengenali beliau silalah ke blog beliau www.anaklaut.blogspot.com. Terimakasih kepada anaklaut kerana sudi memberi idalara tandahati yg sangat bermakna ini dan terimakasih kerana sudi menjadi sahabat idalara di alam maya ini. Muga anaklaut akan temui seseorang yang berjaya membahagiakan dia dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Kepada ke tiga2 sahabat idalara ini, idalara ucapkan jutaan terimakasih kerana pemberian yang sangat bermakna ini. Kepada semua sahabat2 yang sudi singgah di sini dan memberi pandangan serta kata2 semangat kepada idalara, idalara ucapkan jutaan terimakasih..hanya Allah saja yang membalas segala keikhlasan kamu.
Muga2 persahabatan kita di alam maya ini tetap berkekalan walaupun mungkin kita tak berpeluang bertemu di dunia ini.

16 comments:

anaklaut said...

salam...idalara,

wah..dah ada entri untuk anaklaut..sangat terharunya..

pujian yang sangat tinggi tu..tak layak rasanya mendapat pujian tu.

apapun terima kasih idalara.

Fia Batrisya said...

salam kak ida yang di ingati selalu..

pertama sekali.. fia ingin minta maaf.. lame fia x bg ulasan ..

tp fia selalu jenguk blog akak..

cume setiap kali nak anta komen n chat asyik failed je..

ntah kenape... harap akak tak kecik ati k!~

maybe server inet fia prob..

di kesempatan nie..

fia ucapkan selamat berpuasa akak...:))

semoga akak terus jadi seorang ibu yang tabah..

fia doakan akak bahagia bersama-sama anak2..

~fia~:))
harap2 boleh post.. mintak2 la server nie ok!~ puhhhhh..

Idalara said...

salam AL
siapapun pasti akan kata al mng layak terima..bukan pujian tp kebenaran..
idalara mng tk pandai berkata2, hnya ini saja yg mampu idalara suarakan..tntg sahabat yg idalara kenali..AL,

Idalara said...

salam fia..
tk mengapa..sbnrnya kak ida pun sama..jrg sgt ke rumah fia..server tenet kak ida pun kerap prblm..
pa2pun thanks sbb kerap singgah kat sini..
buat fia juga selamat berpuasa,
thanks atas kata2 fia tu..

NuR said...

akak..
amik kad kat blog nur ye
slmt berpuasa kak ida..

arnamee said...

Salam ramadhan akak.
oh ya di log anem ade tnde hati untuk akak:)

mamai said...

sahabat dulu kini dan selamanya di hati tempat mengadu diri

Idalara said...

salam Nur
wah..kak ida ingatkan untuk kak ida tkde,,ada juga rupanya..nnti kak ida amik ye,,thnks

Idalara said...

salam Ramahdan anem..
harini kka ida berbuak sorg2.anak2 kt kg,thanks..nnti kka ida singgah ambil ye,

Idalara said...

salam mamai
ye sahabat tetap di hati walaupun tiada hadiah diberi sahabat tetap sahabat,

Cik Skaf said...

salam kak Ida. Sekali lagi Selamat Berpuasa, Selamat menjalani solat terawikh dan lain2 ibadah sempena Ramadhan ini. Moga kesihatan kak Ida, keluarga dan kita semua terjaga.

Idalara said...

salam cik skaf
selamat berpuasa juga buat cikskaf.
itulah harapan kak ida..bila kesihatan terjaga puasa pun dapat dilakukan dengan sempurna.

birU said...

salam idalara...

eeeeeeeeee malu kita taw
kita pun bukan saper2 pun, sama cam idalara gak. ekekkekek
biru lagi kesian tau, ekekkek
duk sorang2 jerk huwaaa...

idalara,
membaca tulisan2 mu membuat biru terfikir,
kalau biru rasa diri ini malang
ada lagi org yg malang,
kalau biru rasa biru sedih,
ada juga org lain yg sedih..
kalau biru rasa biru ni tak ada sesapa,
ada lagi org lain pun tak punya sapa2...

so,
tulisan2 idalara banyak juga menyentuh jiwa..
tentang sebuah kehidupan yg nyata..
tentang hakikat hidup kita..
tentang hebatnya seorang yg bernama wanita..
walau tanpa sesapa,
mampu terus gagah
menempuh dunia yg semakin bergelora, makin hilang jiwa..
namun wanita seperti kita..
terus tabah hadapi semua..
asam garam bernama manusia..

idalara,
maceh, buat n3 pasal biru. biru biasa2 aja. hanya ingin luahkan sedikit rasa dan lara, ekekkek

semoga idalara dan anak2 terus bahagia okay
=)

birU said...

hmmmm
rsa2nya biru ada komen lebar panjang kat n3 ni, tapi nan ado.. or ada yg sensitif erk ?
heheheh sori kalu komen biru terlalu personal. tapi rasanya hanya ucapan terima kasih dan.. apa erk. dah lupa. ekekek

tapi mmg benar biru komen panjang lebar tahu, huwaaaa

Idalara said...

salam biru syg...
ida heran gak nape biru tk bg apa2 komen kt entri ida pasal hadiah biru..eh rupanya ada..terharu dan meleleh airmata pg2 ni bc komen biru..
thanks biru menjadi sahabat ida..ida juga insan yg serba kekurangan,,tiada sedikitpun kelebihan..
mungkin ada kesilapan teknik so komen biru tk keluar..tp alhamdulillah..dah keluar pun.

u-neey said...

salam ramadhan kak ida.
byk pulak akak puji saya, malu la..
semoga kita dpt jd sahabat sampai bila2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...