Entah mengapa hati terpanggil nak buat entry ini..sekadar nak berkongsi dgn teman2 semua.Bukan meraih simpati maupun minta belas ikhsan.. Biarpun aku tak pernah kesal dengan apa yang terjadi namun kenangan tetap kenangan..18 tahun perkongsian hidup yang dibina bersama musnah kerana duit..sbnrnya wang bukan jadi punca jika kita tak jadi hamba duit....bila duit menguasai kita segalanya akan jd huru hara dan musnah...ada duit bnyak susah takde duit lagi susah..
Bila duit bnyak dalam tangan mulalah nk mencuba perkara yang tk pernah dilakukan dulu..spt..ke kelab..perempuan..arak dan yang paling dahsat..dadah..itulah punca segalanya..so..ingatlah teman2..jgn hancurkan kebahagiaan hnya kerana terlipa dan terleka dgn kuasa duit.
Gambar kenangan Tahun 1987 sewaktu persandingan di rumahku..segalanya kini tinggal kenangan yang masih tersimpan dalam sanubari.
Gambar di ambil Tahun 1996 semasa anak dua..Hari Raya..masih terbayang kenangan sewaktu bersama.
"Kebahagiaan tidak boleh dibina hnya dari sebelah pihak..keduanya harus ambil peranan"
10 comments:
sabarlah teman.. semua itu sudah ketentuan, siapalah kita untuk melawan takdir yang sudah tertulis.. sudah jodoh hanya setakat itu, redha dan sabar je lah... tapi kan, cantik nye masa muda-mudi dulu.. ekekekeke
sbb sabar dan tabah lah maka kehidupan ini tetap berwarna warni...
perli le tu..sbb kalau gelak mcmtu perli namanya..hehehe.
Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..InsyaAllah boleh jadi pengajaran pada yang lain..
Gitulah yg ida harapkan Tirana...yang eluk ambil jd panduan yg buruk jdkan iktibar..muga teman2 semua bahagia dunia akhirat.
Sesungguhnya akak seorang insan yg tabah.... Moga hari akan dtg akan lebih menceriakan hidup akak...
bersabarlah auntie ye.....masih ada teman2 yang sudi berkongsi kegembiraan bersama auntie....
tuhan sentiasa menguji hambanya tuk melihat kekuatan imannya
Salam Ida...
Jika perpisahan merupakan satu kepahitan anggaplah ia ketentuan ilahi yang tiada sesiapapun dapat mengelaknya. Berikhtiarlah dan berdoalah agar kita dapat terus berusaha untuk mengubah kepahitan itu agar ia tidak berterusan menghantui kehidupan kita. Lakukan sesuatu usaha bagi mengubah kepahitan itu kepada satu kejayaan yang pastinya manis untuk dikecapi. Jadikan kepahitan itu satu penggerak untuk mencipta kemanisan didalam kehidupan.
Mekasih ei_da..insyaallah akak akan lebih tabah.
yup..betul tu ieyra...kita sentiasa diuji..
Mezain..saya tahu awak pun sama sprti saya..bezanya awk lelaki dan sy pmpuan..terimakasih atas ingatan dan pesanan awak tu..insyaallah saya akan ingat pesanan awak.
Salam Ida. Terharu saya mendengar kisah duka ida. Harap Ida terus tabah. Tiap kesusahan pasti ada kesenangan. Itu janji Allah. Yang pasti hidup perlu diteruskan.
Salam kakyong..terimakasih sudi singgah..insyaallah muda2an begitulh hendaknya.
Post a Comment