Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, February 07, 2009

Rendang Ayam Cili Padi

Petang semalam idalara kata nk masak rendang ayam cili padi..rasa hati terpanggil nk buat tu sbb dua hari yg lepas idalara ada beli rendang ayam..bila makan..nk kata rendang bukan ,nak kata ayam masak merah pun bukan..geramnya....ada teman idalara bengang sbb idalara ni asyik bagi resepi nk bg bdn tmbh besar..bukan nak bg tmbh kurus..hehehe...nasiblah...dah idalara mng suka masak..dan suka tguk kwn2 puji masakan idalara..so..pg tadi idalara mulalah kuarkan semua bahan2..ala..bukan susah sgt pun..campak2 je dalam kuali setengah jam siap utk dihidang..mula2 bersihkan..

ayam 1 ekor.

Bahan2nya A
1. cili padi 50 sen atau ikut rasa
2. cili kering siap dikisar 4 sudu makan
3. bawang besar 4 labu - bersihkan belah 4
4. bawang putih 10 ulas
5. halia 1/2 inci
6. kunyit hidup 1/4 inci
7. lengkuas 1/4 inci
(kisar bahan A)
8. serai 3 btg - ketuk sikit
9. kerisik 5 sudu makan
10. santan RM2.00
11. daun kunyit - mayang sederhana
12. daun limau purut - mayang halus
13. garam dan gula ikut rasa
14. munyak masak

Cara-cara :

tumis bahan kisar, kacau hingga sebati masukkan serai dan ayam.
kacau hingga ayam sebati dgn bahan tadi..masuk garam ikut rasa.
bila air ayam dah agak kering masukkan santan..biar api sederhana hingga santan pekat.masukkan kerisik dan kacau rata..masuk gula ikut rasa..(biasanya 3 sudu makan)
kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut..siap untuk dihidang dgn nasi himpit atai ketupat.

Dalam kuali - sebelum masuk santan.

Siap dah rendang ayam cili padi..

Siap untuk di makan dengan nasi himpit..inilah hidangan idalara anak beranak pagi hingga petang ni..hehehe.. SELAMAT MENCUBA.


'jika memasak dari hati yang ikhlas..yg tak sedap pun jadi sedap'

5 comments:

a i r a said...

wah... macam hari raya la plak.. rasanya. huhu

Idalara said...

sesekali nak rasa mcm raya aira...meriah gitu..jom try cuba test aira..

intan shaheera@ieyra said...

bestnya kalu dapat rasa....dapat bau aromanya pun jadilah....
hehehe

Tirana said...

Uishhhh..sedapnya rendang ayam..mesti pedas sebab guna cili padi tapi itu yang membuatkan lagi terangkat..hehehe.. Nanti saya salin resepi. Terimakasih Ida kerana berkongsi..

Idalara said...

insyaallah kalu ieya dtg umah auntie mst auntie buatkan.

Same2 tirana...tak salah kan kingsi2 resepi..ida tahu tirana mst pandai masak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...