Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, February 26, 2009

Aiman Zarif

Alhamdulillah...3 org cahayamata telah melengkapkan aku sebagai seorg ibu..selama 18 tahun aku sempat bergelar seorang isteri yang sangat taat pada suami dan menjaga maruah suamiku..tapi jodoh mng ditentukan Allah dan perpisahan tiada siapapun yg pinta..walaupun telah sedaya upaya menjaga perkongsian hidup itu..namun Allah lebih mengetahui..namun aku redha dan pasrah..kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya..aku kini lebih tenang dan bahagia..dengan anak2 yg semakin meningkat dewasa..aku kini lebih bebas tapi menjaga batasan2 sebagai seorg ibutunggal..

Inilah Aiman Zarif..berusia 13 tahun pada 19 Febuari baru2 ini,lahir di Hospital Besar Melaka pada Tahun Baru Cina dan malam Takbir Aidil Fitri bergema....anak kedua dalam tiga beradik..seorg anak yang sangat taat..sangat baik sejak dari lahir lagi..tak banyak kerenah,tak tahu meminta2,menerima apa saja yang diberi..sudah mula berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun lagi......sejak dari berusia 9 tahun lagi sudah ku letakkan tanggungjawab menjaga adinya Abdullah Zaki..Aiman terlalu mengambil berat tntng adiknya Abdullah Zaki..sanggup tak makan kerana adiknya..sanggup bersusahpayah demi adiknya.
Aku mng bangga dgn anakku yang kedua ini...selain tak pernah menyusahkan aku ibunya dia cukup mendengar kata dan tak pernah membantah kata2 ku ibunya..pelajaran di sekolah pun Alhamdulillah..walaupun tanpa tuisyen dia berjaya juga mendapat A dalam UPSR..
Inilah bakat yang ada pada Aiman Zarif...melukis..beliau sangat berbakat dalam lukisan..inilah antara lukisan2 yang dilukis oleh Aiman..mungkin lukisan aiman tak sehebat mana tapi aku tetap merasa anakku ini sangat betbakat dan perlu digilap kebolehannya.
hebat tak...tapi aiman tak buat mcmni bila naik basikal.


Entah apalah dalam fikirannya bila melukis gambar ini.

Minat menonton kartun kat canel Astro...inilah hasilnya..

Begitu juga ini...ilham dari komik The Law Of Ueki..

Gambar yang ini dilukis oleh adiknya Abdullah Zaki...adiknya juga berbakat seprti abangnya...abgnya cuma membantu..

Ilham dari komik K.O. King..aku rasa lukisan ini sangat menjadi..inilah kebolehan anak keduaku Aiman Zarif..aku berdoa muga2 satu hari nanti Aiman menjadi anak yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat..
"Aiman Tak Kisah...."



11 comments:

Kamezaim said...

muka sebijik mcm mak dia.. haha

Zamz said...

bertuah dpt anak camni ek..

Unknown said...

amboih.. pandai sungguh anak akak
melukis. lepas ni boleh join ngan
aku ar... kekeke

*kalau akak nak taw. gambar about
me yang ada pada main side bar aku
tuh, adalah hasil lukisan aku sendiri

tapi biase ar.. dah lame tak melukis
bile sekali sekale pengang pen
lukisan... macam cakar kambing pon
ade hahaha~

hysman said...

salam kak,
baik anak akak tu ye..hehee..
beruntung dorang dpt ibu yg prihatin..muka pon sejibik dgn maknya..hahaa..

n3 akak ni ada certain part buat saya tersentuh la kak..
pengorbanan sorang ibu..
walau mcmanepon anak conteng arang pd ibunya,kasih tetap tak berbelah bagi pd si dia..
kdg2 bab2 mcm ni buat ati saya sayu je..
tp kak,in ur opinion,salahkah sorang lelaki tu mengalirkn airmata kerana agama dan ibubapanya??
hmm..

Tirana said...

Ida..memang Aiman berbakat. Kalau diberi peluang, insyaAllah boleh jadi pelukis terkenal

Tahniah pada Ida kerana berjaya mendidik anak menjadi sebaik Aiman. Mudah-mudahan satu hari nanti Aiman akan menjadi seorang insan yang bertanggungjawab

Eiba said...

Kak...pandai nya dia tulis karektor kartun tu...tinggi imaginasi dia..Didiklah dia untuk jadik yang terbaik yaaa....

@e_da said...

Wah aiman mmg berbakat la kak ida... bukan calang2 leh lukis tu... moga bakat aiman terus berkembang yerr...

intan shaheera@ieyra said...

setiap insan diberi keistimewaan tersendiri.....itulah yang berlaku pada aiman,,,diberi bakat dalam bidang melukis........

Idalara said...

kame..betulke ikut rupa ida...tp kalau tguk real ramai kata ikut rupa abahnya..
Alhamdulillah Zamz...mudah2an dia jadi anak yg soleh.
Man..akak harap pun mcmtu..skrg ni dia tgh buat komik 'cicak man'..akak pun mcm tak sangka dia yg buat.
hysman..alhamdulillah..anak harapan akak..bagi akak mng sepatutnya seorg anak lelaki mengalirkan airmata kerana ibubapa dan agamanya..dan akaka akan buat satu entri yg akan menyentuh soal anak yg menconting arang kat muka ibunya tp ibu tetap ibu..menerima anaknya seadanya..
Tirana..terimakasih..insyaallah dgn doa ibu dan teman2.
insyaallah eiba...aiman dan adiknya yg akak harapkan sekarang.
ia..eida..akak dah nampak bakat aiman sejak kecil lagi...
betul ieyra...tiap org dilahirkan berbakat..ieyra pun mst ada bakat tersendiri..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

kadang2 hidup atas jalan sendiri lebih tenang.
semakin menguatkan seseorang bila rasa kehilangan.

kagum sungguh dengan akak.
dan sememangnya seorang perempuan yng bernama ibu mampu terus hidup demi anak2.
tak mewah harta tak ape,yang penting kasih syang.

sungguh.kagum dengan akak.anak2.
semoga hidup akak sekeluarga makin bahagia ye.amin.

jgn lupa kem salam adik aiman ye!
:)

Idalara said...

thanks secret...alhamdulillah akak rasa bertuah dan bangga ada ank macm aiman..bukan pandai melukis je..aiman pun dah mula pandai masak...setakad masak nasi, goreng telor dan buat sambal tumis dah boleh dah..
betul secret...hidup dgn anak2 lbh membahagiakan..insyaallah akak akan temuai kebahagiaan sebenar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...