Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, March 01, 2009

Menu Sekeluarga Hujung Minggu

Dua hari tak jenguk blog...sesuatu berlaku pada pc...jadi bg dia rehat sehari dua..seharian (28 Feb) melepak je kat rumah..sesudah subuh lagi aku dah mula fikir nak buat breakfast apa untuk anak2..teringat pulak pesanan anak bungsu mlm sblmnya.."ibu..nnti lepas ibu solat subuh,ibu buat cekodok udang eh..pastu ibu tidorlah balik.." hehehe..anak aku tahu ibunya kalau hari cuti suka bermalas2..kdg2 breakfastf pun dah menjelang matahari naik..tp 28 Feb itu ibu diaorg rajin sgt..ni lah hasilnya...cucur udang dan nasi goreng anika rasa(tidak disertakan resepi)

Cucur Udang - biasanya anak2 tak gemar makan kentang dan karot..so aku dapat idea mcmne nak bagi diaorg makan kentang dan karot. inilah resepi pg sabtu idalara.

Cucur Udang Anika Rasa

Tepung gandum 400gm
Udang di buang kulit - di racik2
dua biji kentang - dipotong dadu kecil
sebatang karot - juga dipotong dadu
garam secukup rasa + dengan semangkuk air
telor ayam sebiji

Cara2nya...

campur semua bahan dalam satu mangkuk..bancuh dengan air dan kacau sehingga sebati dan agak lembut..panaskan minyak dan gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.
Sesuai dimakan dgn sos cili..berkhasiat untuk anak..sesuai dihidang tak kira pagi atau petang.

Siap sediakan sarapan pagi..biasanya aku terus siapkan bahan2 untuk makan tengahari....teringin nak makan tom yam..agak lama tak masak tom yam..so inilah hasilnya..

Tom Yam Campur

1/4 bahagian ayam - dipotong kecil
300gm udang basah- dibuang kulit
4 ekor sotong - dipotong 4
serai - 5 batang diketuk sikit
20 biji cili padi - diketuk sedikit
daun limau perut - 5 helai
limau nipis - 2 - 3 biji
sos tom yam adabi - ikut keperluan
3 ulas bawang putih ditumbuk
bunga kobis
carrot
buah tomato 2 biji dibelah 4.
(pastikan semua bahan telah dibasuh bersih dan diselawat)

Cara2nya:

Tumis bawang putih..bila agak kekuningan masuk sedikit air.
masukan serai,daun limau..tambah air dan masuk carrot dan ayam.
Masukan cili padi dan perisa tom yam..biar mendidih hingga carrot dan ayam empuk.
Masukan udang,sotong,kobis bunga dan perahkan air limau nipis.
Akhir sekali masukkan buah tomato yang dibelah 4. Jangan lupa garam mengikut rasa.

Siap untuk dihidang dgn nasi panas.


Bagaimana? mudahkan...jika memasak dari hati pasti mudah dan sedap..

Selamat mencuba.


"Sesungguhnya air tangan ibu dari hati yang suci dan murni tidak akan dilupai sampai bila2 pun"

4 comments:

penjenayah.merah.jambu. said...

sedapppppppppnye!!
da lme taw tak mkn tom yam..
nyummmm!

smelah dgn ibu secret,sarapan mmg trus msuk tengah hari..hahaha
tp sebut jela nk mkn ape,mmg die usahakan..
ibu pun suke letak syur suh anak2 die mkn,lau tauge,mmg sye tolak tepi awal2,carik satu2 sampailah melonggok tauge tu kat tepi pinggan,pastu kne marah..hahahaha..
taktik ye nk suruh anak2 mkn syur?
hikhik..

seronok mkn air tangan ibu,mende tak sedap pun jadik sedap..sebb org kte die msk dgn kash syg..

slmt menjamu selera eah kak!!

Idalara said...

hahah..gelak bc komen secret..mng pun anak2 ni susah nk makan sayur...ingtkan anak akak je..rupanya secret pun sama..
mng...ibu akan usahakan apa yg anak2 mahukan tp bolehkah kita sebagai anak menbahagiakan hati seorg ibu?..
tetiba je akak rasa rindu sgt kat mak kat kg..

hysMan.. said...

salam kak ida,

leleh wa cakap luu..
hehe..sodap kak..
nakkkkkk!!!!!

hahaa..:p

Idalara said...

hehehe..hysman...nnti dtg rumah akak boleh akak masakkan..tp dtg ramai2..kalau sorg2..kuar lak entri..kak idalara bawa lelaki masuk rumah..hahahaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...