Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, October 17, 2009

Aku Semakin Slim?Mcmmana nk tmbah berat badan?


Sejak kebelakangan ni memang aku akui tubuh badanku yang ramping dan slim ni bertambah slim lagi. Aku gunakan perkataan slim sebab aku rasa sedap sikit halwa telingaku mendengar perkataan itu berbanding perkataan kurus!!.

Rasanya sejak sebelum bulan puasa lagi aku sudah mula mengalami penurunan berat badan, terlalu banyak masalah yg menimpa, terlalu penat bekerja....dan sudah menjadi kebiasaan bila aku menghadapi apa2 masalah aku kurang berselera makan. Berat badan pula mudah sangat turun bila aku kurang makan.

Kalau orang lain. selepas raya ni badan bagai dipam2 tapi aku masih juga mcmtu..berapa berat badanku? hendak mencapai 45kg pun sangat susah!!. Bukan tak berusaha untuk menambah berat badan...macam2 aku telan...susu kambing, susu alpha lipit, nu-age...telor ayam separuh masak...dan beberapa jenis pil2 vitamin, namun masih tiada peningkatan...

Mungkin juga kerana aku tidak mengikut jadual makan yang tepat dan mengambil makanan dalam jumlah kuantiti yang sedikit menyebabkan berat badanku sukar bertambah...namun alhamdulillah walaupun aku slim begini aku tidak mengalami apa2 penyakit...cuma aku teringin sangat nak 'berat' sikit..ramai yang kata kalau aku berisi sikit tentu aku nampak lebih ok..apa caranya ye...yang heran tu ada waktunya banyak juga 'benda' yang masuk ke dalam perutku, namun aku masih tetap begini.

Bila balik kampung raya lepas ramai yang menegur aku semakin slim...bertemu teman2 lama semasa open house Agrobank baru ni pun ada yang kata aku semakin slim...tapi kadang tu rasa ngeri juga bila tenguk ada rakan2 yang dah jadi xxxl..aku tak mahulah sampai begitu..48kg dah memadai..sesuai dengan ketinggianku...tapi bagaimana caranya.

Jadi di sini aku meminta jasa baik sahabat2 semua, andai ada sesiapa yang mempunyai tips2 atau produk2 makanan2 tambahan untuk menambah berat badan, silalah maklumkan kepada aku..manalah tahu ada diantara tips atau produk tersebut berkesan buat aku.


p/s Idalara mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua sahabat2 yang sudi berkunjung dan memberi komen2 yang menyentuh rasa. Idalara memohon maaf kerana masih belum sempat menjawab komen2 sahabat semua di entri 'dia pergi jua'. Terimakasih atas ucapan takziah dan Al Fatihah dari kamu semua, hanya Allah jua yang membalasnya. Insyaallah idalara akan menjawab semua komen secepat mungkin.

Monday, October 12, 2009

Kau Pergi Jua...Innalillah...Al Fatihah.

Al Fatihah buat abah kepada anak2ku.
Kira2 pukul 10 pagi mama anak2ku menelefon dengan tangisan, memberitahu suaminya iaitu abah kepada anak2ku sedang nazak..

Agak terkedu bila mendengar berita itu..otak mula ligat berfikir macamne nak balik ke Melaka pagi ini juga...orang pertama yang bermain dimindaku ialah sahabatku Mimiey...Alhamdulillah Mimiey tidak mempunyai apa2 urusan hariini...dan bersetuju menghantarku ke Melaka.

Aku terus menutup semula pc yang baru dibuka, settle apa yang patut..mengambil Abdullah Zaki di sekolah dan kira2 pukul 12 tengahari baru dapat gerak ke Melaka.

Dalam perjalanan ke Melaka sekali lagi aku dikejutkan dengan berita yang dia telah kembali ke rahmatullah kira2 pukul 12.00 tengahari tadi.
Mendengar esakan wf arwah... airmataku tumpah juga..aku tk tahu apakah perasaan ini..memang sedih( sukar nak digambarkan)..memikirkan anak-anak sudah tidak berayah lagi..anak2 sudah mendapat title anak yatim. 4 orang anak2 dan satu lagi yang di dalam rahim wf arwah sudah tidak berayah...anak-anak? hanya memandang kosong ke wajahku bila berita itu aku khabarkan pada mereka...sedih? pilu?...tiada gambaran jelas diwajah mereka.

Kira2 pukul 2ptg aku sampai di rumah arwah ibu mertuaku..rumah lama di mana arwah dilahir dan dibesarkan...arwah meninggal di rumahnya di Rumah Pangsa Pokok Mangga..jenazah dibawa dari rumahnya ke rumah lama di Tanjung Kling..oleh kerana kelewatan van jenazah sampai maka jenazah lewat dihantar ke rumah di Tanjung Kling.

Sewaktu kami sampai jenazah masih belum tiba..itu memberi kesempatan anak2 menatap wajah abah mereka buat kali terakhir sebelum disemadikan...semua urusan perkebumian selesai pada pukul 6 ptg..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua teman2 yang mendoakan kesejahteraan arwah dan teman2 yang sentiasa memberi sokongan moral kepada aku. Terimakasih kepada jiran2 lama di Taman Kota Cheras terutamanya Yazid(yang sgt rapat denga arwah), Azizan, Yus, Ramli, Sham, Ani dan suami, abg Nasir dan ramai lagi yang aku sudah hampir lupa..yang pernah bersahabat dengan arwah semasa menetap di Taman Kota Cheras dulu....ampunkan apa saja kesilapan arwah, dan halalkan apa saja yang termakan dan terminum....terimakasih yg tak terhingga kepada Ramli dan Normah serta anak2 yang sudi datang dari Semenyih menziarahi arwah...terimakasih..walaupun terpisah jauh ikatan persahabatan masih berkekalan.

Sama2lah kita doakan muga arwah ditempatkan di sisi insan2 yang beriman dan diterima Allah segala amalannya. Insyaallah..ALFATIHAH.

p/s anak2ku...ibu tak tahu apa yang kamu fikirkan..namun ibu faham naluri hatimu..

Saturday, October 10, 2009

Kebakaran Lagi!!

pasukan bomba yang cekap menjalankan tugas

Beberapa hari yang lepas, kecoh lagi bila sebuah pasaraya yang baru beroperasi berhampiran pejabatku@rumah kediamanku mengalami lintar pintas yang mengakibatkan berlakunya kebakaran..aku dan seorang kakak cuci pejabat antara yang terawal menyedari kejadian itu.

Apa yang lebih membimbangkan awal pagi itu anak2 yang belajar di sebuah taska swasta di tingkat atas pasaraya itu telah berada di kelas mereka...seorang pekerja taska itu yang mula menyedarai asap keluar dari pasaraya tersebut menjerit2 kebingungan. Kebetulan aku dan kakak cuci pejabat sedang bersembang di pintu rumahku berselang 2 pintu dari pasaraya yang terbakar itu, terkejut mendengar jeritan seseorang.

Kami segera ke tempat kejadian dan mengarahkan anak2 taska itu turun dengan segera, aku segera menghubungi 999, panggilanku disambungkan kepada pihak bomba..aku adalah orang yang entah keberapa membuat panggilan tersebut. Kesan dari trauma dengan kejadian kebakaran beberapa bulan yang lepas berulang kembali. Mujurlah pihak bomba segera datang, dua buah pasukan bomba datang dengan kelengkapan mereka...dan dengan cekap menjalankan tugas mereka.

Alhamdulillah kebakaran tersebut dapat dihentikan segera sebelum merebak..mujurlah tidak banyak kerosakan berlaku di dalam pasaraya tersebut...jika tidak tentulah pemilik pasaraya itu mengalami kerugian besar kerana pasaraya tersebut baru beroperasi selepas hari raya baru2 ini..

Menurut kata pemilik pasaraya tersebut, sejak semalam terdapat bau hangit di kotak fius utama bekalan elektrik di bahagian barang2 basah pasaraya tersebut...beliau bercadang mahu memanggil pihak TNB esuknya untuk membuat pemeriksaan, namun sebelum sempat pihak TNB dipanggil fius tersebut telah terbakar.

Perkara yang sama pernah berlaku di pejabatku dulu..mujurlah aku cepat bertindak dengan memanggil pihak TNB. Jika tindakan lambat diambil akan jadilah seperti di pasaraya itu...perkara sebegini jangan dianggap remeh dan jangan sekali2 ditangguh untuk dibuat pemeriksaan. Panggillah segera pihak TNB jika terdapat bau hangit di kotak fius elektrik rumah atai pejabat anda...dan jangan gunakan terlalu banyak sambungan (extension) untuk kegunaan di pejabat atau di rumah.

Aku berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi, walaupun kemalangan tidak berbau namun apa saja berkaitan elektrik pasti ada bau2nya.


p/s sepanjang hari ini aku hanya berlepak2 dan bermalas2 di rumah..anak2 dengan aktiviti mereka di luar..berhari raya dan bermain basikal..aduh..sepi dan sunyi rasanya tanpa sesiapa di ssamping....mana teman.... mana dia?

Thursday, October 08, 2009

Apa Pula Ku Rasa

Bila mendengar ceritaku tentang bekas suamiku dan isteri barunya, ramai teman2 menyatakan aku seorg yg baik dan tabah menghadapi situasi yang mungkin sukar bagi seseorang menghadapinya..sewaktu aku mengambil keputusan membawa anak2 menziarahinya aku telah tetapkan dalam hati..tujuanku hanya mahu mempertemukan anak2 dengan abah mereka...soal baik hati tidak timbul dalam situasi begini..walau bagaimana sakitpun hatiku aku terpaksa akur dengan keadaan...aku harus mengalah demi anak2.

Bagaimana menghadapi isteri baru bekas suamiku pula..rasanya tiada apa2 perasaan irihati atau marah pada dia kerana dia tiada kena mengena dengan perpisahan kami..dia bukan orang ke tiga yang meruntuhkan perkahwinan kami..jadi perlu apa aku menaruh rasa cemburu atau marah...malah aku rasa sangat bersimpati dengan dia kerana terpaksa menjaga kerenah suaminya yang semakin teruk dan hilang segala memorinya. Kesian dia... anaknya masih kecil dan perjalanan hidup mereka masih panjang lagi berbanding dengan anak2ku yang sudah besar. Kini terpaksa menjaga suami yang sakit begitu.

Sudah mejadi kebiasaan, setiap kali pencen bekas suamiku keluar akulah yang akan memberitahu bekas suamiku supaya dia dapat memasukkan nafkah anak-anak ke akaun ku..walaupun tak banyak cukuplah sekadar dapat menampung perbelanjaan persekolahan anak2...dan seperti biasa aku tetap memberitahu hal itu...kali ini bukan pada dia tetapi pada isterinya...memang pada mulanya rasa serba salah hendak memberitahu seolah2 aku meminta dia memasukkan nafkah anak2 pula...tanpa memikir keadaan suaminya. Sebenarnya bukan itu tujuanku..aku faham keadaannya jadi aku perlu memberitahu... tentu dia memerlukan wang untuk kegunaan sepanjang suaminya di hospital.

Memang isterinya juga seorang perempuan yang baik hati..dia berjanji akan memasukkan duit belanja anak2 secepat mungkin..rasa simpati dan tak sampai hati mahu menerima wang perbelanjaan anak2 dalam keadaan abah mereka sakit begitu, apa ku rasa jika aku berada di tempat dia..tentulah banyak wang diperlukan untuk mengubati penyakit suaminya..maka bulan ini dan mungkin bulan seterusnya aku terpaksa mengalah..nafkah anak2 kupulangkan kembali kepada isterinya..untuk anak2 insyaallah adalah rezeki untuk mereka..bukankah jika bersedekah walaupun sepuluh sen maka kita akan diberi lebih 10 kali ganda dari itu. Insyaallah.

Hari ini..berita yang aku terima dari isterinya dia bertambah teruk..jarum yang dicucuk oleh doktor, dicabut dan dia pernah bertindak mahu mencucuk jarum kelengannya..kesian dia..itu bahagian yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil..inikah hikmah yang Kau janjikan buatku..saat dia begitu bukan aku yang berada di sisinya..bukan aku yang rasa tercabar dengan kerenahnya...bukan aku yang akan diduga kesabaran ku...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tiap kejadian di muka bumiMU in Ya Rahman Ya Rahim.

Terimaksih kepada sahabat 2 yang sudi singgah dan memberi kata2 semangat dan doa buat bekas suamiku...muga dengan doa kalian dia akan kembali pulih seperti biasa.

Monday, October 05, 2009

Anak-anakku Apa Kau Rasa.....

Anak-anakku..
apa kau rasa saat melihat abahmu begitu..
abahmu tanpa rasa tanpa suara..
tanpa ingatan pada kisah2 semalam.
tanpa ingatan kamulah anak-anaknya.
kemana memori silam bersama kamu..
kemana kasih sayang senda gurau dulu..
kini hanya memandang sepi tanpa suara..
memandang wajah anak2 tanpa sepatah kata..
Anak-anakku..
sudah sirnakah rasa kasih dan ingatanmu pada lelaki itu
yang masih ada pertalian darah dengan mu
yang takkan terputus walau nyawa berpisah dari badan..
yang tiada siapapun boleh menafikan
sejak azali lagi kamulah zuriatnya..
Anak-anakku.
ibu tak pernah tahu apa yang melanda hatimu..
tapi ibu tahu kamu rindukan kasih sayang seorang abah..
kamu perlukan belaian dan tunjukajar seorang
lelaki bernama abah..sedangkan..
lelaki itu semakin jauh dari kamu..
dan kamu juga semakin kehilangan kasihsyang itu.

Dapatku rasakan debaran jantungku saat melangkah masuk ke dalam wad yang dihuni oleh bekas suamiku..bagaimana sikapku dan penerimaanku menghadapi lelaki yang pernah hidup bersamaku suatu masa dulu dan lelaki yang pernah membunuh rasa cintaku padanya suatu waktu dulu...bagaimana pulak perasaan anak2ku..tidak dapat aku selami kerana tiada apa2 gambaran di wajah mereka..sedih?hampa? rindu? gembira?..anak-anak..bila semakin jauh dan renggang semakin hilanglah segala rasa yang pernah dicurahkan kepada seorang lelaki bernama abah.

Masuk di wad aku disambut oleh isteri bekas sumaiku..orangnya biasa2 saja..agak ramah dan nampak begitu mengambil berat terhadap suaminya, alhamdulillah baguslah dia mendapat seorang isteri yang baik.....hinggakan dia seolah2 terlupa perempuan yang di hadapannya ini pernah berbelas tahun hidup di samping suaminya dulu.......pernah melahirkan 7 zuriatnya.... pernah susah senang bersama......aku cemburu? marah?...tidak sama sekali..bukan itu sikapku..rasa marah telah lama aku lontar jauh..rasa cemburu telah tiada kerana rasa kasih sudah bertahun sirna dari hatiku..malah melihat dia kini aku terlalu simpati..

Lelaki itu..abah kepada anak-anakku..tidak lagi petah berbicara seperti dulu..hanya memandang kosong wajah anak-anak..secara tiba2 bila memorinya hadir, dia melambai anak2 dan memeluk..ah..aku rasa terlalu janggal melihat dia memeluk dan mengucup ubun2 anak2...apa pula yang dirasa oleh anak2 saat abahnya memeluk dan mencium..hanya mereka yang tahu.

Strok yang menyerang bahagian kanan badannya telah pulih..sungguh dia memang kuat melawan penyakit. Aku berdoa muga dia pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa..dia masih ada tanggugjawab...anak-anakku dan anak dengan isteri barunya adalah amanah Allah kepadanya..

Ku tinggalkan wad dengan rasa yang berbagai..sedih dan pilu bercampur baur menjadi satu..sedih kerana lelaki yang pernah menghuni di sudut hatiku, lelaki yang tetap menjadi ayah pada anak2ku kini hidup bersama memori yang kosong...dan terlalu sukar menyuarakan sesuatu.

Ya Allah ku pohon atas nama dia sebagai ayah kepada anak2ku.. pulihkanlah dia...sembuhkanlah dia...izinkan dia meneruskan kehidupan sebagai manusia normal di bumi Mu Ya Aallah...amin ya Rabbal Alamin..

p/s apa saja rasa kecewa dan sakit hati yg tersimpan di hati segera sirna bila melihat keadaannya..itulah hati seorang wanita.

Friday, October 02, 2009

Berita Yang Ku Terima

Berita yang aku terima pagi tadi benar2 menyentap hatiku....rasa macam tak percaya bila anak perempuanku memberitahuku abah mereka iaitu lelaki yang pernah menjadi suamiku selama 18 tahun dulu di serang strok! sebelum ini aku diberitahu abah mereka demam dan ditahan di wad. Aku sangkakan hanya demam biasa atau H1N1. Kiranya ada penyakit lain yang aku tak pernah tahu.

Perasaan apakah yang hendak aku gambarkan bila mendengar berita itu....sedih? kesian?..walau apapun berlaku antara kami, dia pernah menjadi suamiku dulu, dia pernah beri aku kebahagiaan, dia masih tetap abah kepada anak2ku..walaupun sudah lebih 2 tahun anak2 tidak bertemu abah mereka. Aku tidak pernah menafikan itu..pertalian darah dia dgn anak2 tetap tidak terputus.

Bila ku suarakan apa yg aku rasa, seorg teman berkata...masih adakah rasa syg ..masih adakah rasa rindu.....TIDAK..sebenarnya rasa itu telah lama sirna..sebelum lafaz itu keluar dari mulut lelaki itu lagi.....rasa yang hadir ini hanyalah rasa simpati kerana dia abah kepada anak2ku..

Aku berdendam dan masih marah? tidak juga..bagiku tiada guna berdendam..dia telah lama aku maafkan..dan aku bukanlah manusia yang kejam hinggakan tidak dapat memaafkan...

Awal pagi esuk aku akan berangkat ke Melaka..membawa anak2 bertemu abah mereka..walau apapun berlaku mereka akan aku temukan dengan abh mereka. Mungkin dengan melihat anak2nya penyakit dia akan berkurangan...mungkin dengan doa anak2 penderitaan abah mereka akan berakhir.

Doakan perjalanan ku esuk, doakan aku dan anak2 selamat menuju distinasi..
Aku doakan muga dia akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Thursday, October 01, 2009

Pertemuan dua hati di Aidil Fitri.....

sahabatku Salmi wahidin yang telah 20 tahun tak aku temui....

Sejak
satu Syawal lagi aku asik terasa ingin mencari seseorang yang telah lebih 20 tahun tidak aku temui..namun mana mungkin aku mencarinya tanpa alamat tanpa no telefon..dan tanpa kenderaan untuk menghantarku ke tempat tujuan. Hanya yang ada dalam ingatanku dia tinggal di Felda Kemendor, Jasin Melaka...

Keinginan hanya tinggal keinginan bila aku kembali ke BBST pada 3 hari raya baru2 ini. Hasrat tak kesampaian..hampa tapi apakan daya...tiada kenderaan adalah punca utama mematahkan langkahku.. Pada sabtu 7 Syawal, bersama sahabatku M aku pulang ke Melaka untuk mengambil anak2 yang masih beraya di kampung.

Tanpa perancangan aku mengusulkan pada sahabatku agar mencari seseorang yang ingin sangat aku temui..sahabatku M tak banyak soal hanya bersetuju...maka kami meneruskan perjalanan yang berliku ke Bandar Jasin. Satu lagi keja 'gila' yang aku lakukan bersama M...macam tak masuk akal..nak mencari seseorang yang telah lebih 20 tahun tak aku temui..tiada alamat, tiada no untuk dihubungi, namun hati kecil ku meronta2 ingin mencarinya....Puas keliling Bandar dan dengan bantuan seorang anggota polis, akhirnya aku temui tempat yang ku cari2..Felda Kemendor..

Mak aiii..nak mula dari mana ni...bukan kecik felda ni nak aku cari seorang manusia..bukan ke keja gila namanya tu...pencarian aku mulakan di kawasan masjid..kebetulan aku ternampak seorang pak cik sedang membakar sampah di belakang kawsan masjid..hati aku berbunga riang bila pak cik yang ku tanya kenal dengan ayah orang yang aku cari..

Akhirnya rumah orang yang aku cari berada depan mata..sah inilah rumahnya...bonda orang yang aku cari memberi alamat dan no telefon dia yang aku cari..tanpa berlengah aku terus ke distinasi yang aku cari...

Tak dapat aku gambarkan bagaimana gembiranya aku bila bertemu kembali orang yang aku cari..bayangkan telah lebih 20 tahun kami terpisah..tanpa khbar berita..dia yang aku maksudkan ialah sahabat karibku sewaktu bersekolah di SMSR di Melaka dulu...Salmi Wahidin (seperti dalam gambar yang tertera di atas)

Oleh kerana sudah lebih 20 tahun tak bertemu maka banyaklah cerita yang kami bualkan..dari zaman sekolah hinggalah sekarang.. aku rasa inilah Aidil Fitri yang sangat memberi makna padaku...pertemuan dua hati yang meleraikan segala kerinduan yang telah lama bersarang..

Pastinya selepas ini ada lagi kisah menarik yang ingin aku paparkan...bertemu 'dia' yang berjaya merawat hatiku yang sedang pilu dan berduka..saat aku dilanda kecewa dan kesal dengan beberapa kejadian yang mengganggu jiwaku, dia hadir memberi sinar baru dalam hidupku, menceriakan hatiku yang sering lara...dia yang akan ku abadikan di sudut hati.

p/s hatiku berbunga riang bila dia hadir dalam hidupku...meskipun sukar melupakan segalanya namun kehadiran dia buat aku lebih yakin untuk tidak menoleh lagi kepada kenangan semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...