Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, October 08, 2009

Apa Pula Ku Rasa

Bila mendengar ceritaku tentang bekas suamiku dan isteri barunya, ramai teman2 menyatakan aku seorg yg baik dan tabah menghadapi situasi yang mungkin sukar bagi seseorang menghadapinya..sewaktu aku mengambil keputusan membawa anak2 menziarahinya aku telah tetapkan dalam hati..tujuanku hanya mahu mempertemukan anak2 dengan abah mereka...soal baik hati tidak timbul dalam situasi begini..walau bagaimana sakitpun hatiku aku terpaksa akur dengan keadaan...aku harus mengalah demi anak2.

Bagaimana menghadapi isteri baru bekas suamiku pula..rasanya tiada apa2 perasaan irihati atau marah pada dia kerana dia tiada kena mengena dengan perpisahan kami..dia bukan orang ke tiga yang meruntuhkan perkahwinan kami..jadi perlu apa aku menaruh rasa cemburu atau marah...malah aku rasa sangat bersimpati dengan dia kerana terpaksa menjaga kerenah suaminya yang semakin teruk dan hilang segala memorinya. Kesian dia... anaknya masih kecil dan perjalanan hidup mereka masih panjang lagi berbanding dengan anak2ku yang sudah besar. Kini terpaksa menjaga suami yang sakit begitu.

Sudah mejadi kebiasaan, setiap kali pencen bekas suamiku keluar akulah yang akan memberitahu bekas suamiku supaya dia dapat memasukkan nafkah anak-anak ke akaun ku..walaupun tak banyak cukuplah sekadar dapat menampung perbelanjaan persekolahan anak2...dan seperti biasa aku tetap memberitahu hal itu...kali ini bukan pada dia tetapi pada isterinya...memang pada mulanya rasa serba salah hendak memberitahu seolah2 aku meminta dia memasukkan nafkah anak2 pula...tanpa memikir keadaan suaminya. Sebenarnya bukan itu tujuanku..aku faham keadaannya jadi aku perlu memberitahu... tentu dia memerlukan wang untuk kegunaan sepanjang suaminya di hospital.

Memang isterinya juga seorang perempuan yang baik hati..dia berjanji akan memasukkan duit belanja anak2 secepat mungkin..rasa simpati dan tak sampai hati mahu menerima wang perbelanjaan anak2 dalam keadaan abah mereka sakit begitu, apa ku rasa jika aku berada di tempat dia..tentulah banyak wang diperlukan untuk mengubati penyakit suaminya..maka bulan ini dan mungkin bulan seterusnya aku terpaksa mengalah..nafkah anak2 kupulangkan kembali kepada isterinya..untuk anak2 insyaallah adalah rezeki untuk mereka..bukankah jika bersedekah walaupun sepuluh sen maka kita akan diberi lebih 10 kali ganda dari itu. Insyaallah.

Hari ini..berita yang aku terima dari isterinya dia bertambah teruk..jarum yang dicucuk oleh doktor, dicabut dan dia pernah bertindak mahu mencucuk jarum kelengannya..kesian dia..itu bahagian yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.

Ya Allah Ya Rabbul Jalil..inikah hikmah yang Kau janjikan buatku..saat dia begitu bukan aku yang berada di sisinya..bukan aku yang rasa tercabar dengan kerenahnya...bukan aku yang akan diduga kesabaran ku...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tiap kejadian di muka bumiMU in Ya Rahman Ya Rahim.

Terimaksih kepada sahabat 2 yang sudi singgah dan memberi kata2 semangat dan doa buat bekas suamiku...muga dengan doa kalian dia akan kembali pulih seperti biasa.

15 comments:

maiyah said...

bahagian masing2, kita kene mendoakan kesembuhannya :)

ijad said...

buat lah apa apa yang patut dan termampu..

kakcikseroja said...

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. hanya kita yang sering berkeluh kesah setiap kali ditimpa musibah.. sedangkan apa yang telah terjadi rupanya ada kebaikannya buat kita.. Dan... kakcik adalah seorang yang terlalu nipis tahap kesabarannya bila diuji! :(

shah said...

Salam Idaria,
Saya rasa itulah hikmah disebaliknya, terus pacu kehadapan dan pasti insya Allah Idaria akan diketemukan insan yang budiman dan dapat memberikan rasa kemanisan itu kelak yang lebih teramat manis dari sebelum ini. Jaga kesihatan dan yang penting emosi supaya sentiasa positif.

Eiba said...

Kakkk....teruja saya baca cerita akak..nak nanggis pun ada..sebak pun ada..apa pun dari jauh ini...Eiba harap akak akan lebih tabah..lebih kuat yaaa... Semoga Allah memberkati kehidupan akak sekeluarga...InsyaAllah..

Redynne™ said...

salam sis..

hanya doa yang mampu sy iringkan utk akak dan juga dia..

sesungguhnya Allah selalu menjanjikan yg terbaik buat kita..

abu muaz said...

Salam. InsyaAllah semuanya slamat dan dimudahkan segala urusan

Idalara said...

salam maiyah
ianya ketentuan Ilahi..pasrah dan berdoa,terimakasih singgah.muga maiyah juga tabah dan kuat.

Idalara said...

salam ijad
terimakasih singgah.
insyaallah apa yg termampu sy lakukan.

Idalara said...

salam kakcik
ye..kita sering mempertikaikan setiap yg ditentukan Allah tnpa memikir apa hikmah yg tersedia buat kita kelak..
Ida rasa ida juga begitu namun ida belajar untuk jadi lebih kuat dan tabah demi anak2.
terimakasih kak cik.

Idalara said...

salam shah
terimakasih kerana tk putus2 memberi kata2 semangat buat saya.
insyaallah sy akan lebih tabah menjalani hari2 mendatang.muga ada seseorg yg sudi berkongsi segalanya dgn sy.

Idalara said...

salam eiba
usah merasa sayu dan pilu.kelak kaka ida akan merasa lebih sedih..
terimakasih atas perihatin eiba pada kak ida.

Idalara said...

salam redynne
terimakasih dik..
mudah2an buat redynne juga..
akak teramat memahami apa yg redynne alami skrg keran satu masa dulu akak juga mengalaminya.

Idalara said...

salam Abu Muaz
terimakasih..kata2 yg ringkas tp sgt bermakna.

ai@reel said...

penceraian?saya dapat rasa apa yang akak rasa sebab ibu dan bapa saya pun sedemikian cuma masing2 sudah berumahtangga dan saya beruntung dapt emak tiri serupa ibu kandung...

banyaklah besabar....berilah penjelasan sewajarnya kepada anak2 akak supaya bila sudah besar ia memahami apa yg berlaku jgn jadi mcm saya yg mana dalam usia macam ini masih keliru dan tidak faham sebab ibu dan bapa saya saling membenci.....

anak2 akan rasa kesannya walaupun mereka tidak tunjuk kepada akak...didikan yg sempurna insyallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...