Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, October 17, 2009

Aku Semakin Slim?Mcmmana nk tmbah berat badan?


Sejak kebelakangan ni memang aku akui tubuh badanku yang ramping dan slim ni bertambah slim lagi. Aku gunakan perkataan slim sebab aku rasa sedap sikit halwa telingaku mendengar perkataan itu berbanding perkataan kurus!!.

Rasanya sejak sebelum bulan puasa lagi aku sudah mula mengalami penurunan berat badan, terlalu banyak masalah yg menimpa, terlalu penat bekerja....dan sudah menjadi kebiasaan bila aku menghadapi apa2 masalah aku kurang berselera makan. Berat badan pula mudah sangat turun bila aku kurang makan.

Kalau orang lain. selepas raya ni badan bagai dipam2 tapi aku masih juga mcmtu..berapa berat badanku? hendak mencapai 45kg pun sangat susah!!. Bukan tak berusaha untuk menambah berat badan...macam2 aku telan...susu kambing, susu alpha lipit, nu-age...telor ayam separuh masak...dan beberapa jenis pil2 vitamin, namun masih tiada peningkatan...

Mungkin juga kerana aku tidak mengikut jadual makan yang tepat dan mengambil makanan dalam jumlah kuantiti yang sedikit menyebabkan berat badanku sukar bertambah...namun alhamdulillah walaupun aku slim begini aku tidak mengalami apa2 penyakit...cuma aku teringin sangat nak 'berat' sikit..ramai yang kata kalau aku berisi sikit tentu aku nampak lebih ok..apa caranya ye...yang heran tu ada waktunya banyak juga 'benda' yang masuk ke dalam perutku, namun aku masih tetap begini.

Bila balik kampung raya lepas ramai yang menegur aku semakin slim...bertemu teman2 lama semasa open house Agrobank baru ni pun ada yang kata aku semakin slim...tapi kadang tu rasa ngeri juga bila tenguk ada rakan2 yang dah jadi xxxl..aku tak mahulah sampai begitu..48kg dah memadai..sesuai dengan ketinggianku...tapi bagaimana caranya.

Jadi di sini aku meminta jasa baik sahabat2 semua, andai ada sesiapa yang mempunyai tips2 atau produk2 makanan2 tambahan untuk menambah berat badan, silalah maklumkan kepada aku..manalah tahu ada diantara tips atau produk tersebut berkesan buat aku.


p/s Idalara mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua sahabat2 yang sudi berkunjung dan memberi komen2 yang menyentuh rasa. Idalara memohon maaf kerana masih belum sempat menjawab komen2 sahabat semua di entri 'dia pergi jua'. Terimakasih atas ucapan takziah dan Al Fatihah dari kamu semua, hanya Allah jua yang membalasnya. Insyaallah idalara akan menjawab semua komen secepat mungkin.

23 comments:

sayu=pilu said...

waaa jeles nya...dah slim...ku pula mkn tembam uwaaaa

sory jrg2 dtg sini bg komen jus skodeeng jea

anaklaut said...

salam..


selalu jogging ek.?

kamezaim said...

Uih,awek's mana ni.. ngee.. ok lah tu,kurus lah bagus.. bersyukurlah dgn kurniaan yg diberi.. Pelik manusia ni, bila gemuk mengeluh,bila kurus pun mengeluh.. Besyukurlah,yg penting cukup sifat.. hehe cantik SOFA dekat belakang tu... :)

kamezaim said...

klu tak aprrove komen tu siap ar idalara ni.. ngee..

Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...

cik sayu-pilu
bukan dah slim,tp tmbah slim..
tk pe jrg bg komen asalkan sudi singgah, thanks

Idalara said...

salam al
lama dah yk jooging,mng senang slim...mana tipsnya?

Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...

salam kamezaim
bukan tk bersyukur..tp cuma nak tambah skit berat bdn ni..kalau kamezaim nk kurangkan berat tu bak le sikit daging tu..huhuu

p/s sofa tu kame nak beli ke,kalau nak idalara nak jual je..:)

azza_irah said...

salam kak ida..
bes nya akka slim gitu..
azza ni kan main nak slim...tak berjaya jugak..
makin chubby ada lah..

amirul said...

Salam Kak Ida,

Komen yg sepatutnya post di entry ini... terpost kat entry bawah... hehehe... sori ye...

zai said...

Salam Idalara..

Rasa damai sekali masuk ke blog ida..terasa ada kelembutan hati seorang wanita disini...

Zai macam ida la..bila susah hati sikit pun mesti dah tak lalu makan..tapi alhamdulillah tidaklah terlalu kurus dan tidak pula gemuk..sekarang bertambah baik dari dulu..suami pun dah mula cakap tembam...takut juga sbb usia dah semakin meningkat..takut nanti menjadi gemuk..

Nak bagi petua pun tak pandai sbb zai sendiri tak pernah jaga berat badan cuma mungkin agaknya kita menjadi begini kerana faktor keturunan juga..dilahirkan didalam keturunan yg jenis kecil2 agaknya

MaizaC'Joe said...

salam akak..

nak tambah berat badan.. susah jg akak.. klu kita asik mkn2 tp otak kt brputar pikir problem.. sush hati.. tdo xcukup.. mmang sush sngt nak naik berat.. tp sbliknya... mudah pl naik..

abu muaz said...

Salam. Nak tambah berat badanlah kerja yang paling mudah.

Idalara said...

salam azza..
mana ok nya..kak ida terlalu slim..kak ida tguk azza ok apa..

Idalara said...

salam amirul.
ok tk pe..kak ida dah baca..nnti kak ida email kat mirul..tq.

Idalara said...

salam zai
terimakasih kerana memahami hati seorg wanita spt ida..
zai apa kurangnya..masuk di'rumah' zai ida rasa senang juga..bnyk ilmu ida boleh dapat dr zai..
ida ni mng susah nk tmbh berat badan..pulak tu fikiran terlalu diserabutkan dgn berbagai mslh.
apa2pun thans sbb sudi singgah di sini.

Idalara said...

salam maiza
betul tu dik...wlubagaimanapun kak ida akan cuba juga menambah berat bdn disamping menjaga kesihatan.thanks

Idalara said...

salam sdr abu muaz
tu yg sy hairan..org lain tu mkn sikit pun dah bertambah berat, tp sy tetap susah.

ibu emy efy eqy said...

♥ HaPpY BiRThDaY kak IDA♥. Dah 40 tahun lebih ke? Dalam gambar tak nampak macam umur ni pun. Awet muda ye...

♥ Apapun, HAPPY BIRTHDAY to you again, semoga berbahagia di samping insan-insan tersayang...

Idalara said...

salam ibu emy efi eqy..
yup..kak ida dah lebih 40 tahun pun..tkdelah nmpk muda sgt pun..makan gmbr kot..
terimakasih ye atas ucapan ini..

shah said...

Salam Idaria,
Maaf kerana kesibukkan saya tak berkesempatan membaca coretan anda, anyway belated "Happy Birthday", ceria ceria selalu...alhamdulillah saya dah jumpa pelangi saya nun jauh di selatan, insyaAllah tahun hadapan bersatu, apapun sentiasalah berdoa agar idaria akan diketemukan dengan si dia, pastinya ia akan lebih manis dan indah...salam ceria dari saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...