Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, January 13, 2009

Komuter Oh Komuter


11 Jan pagi2 hari lagi aku dan dua org heroku
dah keluar rumah..nak ke Sg Buloh menziarahi anak perempuanku.
Aku menggunakan perkhidmatan Komuter,satu2nya perkhidmatan terkini,canggih dan tidak perlu mengalami kesesakkan lalu lintas.
Biasalah hari minggu...setiap stesen dipenuhi pendatang2 asing.
Lebih2 lagi di Stesen Nilai...mak oii..mcm2 bangsa aku jumpa...
di dalam perut komuter pula..kiriku mat bangla,kanan minah dan mat vietnam,depan pula minah2 indon dan negro..adoi..aku rasa macam bukan berada di Negara sendiri je.kemudahan asas kebanyakan terlebih digunakan pendatang asing,samaada yang bekerja atau belajar atau yang datang cara haram...muak dan geli geleman tguk cara mereka berpakaian dan bercakap. Bayangkan selama 45 minit terpaksa hadapi situasi begini. Fuh!nasib baik 'aircond' berfungsi dgn baik..kalau tidak bayangkanlah aku terpaksa menahan nafas dengan bau2 ketiak mat bangla,mat indon yang tengik dan memualkan(sorry lah kalau kebetulan ada mat2 yang aku sebut td terbaca hehehe)...boleh dikatakan setiap gerabak dipenuhi mereka..nak buat macammana kan...dah memang mereka terlalu ramai kat tempat kita ni...so pandai2lah kita membiasakan diri.

Koleksi Kesayangan







Bercakap tentang koleksi aku punya banyak koleksi yang jadi kesayangan.
Antara nya ini...ini hanya sebahagian antara koleksi bahan2 bacaanku di rumah..sbnrnya bnyak lagi aku dah simpan dalam kotak. Nak tahu majalah2 yang ku simpan masih kelihatan baru walaupun ada yang dah berusia hampir 10 tahun..hehehe..ini lah teman2 ku masa ku sesunyian. Novel yang paling aku suka baca dari tulisan Norhayati Berahim dan Sharifah Abu Salem..kalau dah mula membaca anak nak makan pun aku tak peduli..Majalah pula..sekarang aku lebih tumpukan pada Majalah Midi, sesuai dengan usiaku yang dah masuk 40an...banyak info2 menarik boleh aku perolehi di Majalah MIDI...dan yang lebih aku suka sebab aku pernah 'masuk' bergambar dalam Majalah kesayanganku ini...

Saturday, January 10, 2009

Hand Beg Kesayangan


Cantik tak hand bag ni...
tanyalah owg pompuan sapa yang tak ada hand bag.
Kat dalam tu macam2 ada, selain alat make up..
silap2 surat beranak anak pun ada dlm tu..
Hand bag dengan owg pompuan memang tak
boleh dipisahkan..
Aku jarang beli hand bag sebab kewangan
tak bape mengizinkan tp bila sekali beli aku beli yang
agak mahal dan berkualiti..supaya tahan lama.
Tapi yang pasti ada sebuah hand bag yang masih
ku simpan elok2 kerana ianya pemberian seseorg yang penah
hadir dalam hidupku satu ketika dulu..segalanya tinggal kenangan.

Aiman Tak Kisah..


Gambar anak no dua ku Aiman Zarif masa hari orientasi di sekolah...
hehehe...tguklah kulit dia...hitam sebab asik main kat panas...
excited bukan main lagi nk masuk tingkatan 1. Mudah2an dengan doa ibu
anak2 lelakiku berjaya menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Amin.

Wednesday, January 07, 2009

Seluar Oh Seluar

Panik...kelam kabut...huru hara..
agaknya itu je perkataan yang sesuai
aku kata atas peristiwa yang berlaku baru-baru ni.
2 Jan 2009..kira2 pukul 8.00 malam,aku mula
mengeluarkan baju sekolah dua org heroku..
biasalah..nk pegi sekolah esok ada pendaftaran
jadi malam baru nk gosok baju..
terkejut bukan kepalang,bila lambakkan baju-baju
sekolah yang dibeli pada 13 Dis 2008..
tenguk2 yang ada hanya baju putih...mana seluar sekolah???
alamak...mana ni? separuh menjerit aku dibuatnya..
geledah satu rumah..mana nk jumpa.
Pulak tu hero yg no satu tu baru naik tingkatan 1,so..
semua baru..kalau ada yg lama boleh juga dipakai dulu..
Tak boleh jadi,malam ni gak kena pegi beli..call driver..huhuhu..
driver teksi lah..(aku tkde keta..dah kena tarik dgn bank)
so kenalah panggil teksi nak ke Nilai..
Sepanjang perjalanan puas pikir..kat mana tinggal..
tak mungkin org nak ambil..mesti tertinggal ni..
itulah cuai sangat..beli bnyk barang..beg sekolah,kasut,baju..
sampai rumah tk pulak double check...padan muka aku..nasib baik
tkde org laki nama hubby..kalau tak mesti kna marah...
Aduh..aku pulak yg terima dugaan ini..tkpe Allah sayang aku
tu pasal Dia bg peringatan kat aku..
Lebih ingat kat Dia dan sentiasa berhati2
Itu pengajarannya...

Tuesday, January 06, 2009

Maafkan Aku

Maafkan aku........
itu saja yang mampu aku ucapkan.
apalagi perkataan yang layak
bagiku untuk memohon maaf..
Maafkan aku........
kerana terpaksa melukakan..
mengecewakan...
menghampakan....
sebuah permintaan..
sebuah harapan.....
yang bagimu begitu murni..
tapi tidak bagiku.
kerana aku tak mampu untuk
menerimamu..
kerana aku tidak mampu meruntuhkan
janjiku pada Mu..
Janji ku di Awal Hijrah ini...
maafkan aku....

Thursday, January 01, 2009

Buat Hati-Hati Yang Berduka Lara

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih..
Jiwa yang sedang berduka lara...
Minda yang sedang berkecamuk...
rasa resah dan gelisah.
Inilah petua terbaik untuk mengubat
jiwa yang resah dan gundah.
1. Amalkan Tasbih,Tahmid dan Takbir..
inilah petua yang diberikan oleh
Rasulullah SAW pada puteri baginda Siti Fatimah.
2. Sibukkan diri dengan sesuatu yg berfaedah..
lakukan aktiviti yang boleh melupakan
segala kekusutan seperti..perbanyakkan membaca
AlQuran dan apa saja bahan bacaan yang berguna.
libatkan diri dengan aktiviti usrah dan kemasyarakatan.
3. Luahkan perasaan anda
berbagai cara boleh dilakukan untuk meluahkan perasaan..
- carilah seorang teman yang paling dipercayai untuk
bercerita.
- menulis dalam diari,blog dan lain2
4. Senyum - andai berada dalam tekanan cubalah untuk senyum.


Untuk diriku sebenarnya pesanan ini........................
(diilhamkan dari seorg sahabat)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...