Terkejut..tergamam...terkedu..bila baca email yang aku terima pada 20 September baru2 ini..kerana kesibukan menyiapkan tempah almond london dan berbagai2 masalah aku jarang membuka kotak emailku..lagi pun 'dia' sudah terlalu jarang menghantar sesuatu di kotak emailku maka mood untuk membuka kotak email agak berkurangan.
Sejak semalam aku sudah membuka kotak emailku namun tak perasan satu email dari seseorang yang tidak aku kenali..
Mengenalkan dirinya sebagai A adik kembar kepada arwah tunang seseorang yang aku kenali dan mungkin pada firasatnya aku amat menyukai lelaki itu kerana dia sentiasa mengikuti perkembangan blogku dan abang iparnya ( sebenarnya belum pun sempat menjadi abang iparnya)...kalaupun benar aku menyukai lelaki itu adalah hakku dan ianya satu anugerah dari Allah..dan tak semestinya bila aku menyukai lelaki itu, dia juga menyukaiku...tak semestinya bila kita mencintai seseorg kita akan memilikinya.
Menurut email gadis itu (pastilah gadis) dia memintaku supaya tidak menganggu abang iparnya, bila pula aku menganggu lelaki itu?...memintaku menjauhkan diri dari abang iparnya kerana menurutnya keluarga mereka sedang dalam perancangan mahu menggantikan arwah kakak kembarnya dengan dirinya menjadi isteri lelaki itu.
Menurutnya lagi abang iparnya akan menyambung pelajaran ke luar negara pada tahun 2010 dan sebelum pergi mereka akan disatukan walaupun harapan agak tipis, tetapi mereka akan berusaha juga supaya dia dapat berkahwin dengan abang iparnya itu..permainan apakah ini..boleh kah cinta ditukar ganti, bolehkah perasaan dipaksa2 supaya menerima orang yang kita tak suka. Walaupun adik kepada arwah tunang lelaki itu seiras tak semestinya lelaki itu dapat terima orang lain...diawal2 persahabatan aku dengan lelaki itu dia pernah bercerita keluarga arwah tunangnya mahu menjodohkan dia dengan adik kembar tunangnya tapi dia tak bersetuju...semuanya soal hati..
Apa yang paling aku kesalkan gadis A ini mengaku dia dapat membaca semua emailku pada abang iparnya kerana add email berserta password abang iparnya ada dalam diari arwah kakak kembarnya..dia boleh membaca emailku dan juga email abang iparnya ( semua email lama yg pernah aku hantar pada dia dulu)..duhai..permainan apakah ini...apakah hukumnya membaca rahsia peribadi orang lain tanpa kebenaran..jikapun ingin menakluki hati abang iparmu janganlah sampai hukum agama diketepikan..Allah boleh mengampuni dosa kamu. bagaimana jika aku tidak memaafkan..selagi itu Allah tidak akan mengampuni kamu...(aku tahu gadis A ini membaca entri ini kerana dia sentiasa mengikuti perkembangan blogku dan abang iparnya yg tak jadi itu.)
Wahai gadis A..walau seribu kali aku menyukai abang iparmu, aku memang tetap bukan pilihan dia atas sebab2 ini:
1. Hati dan perasaan bukan boleh dipaksa2.,biarpun aku menyukai dia kalau dia tak menyukaiku tentu aku bukan pilihan dia.
2. Aku lebih tua dari abang ipar kamu yang layak dipanggil kakak.
3. Aku seorang ibu tunggal dengan 3 orang anak.
4. Aku tak cantik, tiada harta, budi bahasa jauh sekali (tentu abang iparmu memilih yang cantik)
5. Aku terlalu banyak masalah..mana ada lelaki yang mahukan perempuan bermasaalah macam aku.
6.Aku tak mungkin melahirkan zuriat buat abang ipar kamu kerana dia masih muda dan perlukan zuriat...sedangkan usia ku tidak digalakkan melahirkan anak.
7.Aku tak berpelajaran tinggi dan tak berpangkat..mungkin tak setaraf dengan abang iparmu.
Jadi aku berharap muga gadis A tidak merasa bimbang aku akan merebut abang iparnya dari dia...muga dia tidak menyangka aku cuba menganggu abang iparnya lagi..cubalah memenangi hati abang ipar kamu denga ikhlas dan jujur bukan dengan permainan kotor dan tidak bersopan ini...hentikan menyiasat dengan membaca rahsia peribadi orang lain..hentikan..dan terimalah takdir Allah jika kamu bukan pilihan abang ipar kamu...
Dan hingga saat ini aku tetap tertanya2 mengapa ada insan lain yang mempertikaikan perasaan yang ada dalam hati kita pada seseorang..bukankah perasaan itu adalah satu anugerah dari Allah...
p/s aku rasa terlalu sedih hari ini...bila tahu semua email ku telah dibaca oleh orang lain yang bukan hak dia membacanya.
p/s Gadis A..maafkan aku kerana entri ini...dan A juga..maafkan aku..dan segeralah tukar passward email kamu.
Showing posts with label pilu.. Show all posts
Showing posts with label pilu.. Show all posts
Sunday, September 27, 2009
Tuesday, April 14, 2009
Bonda...Nantikan Kepulanganku...
Abah meninggal dunia? aku mcm tak percaya,abah sihat2 aku tenguk........sedihnya aku bila kehilangan abah hinggakan aku terisak2 menangis.....terjaga dari tidurku.... bermimpi rupanya.....jam 2 pagi..ah..mimpi cuma..seawal pagi, sesudah subuh..aku terus menelefon mak..tanya khbr..abah sihat..dah ke surau solat berjemaah...mak masih atas sejadah..alhamdulillah...lega hatiku.
Petang tadi gerak hati buat panggilan lagi..aduh..terkejut sgt2 bila mak kata mak jatuh di dapur baru sekejap...mujur tak apa2..tiada kecederaan serius, dah pegi urut kata mak...tapi hatiku melonjak2 nak balik nak tenguk mak..napelah aku tkde kenderaan (awal 2006 kereta kesayanganku ditarik finance kerana dah tak mampu nk bayar ansuran..seksa patah kaki..)..call adik di Bangi..dia out station pulak..sabar wahai hati..sabar..mak tkde apa2...aku dah rasa nak menangis..dah menangis pun..kalaulah aku bersayap..
p/s Baru tadi aku menangis lagi..airmataku laju seperti hujan kat luar sana.....baca email sorg teman..kisah sedih dan pilu dia..(nape ni aku asik menangis je harini) ah..rahsia antara aku dan dia..rahsia hingga ke hujung nyawaku...itu janjiku pada dia.
Nak balik dah petang2 begini sure aku sangkut kat Seremban..ada ke express ke Melaka malam2....sabar wahai hati..doakan mak tak apa2..mng tak apa2 pun..itu kata mak..dia tak mahu aku susah hati..dia tahu aku anak ynag mcmne..mak demam sikitpun hati aku melompat2 nak balik..mak..dia saja yang aku ada..abah pun ada tapi abah lain..lelaki..mana mengerti hati sesama perempuan.
Akhirnya keputusan telah termetri dalam hati..walaupun mak kata tak payah balik..............pagi2 esuk aku akan balik tenguk mak...walau sekejap, aku akan balik..walau susah payah melompat dari satu bas ke satu bas..aku tak kisah..janji aku dapat tguk mak dengan mata kepala ku sendiri..anak2 terpaksa ku tinggalkan dgn kakak diaorang sbb sekolah...sebelum hari bertukar gelap aku pastikan akan pulang ke sini semula..insyaallah...
Mak tunggu anak mak balik ye...Ya Allah permudahkan perjalananku esuk..
p/s..sejak semalam mata kiriku berkelip2..aku pasti akan menangis bila mata kiriku berkelip2..(bukan percaya karut marut)..tapi itulah kebenaran yg akan terjadi pada ku..isyarat yg aku terima jika aku akan menangis..dan hari ini terlerai semua pertanyaanku, mengapa mata kiriku berkelip2..aku menangis kerana mak dan kerana kisah sedih seorg teman...
Subscribe to:
Posts (Atom)