Sejak malam tadi (semasa sedang membakar badam) aku merancang nak mula buat pasrty almond london..sabtu ahad, kalau dibuat seawal pagi aku boleh dapat 2 ribu biji menjelang petang..
Sesudah subuh aku mula membasuh kain baju(mesin yg basuh) mengemas dapur dan menyapu apa yg patut..keja2ku selesai dalam pukul 9 pagi..tiba2 aku teringat temujanji dengan orang yang akan membaiki talian telefon di ofis..jadi ke tak..aku menghantar sms bertanyakan temu janji tersebut..'jadi' katanya...aku merancang...buat itu ini..tapi Allah yang tentukan begitu begini...
Terpaksalah aku ke opis (sebab aku dok sebelah, alah2 guard gitu)......gitu gini sudahnya pukul 12.30 juga baru siap keja2 tersebut.., nampaknya cancel lah nak buat biskut...balik rumah buka astro...sambil2 melipat kain, aku melihat rancangan ulangan 'Merisik khabar' yang dihostkan oleh Aznil Hj Nawawi yg tetap maintain hensem.
Tak semena2 airmata aku mengalir bila melihat kisah mak cik Petimah ini yg tidak dipedulikan anak2nya (mungkin ada sebabnya hanya Allah yg Maha tahu)......dan tak semena2 aku terkenangkan mak dan abah di kampung..aku memang cepat terasa bila melihat kisah2 ibu bapa yg dilupakan anak2, yang diabaikan anak2..apa pun kesilapan mereka, apa pun dosa mereka (kecualilah mereka buang kita tepi tong sampah atau tepi masjid) mereka tetap ibu dan bapa yang melahirkan kita....
......dan tiba2 juga aku telalu rindu pada saat2 bahagia aku bersama dia yang telah pergi.........puasa bersama, berbuka bersama, bersahur bersama, bertarawikh bersama.. berpakaian sedondon di pagi raya....dan melihat dia sangat teruja menikmati rendang cili padi kegemarannya.......ps muga dia damai di sana, muga diterima segala amalannya....muga dia ditempatkan dikalangan insan2 yang beriman.
ps..baru lepas bersembang dengan mak...kan dah kata..mak tanya.."tak balik ke"...aduhai mak....janji dengan mak 3 hari lagi sebelum raya insyallah aku balik.
