Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, August 21, 2010

Aku merancang....DIA yang menentukan...

Bismillahirrahmannirrahim...

Sejak malam tadi (semasa sedang membakar badam) aku merancang nak mula buat pasrty almond london..sabtu ahad, kalau dibuat seawal pagi aku boleh dapat 2 ribu biji menjelang petang..

Sesudah subuh aku mula membasuh kain baju(mesin yg basuh) mengemas dapur dan menyapu apa yg patut..keja2ku selesai dalam pukul 9 pagi..tiba2 aku teringat temujanji dengan orang yang akan membaiki talian telefon di ofis..jadi ke tak..aku menghantar sms bertanyakan temu janji tersebut..'jadi' katanya...aku merancang...buat itu ini..tapi Allah yang tentukan begitu begini...

Terpaksalah aku ke opis (sebab aku dok sebelah, alah2 guard gitu)......gitu gini sudahnya pukul 12.30 juga baru siap keja2 tersebut.., nampaknya cancel lah nak buat biskut...balik rumah buka astro...sambil2 melipat kain, aku melihat rancangan ulangan 'Merisik khabar' yang dihostkan oleh Aznil Hj Nawawi yg tetap maintain hensem.Rancangan ini sesuai untuk ditonton oleh kita yg terlebih makan, terlebih baju, terlebih duit, terlebih rumah dan terlebih apa saja...termasuk kasih syg...

Tak semena2 airmata aku mengalir bila melihat kisah mak cik Petimah ini yg tidak dipedulikan anak2nya (mungkin ada sebabnya hanya Allah yg Maha tahu)......dan tak semena2 aku terkenangkan mak dan abah di kampung..aku memang cepat terasa bila melihat kisah2 ibu bapa yg dilupakan anak2, yang diabaikan anak2..apa pun kesilapan mereka, apa pun dosa mereka (kecualilah mereka buang kita tepi tong sampah atau tepi masjid) mereka tetap ibu dan bapa yang melahirkan kita.... Tiada mereka tiadalah kita di dunia ini...tetiba juga aku rasa nak balik jumpa mak dan abah aku, berbuka puasa dan bertarawikh bersama, mak aku mesti gembira sgt.......tapi nampaknya bukan sekarang....masa betul2 tak mengizinkan..maafkan aku mak.........dan tiba2 juga aku telalu rindu pada saat2 bahagia aku bersama dia yang telah pergi.........puasa bersama, berbuka bersama, bersahur bersama, bertarawikh bersama.. berpakaian sedondon di pagi raya....dan melihat dia sangat teruja menikmati rendang cili padi kegemarannya.......

ps muga dia damai di sana, muga diterima segala amalannya....muga dia ditempatkan dikalangan insan2 yang beriman.

ps..baru lepas bersembang dengan mak...kan dah kata..mak tanya.."tak balik ke"...aduhai mak....janji dengan mak 3 hari lagi sebelum raya insyallah aku balik.

35 comments:

kakcik said...

Salam Ida..

- sesungguhnya Dia sebaik2 perancang...

- sesusah2 kita, masih ada makanan hendak dijamah, ada orang yang langsung tiada apa2...

- tanpa ibu, siapalah kita...

kak Erna said...

salam ida..saya tengok juga rancangan tu tadi..
boleh dapat 2 ribu sehari??cekap betul ida buat...kalau saya..entah lah...

Pn Kartini said...

Salam:)

rindu yg menggamit...membuat diri rasa sayu.......

MOga akak bahagia dan sihat2 di sana yaa....
Selamat Berbuka!

Idalara said...

Waalikumsalam kakcik..

Perancangan Allah tiada siapa yg dapat mengatasinya..dan sentiasa mensyukuri nikmatNya...

azieazah said...

Di bulan yg mulia ni, hati kita mudah tersentuh dan sering terkenang kenangan manis bersama orang tersayang yg telah pergi meninggalkan kita.

Idalara said...

waalaikumsalam erna..
ala bisa tegal basa kata org...dgn syarat tiada gangguan lain insyallah boleh siap,,

Idalara said...

waalaikumsalam tinie..
kdg2 rasa rindu dtg tiba2...mudah2an tinie pun dikurniakan kebahagiaan dunia dn akhirat. insyaallah.

Insan Marhaen said...

yelah, IM pun belum sempat buka puasa dengan mak dikampung. bergelut dengan ibu_suri dan hari ini dengan akhmar....

aduhai, maafkan aku, tuhan!

Amieynna Amin said...

salam kak ida..
sy pun selalu tgk merisik khabar..
sy tgk yg mak ayah oku, tp anak sgt cerdik..
sayu sangat..

salam ramadhan untuk akak..

Azmi said...

kak ida...
semoga dia aman disisinya..
Allah lah jua sebaik2 perancang...

alif said...

byk2 sbr kak ida

alif said...

byk2 sbr kak ida

Yua Zawa said...

salam..
baca entry ini terus tringat kat ma n ayah d kampung... =(

sahromnasrudin said...

salam..mmg ya..kiter rasa sayu bile kol mak, mak tanye " bila ko nak balik"???

Shifu67 said...

pakat2 balik raya ni... mesti best

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sabar..dan banyak istifar

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Diantara sbb terjadinya anak2 meninggalkan ibu mrk krn tidak mendidik anak mengenai perintah Allah SWT sehingga mrk terbiar menjadi seorg yg angkuh dan sombong apabila tidak pernah disinari dgn cahaya Allah spt dlm Surah AlLuqman 18-19 Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (17) Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Wallahualam

cikgupj said...

Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar...InnAllaha maashobiriin...Mudah-mudahan semuanya akan mendapat kesejahteraan.

Rashid said...

salam

alaaa kak ida. Jangan begitu.. Memang tak dapat dinafikan perasaan rindu itu pasti hadir tanpa disedari.. apatah lagi bila kita pernah bersama suka duka..

kak ida, sinar itu insyaAllah pasti akan hadir jua..

p/s - saya pelik ngan anak-anak yang abaikan ibubapa..

mamawana said...

Salam Ida..

Arwah abah mama pergi 27 tahun lalu, ibu pergi 5 tahun lalu. Abang kandung pergi, kakak ipar pergi, makcik pergi, nenek pergi spt semua org telah pergi... dan tinggal mama sebatang kara.. Tak....mama masih punya anak2, punya jiran tetangga, teman2... bila baca entri ida pasal emak dan ayah. Mama jadi rindu pada abah...pada emak. Lalu hati menjerit memanggil2 emmmmaakkkkkkk
abahhhhhh.............alfatihah

Idalara said...

waalaikumsalam mama..
airmata ida tergenang masa baca tulisan mama..ida beruntung ada mak abah dan adik beradik juga anak2..tak tahu rasanya tak bermak berayah..tp ida tk dapat selami hati anak2 yg tiada ayah..mudah2an mama sentiasa dikelilingi insany yg menyayangi mama..al Fatihah buat arwah ayah dan ibu mama..

imanshah said...

manusia MENTADBIR, ALLAH MENTAKDIR

Idalara said...

imanshah..
tiada kuasa kita mengubah takdir Allah

Idalara said...

waalaikumsalam Rashid
insyallah rasa itu tidak menjejas kehidupan kak ida cuma sesekali bila sendiri ia dtg kembali..mudah2an ada sinar dtg dlm hidup kak ida anak beranak.

Idalara said...

CikguPJ
bersabar dalam apa jua ujuan Allah pasti mendapat nikmat kesabaran kan.

Idalara said...

Waalaikumsalam wbt sdr Tajnur
terimaksih kata2 dari adr sgt bermakna buat sy dan sesiapa saja yg membaca, mudah2an menjadi iktibar pada kita semua supaya tidak mengabaikan perintah Allah dlm mendidik anak2.

Idalara said...

Brutalsolo
insyaallah..itulah sebaik2nya

Idalara said...

Shifu67
balik mesti balik...

Idalara said...

waalaikumsalam sahromnasrudin
begitulah hati tiap mak...dan begitulah hati tiap anak yg tidak lupa pada ibubapanya.

Idalara said...

Yua Zawa
nanti raya balik lah jumpa mereka ye..berbaktilah dgn mereka sementara mereka masih hidup

Idalara said...

alif
insyallah..

Idalara said...

Azmi..
Allah jua yg mmentu segalanya...mudah2an.

Idalara said...

waalaikumsalam Amieynna Amin
rancangan itu benar2 membuka mata hati kita..dalam dunia ini ramai yg menderita dan menerima lebih berat dugaan..bersyukurlah kita.

Idalara said...

IM
banyak2 bersabar menghadapi ujian Allah..ibu pasti faham keadan IM.

Idalara said...

Aziezah
kenangan mengusik jiwa yg buat kita terlalu rindu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...