Alhamdulillah..dalam keadaan tak berapa sihat aku sempat juga menyertai sambutan majlis Hari Raya anjuran bersama Kelab Agrobank dan Koperasi Bpm Bhd. Majlis diadakan pada 1 Oktober baru2 ini di Bangunan Agro Bank Kuala Lumpur.
Hari ini pula, berlangsunglah Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi 2009/2010..Mesyuarat dijalankan di ABADI Bangi bermula pukul 10 pagi hinggalah 2 petang.....seperti biasa akulah yang dipertanggungjawabkan membawa wang saguhati untuk kehadiran anggota, Alhamdulillah wang yang berlebihan mencukupi dengan jumlah kehadiran.
Hampir pukul 2 petang barulah mesyuarat selesai......dividen yang diumumkann sebanyak 7.4% untuk 18 bulan. Selepas ini kakitangan koperasi mulalah sibuk membayar dividen anggota pula...dan pastinya aku antara yang paling sibuk.
Sejak seminggu lalu aku tak berapa sihat...sakit urat bahagian tengkuk kiri tambah menjadi2 ditambah ulcer dalam mulut, keadaan yang sungguh tak selesa.... sudah pun berjumpa doktor..kata dok hanya masalah urat...mudah2an bukan penyakit lain...Insyallah.
ps kdg2 kita terpaksa melukakan hati ramai orang untuk menjaga hati kita sendiri.. untuk kebahagiaan kita sendiri........ salahkan kita?
