Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, October 02, 2010

Sambutan Raya Dan Mesyuarat Agung Koperasi 2010

Bismillah..

Alhamdulillah..dalam keadaan tak berapa sihat aku sempat juga menyertai sambutan majlis Hari Raya anjuran bersama Kelab Agrobank dan Koperasi Bpm Bhd. Majlis diadakan pada 1 Oktober baru2 ini di Bangunan Agro Bank Kuala Lumpur.

Tak banyak gambar yang dapat diabadikan semasa majlis ini.

Anggota Lembaga Pengarah Koperasi

Hari ini pula, berlangsunglah Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi 2009/2010..Mesyuarat dijalankan di ABADI Bangi bermula pukul 10 pagi hinggalah 2 petang.....seperti biasa akulah yang dipertanggungjawabkan membawa wang saguhati untuk kehadiran anggota, Alhamdulillah wang yang berlebihan mencukupi dengan jumlah kehadiran.

Proses pengiraan undi untuk perlantikan ALP Koperasi bagi Tahun 2010/2011

Antara ALP Koperasi semasa pendaftaran dan penyerahan 'Door Gift'

Pengerusi Koperasi BPM BHD, En Zainur Kamar dan Setiausaha En Ahmad Azamuddin sedang mencabut hadiah cabutan bertuah

Bersama Naib Pengerusi yang handsome, En Mohamad Che Taib.

Sebelum Mesyuarat bermula, sempat juga bergambar di tempat pengerusi majlis....(jangan marah bos)

Majlis berlangsung dengan lancar walaupun perjalanan mesyuarat agak slow..biasalah bila ada wakil dari seluruh kawasan hadir banyaklah soal jawab yang dikemukakan..dan kebanyakan anggota berpuas hati dengan setiap jawapan yang diberi.

Hampir pukul 2 petang barulah mesyuarat selesai......dividen yang diumumkann sebanyak 7.4% untuk 18 bulan. Selepas ini kakitangan koperasi mulalah sibuk membayar dividen anggota pula...dan pastinya aku antara yang paling sibuk.

Sejak seminggu lalu aku tak berapa sihat...sakit urat bahagian tengkuk kiri tambah menjadi2 ditambah ulcer dalam mulut, keadaan yang sungguh tak selesa.... sudah pun berjumpa doktor..kata dok hanya masalah urat...mudah2an bukan penyakit lain...Insyallah.

ps kdg2 kita terpaksa melukakan hati ramai orang untuk menjaga hati kita sendiri.. untuk kebahagiaan kita sendiri........ salahkan kita?

13 comments:

nidus2 said...

Handsome ada makna tu...Pak Nidus bergurau jer, sori ye.

Rashid said...

Melukakan hati ramai orang untuk menjaga hati kita sendiri? ermmm.. persoalan hati yang baik sekali..

Pejamkan mata.. biarkan hati berbicara..

Idalara said...

Pk nidus...
hehehe..tak pe..sy pun bergurau je..saja tulis mcmtu..tp mngpun handsome..

kak Erna said...

salam ida..semoga cepat sihat..

Idalara said...

Rashid..
bukan niat nk melukakan,tp terpaksa demi kebaikan diri sendiri dan anak2..

Idalara said...

kak erna..mudah2an insyallah.

naz said...

ayat last tu. orang tak tahu hati kita. jadi jangan abaikan hati sendiri hanya kerana orang lain :)

abu muaz said...

susah menjaga duit ya... hati-hati kerana duit boleh jadi abu kita.

sahromnasrudin said...

salam..byk ke dividen thun nie????

Idalara said...

Naz..
asik menjaga hati org lain, tak salah rasanya melukakan ht mereka untuk menjaga hati kita sendiri kan..

Idalara said...

Abu MUaz..
Alhamdulillah..mudah2an sentiasa berhati2 semasa memegang wang syarikat...

Idalara said...

salam sahromnasrudin
tahun ni dividen 7.4%..tak bnyk tapi sebab 18 bulan jadi banyklah dividen tu.

zedmagel said...

Salam Ida,

Mudah-mudahan cepat sembuh. Berkerja mengikut kemampuan, jika tak sihat bercuti dan rehatkan minda, itu lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...