Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, November 14, 2009

Siapa harus dipersalahkan..

Bila timbul masalah begini, mulalah aku nak persalahkan pihak sekolah dan PPD yang mentah2 menolak permohonan pertukaran sekolah anakku Abdullah Zaki dulu..dengan memberi alasan tiada kekosongan..puas aku merayu dan minta dipertimbangkan permohonan aku atas alasan aku tiada kenderaan untuk menghantar anak ke sekolah apabila ketiadaan bas dan aku tak berapa mampu nak menanggung bayaran bas sekolah untuk dua org anakku...namun jawapannya tetap sama, tiada kekosongan...walaupun untk seorang murid. Akhirnya aku mengalah dan anak2 sudah seronok bersekolah di SKKLIA hinggakan tak mahu berpindah ke sekolah lain.

Kini apa yang aku bimbangkan berlaku..4 hari Abdullah Zaki tidak ke sekolah kerana tiada bas sekolah...sedangkan sesi persekolahan masih ada 5 hari lagi..perbalahan yang berlaku antara pemandu dan pemilik bas..anakku pula yang menjadi mangsa..pemilik bas menyalahkan pemandu kerana tak pandai jaga bas, bas diambil semula dan dihantar ke workshop..sudahnya 4 hari Abdullah Zaki tidak ke sekolah...pemilik bas hanya lepas tangan tanpa mengambil inisiatif lain untuk menghantar budak2 ke sekolah.

Aku memikirkan inisiatif lain untuk mneghantar zaki ke sekolah...namun memang tiada jalan penyelesaian..nak minta tolong jiran2..aku tiada jiran....kerana aku bukan tinggal di kawasan taman perumahan..nak minta tolong kwn2 ofis..semuanya datang lewat ke pejabat...siapa harus dipersalahkan..pihak sekolah yang menolak permohonan aku?PPD?Abdullah Zaki?atau aku sebab tak mampu menyediakan kemudahan untuk anak2ku..

Mujurlah peperiksaan akhir tahun sudah berakhir..kalau tak mungkin aku terpaksa menyuruh abdullah zaki berjalan kaki ke sekolah yang sangat jauh!!....ada beberapa teman yang tak mengetahui apa sebenarnya bertanya mengapa aku tk beli sebuah kereta?..sebenarnya mereka tak tahu..sekarang aku sedang menanggung baki loan kereta yang sudah ditarik bank pada tahun 2006 dulu..baki yang harus aku jelaskan berjumlah RM9K lebih..begitulah yang terpaksa aku tanggung selama bertahun2 ini..rasanya masih tak mampu nak menambah hutang..

Aku berharap masih ada jalan penyelesaian untuk aku hadapi masalah ini..memang amat memeningkan..siapa yg tahu apa yang aku rasa....hanya aku...


p/s terkedu bila anak2 berkata..bestkan klau ada abah mcm saleh..boleh jalan2 g makan kfc..aku hanya menangis dalam hati.

12 comments:

Naz said...

saya tumpang merasa apa yg kak Ida lalui tu. saya doakan kak Ida cepat2 dpt jejaka 'A' tu. :)

ber_uwang said...

sabar lah ye .. setiap kejadian ada kebaikan nya.. allah tak menguji kita jika kita tak mampu

maiyah said...

sbr kak ida, patutnya dorang kena prtimbangkanlah pertukaran tu, mngkin ada jln selesainya hrp akak jgn putus asa

:)

HASNAH said...

Sabar ajelah Ida...tp tu la...tak kan satu kekosongan pun tak ada...bukannya pertukaran cikgu...pertukaran murid pun payah rupanya...tapi kt sini rasanya tak berlaku cam tuh...

Tirana said...

Kalau tinggal di kampung macam saya dulu, boleh juga naik basikal buruk peninggalan ayah tapi di bandar ni, nak bagi anak naik basikal ke sekolah, kita yang tak senang duduk nanti..bimbang keselamatan mereka.

Idalara said...

salam Naz..
terimakasih kerana turut merasai apa yg kak ida rasa..
Naz! A mana pulak ni...tiada bernama A lagi dlm hidup kak ida..hnya tinggal kenangan terindah saja...:)

Idalara said...

salam ber_uwang...insyaallah sy tetap tabah hadapi apa sj ujianNYa..

Idalara said...

salam maiyah..
kak ida pun tk fhm..mcm ada double standrad..mentang2lah kak ida miskin tk punya apa..mungkin klu anak pilot atau pegawai besar dpt pindah sekolah kot..

Idalara said...

salam hasnah..
gitulah jika dok kawasan mcmni..tp nk kata bandar sgt pun tk gak..semasa minta pertukaran pihak PPD dan guru besar saling tolak menolak..PPD kata gurubesar yg punyak hak mutlak tp bila jumpa GB pulak kata kena tnya kat PPD..last sekali masa nk tahu jwpan ida g sekolah GB lak cuti..agaknya tk kuasa nj tguk muke ida..

Idalara said...

salam tirana..
masa zaman sy bersekolah pun gitu..berbatu2 jln tk jadi hal..tp dlm wktu skrg mng tk berani nk biarkan anak berjalan ke sekolah..pulak tu sekolah SKKLIA duduknya atas bukit..jauh sgt2 nk brjalan..nak naik basikal alamatnya anak yg kena tolak basikal..

Idalara said...

salam tirana..
masa zaman sy bersekolah pun gitu..berbatu2 jln tk jadi hal..tp dlm wktu skrg mng tk berani nk biarkan anak berjalan ke sekolah..pulak tu sekolah SKKLIA duduknya atas bukit..jauh sgt2 nk brjalan..nak naik basikal alamatnya anak yg kena tolak basikal..

ai@reel said...

x salah kak menangis depan anak....biarlah anak lihat kepayahan yang akak lalui.....

anaka zaman sekarang harus didedahkan kepayahan itu kerana mereka sudah pandai menilai baik dan buruk.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...