Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Kisah Nabi Dan Sahabat.. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi Dan Sahabat.. Show all posts

Sunday, July 12, 2009

Baju Anak Khalifah

Bila membaca kisah-kisah pilu Nabi-Nabi dan Khalifah ini, sedikit sebanyak dapat juga mengubat hatiku yang sedang rawan ini. Singgah di blog seorang teman juga bercerita tentang hati...sungguh..sangat sukar dimengertikan apa yang ada disebalik sekeping hati yang merah ini.


Diriwayatkan bahawa suatu hari, anak Saidina Omar bin Al Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab:


"Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku, kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini"

Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Saidina Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya dipotong bulan depan

Maka bendahari negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi:

"Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu? apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu di hadapan Allah?"

Membaca surat itu maka Khalifah Omar tersungkur menangis, lalau berkata kepada anaknya:


"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi"


Begitulah kehidupan anak-anak Amirul Mukminin..dan begitulah taatnya bendahari negara..walaupun itu adalah perintah Khalifah beliau tetap mengingatkan Amirul Mukminin akibat jika tidak sempat melunaskan hutang...muga kisah ini dapat kita jadikan tauladan.

p/s..'dia tak pernah bersalah padaku..aku yang tidak mengerti...'
'bila hati di selubungi kedukaan..dekatkan dirimu padaNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...