Bila membaca kisah-kisah pilu Nabi-Nabi dan Khalifah ini, sedikit sebanyak dapat juga mengubat hatiku yang sedang rawan ini. Singgah di blog seorang teman juga bercerita tentang hati...sungguh..sangat sukar dimengertikan apa yang ada disebalik sekeping hati yang merah ini.
Diriwayatkan bahawa suatu hari, anak Saidina Omar bin Al Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab:
"Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku, kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini"
Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Saidina Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya dipotong bulan depan
Maka bendahari negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi:
"Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu? apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu di hadapan Allah?"
Membaca surat itu maka Khalifah Omar tersungkur menangis, lalau berkata kepada anaknya:
"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi"
Begitulah kehidupan anak-anak Amirul Mukminin..dan begitulah taatnya bendahari negara..walaupun itu adalah perintah Khalifah beliau tetap mengingatkan Amirul Mukminin akibat jika tidak sempat melunaskan hutang...muga kisah ini dapat kita jadikan tauladan.
p/s..'dia tak pernah bersalah padaku..aku yang tidak mengerti...'
'bila hati di selubungi kedukaan..dekatkan dirimu padaNYA.
20 comments:
salam..
menghayati kisah tauladan akan mematangkan kita dalam melayari bahtera hidup agar tidak tersasar ke lautan kesesatan..
p/s: moga happy selalu..
salam cik amy
mudah2an sedikit sebanyak akan menyedar dan mengingatkan kita..
tnks sudi singgah
Salam Ida,
Amat bagus posting ini. Ia memberi pangajaran dan kesedaran kepada semua lapisan.
Saya masa kecil-kecil dulu selalu diejek kerana kemiskinan. Itulah yang membuat saya berazam untuk terus maju.
Alangkah bagusnya kalau pembesar sekarang menghayati kisah-kisah ni. Dan para bendahari menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Salam Kak, lama tak singgah. Maaf, agak busy sikit.
Salam Kak Ida..
Apa Khabar Kak & Anak2...?
Take Care arrr Kak...
Gua sibuk arrr skanknh KAk..hehehhe
Jarang Online....Auto Pubblish jew heheheheheh
salam..Idalara,
Hati bak wadah yang siap diisi oleh apa saja dan siapa saja…
Hati hanya satu…dan dimiliki oleh satu hati yang lain
Untuk saling menjaga satu sama lainnya…
Hati begitu kuat, ketika yang diimpikan akan diraih
Hati begitu tegar, ketika tentangan dan rintangan dihadapi
Namun…
Hati begitu lemah, ketika ada yang melemahkannya
Hati begitu sakit, ketika disakiti
Hati begitu hancur, ketika kekecewaan muncul
namun takdir dari allah swt pasti melebihi segala-galanya..sabarlah
tq sudi singgah anaklaut
tak sempat singgah sebab petang td ada hal yg penting..skrg dah singgah..:))
salam...
sejarah adalah cikgu terbaik dalam kehidupan..
salam idalara....
leh muahasabah diri ni, heheheh...
suka baca gak kisah2 sejarah nabi2 n sahabat nabi =)
jommmmmmmm terus melangkah maju kedepan =)
Sama kita mengambil iktibar dari kisahnya kan Ida.... Moga kita sentiasa menjadi org yg tinggi tahap kesabarannya. Amin
susahnya nak mengelakkan diri kita dari berhutang kan?
salam Dr
Itu sbb sy kerap tanamkan dalam hati anak2 supaya belajar rajin2 dan buktikan pada abah diaorg kita boleh berjaya tanpa seorg abah.terimakasih prof kerana sudi singgah..sy sgt berbesar hati.
salam Grunge..
betul tu tp waktu sekarang susah nak dpt pembesar mcmtu..
tkpe grunge..kak ida pun kdg tak sempat singgah di tempat grungeapa2pun thnks..
salam djepoi..
kak ida sihat2 cuma anak2 yang tak sihat..
kak ida pun jrg dpt singgah kt djepoi..asik hang je..
tkpe..dulukan yang mana pnting.
salam al
terimakasih kerana masih sudi singgah di sini..
saya baru tersenyum hari ini membaca puisi indah al..
kdg2 sukar membaca sekeping hati ini..sekarang sy lebih berpegang kuat pada takdir Allah dan sedang berusaha mendekatkan diri padaNYa.
Terimakasih al..kdg2 hati di uji dengan berbagai persoalan..thanks sbb masih sahabat saya.sekurang2nya saya masih ada sahabat yg boleh buat sy tersenyum walau di hati masih berbekas luka.
al..
ye..dan bahgi saya sejarah itu tetap jd sejarah yg akan sy kenang.
salam biru..skrg ida sedang melangkah untuk lupakan sejarah pahit..sekarang ida sedang berusaha menjadi ida yg baru..thanks sudi singgah
salam Syabar
itulah yg sebaik2nya.
kisah2 ini untuk diri ida juga..buat pedoman dan tauladan dan untuk semua teman2.
salam u-neey
betul sgt2 tu..lebih2 lagi ibu tunggal mcm ida..mudah2an kita sempat melunaskan hutang2 sebelum ajal menjemput kita pergi.
Post a Comment